■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 645)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan......
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
"Jangan buat andaian mereka yang terbunuh pada Perang Badar dan Uhud itu mati seperti kematian orang lain yang mati. Tetapi mereka adalah sebenarnya seperti orang-orang yang masih hidup dan diberi hadiah istimewa oleh Allah."
[Tanwir Al-Miqbas min Tafsir Ibnu Abbas]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Jangan kamu mengira orang yang gugur di Jalan Allah mengorbankan ruh mereka di jalan fana' agar mereka meraih kemuliaan baqa, mati berputus dari hidup dan gerak sebagaimana mayat-mayat lainnya, sebenarnya mereka itu hidup, memiliki sifat-sifat dan nama-nama azali dan abadi dan didekatkan di sisi Tuhan mereka yang menghimpun semua sifat dan nama, mereka diberi rezeki dengan semua itu dari Sisi-Nya. Mereka bergembira dengan apa yang Allah Anugerahkan kepada mereka berupa jamuan Ma'rifat dan Ihsan, dengan keduanya mereka mendapat Kurnia yang besar dari Allah selamanya; mereka abadi di dalamnya."
[Tasir Jailani]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Ketika mentafsirkan ayat 169-171 Aali Imran ini, Qurtubi menyoal begini:
"Semua manusia sama ada Muslim atau bukan Muslim tahu bahawa ruh orang mati akan terus hidup dan akan melalui proses soal jawab di kubur, yang beriman akan mendapat hawa dari syurga sementara mereka yang kafir dan orang Islam yang banyak dosanya akan merasai azab di kubur. Ini terbukti dari banyak ayat Qur'an dan Hadith Nabi ﷺ. Jadi apakah istimewanya kematian orang mati “di Jalan Allah" menurut ayat di atas itu???
Jawapannya diberikan pada ayat pertama lagi, iaitu ketika Tuhan menyatakan bahawa para syuhada (mereka yang mati pada Jalan Allah) mendapat "rezeki". Rezeki dan penjagaan diperlukan oleh kehidupan! Di sini kita faham bahawa "kehidupan" para syuhada ini bermula sebaik sahaja mereka syahid, meninggalkan "alam nyata" ini dan berpindah ke dunia lain, suatu kehidupan yang istimewa di sisi Tuhan.... berbeza dengan pengalaman kematian biasa yang diketahui umum.
Tidak ada suatu penjelasan khusus apa makna "kehidupan istimewa" yang Allah sebutkan di dalam ayat di atas. Cukuplah dengan memahami bahawa mereka telah mendapat tempat istimewa di Sisi Allah. Ini terbukti dari banyak kenyataan yang dapat dilihat umpamanya jasad mereka tidak reput bahkan sentiasa seperti ketika ditanam.
[Jami' Al-Ahkam, Qurtubi]
Bersambung siri 646 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment