Tuesday, November 01, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 49)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.6  Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:

sambungan....


Hujjah ke-3 : Syirik Khafi menghalang Tauhid:


Firman Allah :

 فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا  “

 "Barangsiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.  

[Al-Kahf (18) : 110]


Apakah maksud Kalam Allah ini...   "   وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا  "  (jangan mempersekutukan apa pun di dalam Ibadat kepada Tuhannya)  ?


Apakah  maksud "mempersekutukan Allah di dalam ibadat"?  


Adakah maksudnya di sini "sembah berhala"? 

atau "sembah Tokong"?   

atau "sembah Matahari"?  

atau "sembahan2 lain seperti yang di akukan oleh orang kafir"?


Sudah tentu jawapannya BUKAN...!


Tak mungkin bagi seseorang yang beriman mengerjakan Solat sambil sembah berhala..  TAK MUNGKIN!

Tak mungkin bagi seseorang yang beriman berpuasa sambil sembah berhala... TAK MUNGKIN!

Tak mungkin seseorang yang beriman mengerjakan Ibadah Haji sambil sembah berhala... TAK MUNGKIN!


Jadi apakah maksud sebenar yang dikehendaki dengan Ayat ini?

Al-Imam Kabir Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu berikan jawapannnya.


Berkata Imam Jilani :


Untuk mencapai tujuan ini (mencapai Ma'rifat Zat iaitu mencapai Tauhid yang sebenar2 Tauhid yang hakiki),  manusia wajib meninggalkan sesuatu yang menyalahi Syari'at dan Toriqat. Hal ini akan dapat diperoleh dengan melatih diri meninggalkan keinginan nafsu walaupun pahit dan melakukan riadhah ruhaniyyah dengan tujuan mencapai redha Allah serta bersih dari Riya' dan Sum'ah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi ayat 10"   (Firman Allah diatas)

[Tamat petikan dari kitab Sirrrul Asrar]


Dengan tafsiran beliau kita dapat memahami ayat ini ditujukan kepada pencari2 Ketuhanan yang tulus ikhlas mencari  Allah, mencari wajah Allah, mencari Tauhid yang hakiki.   Mereka menempuh sendiri riadhah keruhanian dengan sungguh2 menyucikan batin nya / hatinya daripada segala macam Syirik Khafi (takabbur, 'ujub, riya' sum'ah,dll) dengan pimpinan Guru yang Arif.   (Mursyid yang siddiq)


Maka jadilah maksud  "   وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا  "  itu sebenarnya adalah ditujukan kepada semua orang Islam yang ingin mencapai Tauhid yang hakiki / Tauhid yang sebenar2 Tauhid,  maka WAJIBLAH bagi mereka  jauhkan sekalian Syirik khafi (syirik tersembunyi) di dalam hati.  Hanya dengan cara ini seseorang akan sampai kepada Allah, iaitu mencapai Tauhid yang hakiki /  Ma'rifat  yang dituntut.


Ayat ini TIDAK dimaksudkan kepada Syirik Akbar, iaitu penyembahan kepada makhluq yang jelas nyata, umpamanya Sembah patung berupa batu, kayu atau lainnya. BUKAN juga bermaksud menyembah matahari, bulan, bintang dll.  BUKAN  juga bermaksud menyungkur sujud di hadapan pokok, busut, gua atau lain2 yang dianggap bekuasa.  


Maka fahamilah dengan  sebenar2nya hantaran ayat ini sebagaimana yang telah difahami, diijtihad dan difatwakan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang benar (tulen)


Bersambung siri  50 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...