Thursday, April 23, 2026

SIRI 295


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 4:  Huraian Iman Salikin



Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama:  Iman Salikin – Maqam Tauhid Af’al

Tanda-Tanda Maqam Tauhid Af'al

sambungan....



Tanda ke-10:  Sempurnakan Amanah


Setengah daripada tanda-tanda benarnya seseorang sampai ke Maqam Tauhid yang suci bersih adalah "Amanah" iaitu dia sempurnakan sekalian Amanah yang dipikulkan ke atas bahunya.  Hal ini adalah sebagaimana penegasan Allah Ta'ala:


Firman Allah Ta'ala:


وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ 


"Dan (tanda orang yang benar-benar beriman adalah) mereka yang menjaga amanah dan janjinya".

[Al-Mu'minoon (23) : Ayat 8]


Di antara Amanah terbesar yang dipenuhi berbagai cabaran adalah Amanah mentadbir manusia sama ada di peringkat kampung, pekan, daerah, negeri atau negara seluruhnya.  Hanya hamba-hamba yang suci hatinya sehingga bercahaya dengan Keimanan sejati mampu menunaikan Amanah ini dengan sempurna menurut Ketentuan Allah Ta'ala.  Pada setiap ketika mereka akan melihat diri mereka berdiri di hujung pedang yang tajam kerana mereka sedar kesilapan yang sedikit membawa padah yang amat berat!  Setiap langkah dan tindakan ditimbang pada neraca "Keredhaan Allah" bukan keredhaan manusia. 


Contoh terbaik bagi menggambarkan kebenaran ini adalah para Sahabat yang dididik oleh Junjungan Rasulullah ﷺ selama 13 tahun di Makkah.  Rasulullah ﷺ telah mendidik mereka menjadi insan yang benar-benar suci hatinya dan bersinar dengan Cahaya Ketuhanan.  Mereka telah menempuh perjalanan yang panjang, mujahadah melawan nafsu-nafsu rendah sehingga tiada lagi kecintaan mutlaq melainkan semata-mata kepada Allah.  Hanya insan-insan yang memiliki jiwa suci ini mampu mentadbir dan tunaikan Amanah menurut Kehendak Allah.  Hasilnya terlihat pada era kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin Ridwanullah.


Sistem Pendidikan unggul Rasulullah ﷺ diwarisi oleh Sahabat-sahabat Baginda, kemudian bersambung kepada Ulama Warisatul Anbiya sehingga ke hari ini, tiada putus.  Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar) yang dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi atau Ahli Ma'rifat meneruskan Warisan Rasulullah ﷺ dengan penuh dedikasi dan Amanah sampai Qiamat.  Hanya mereka yang mendapat didikan Jalan Ma'rifat yang diwarisi daripada Rasulullah ﷺ ini, mampu tunaikan segala Amanah Allah dengan sempurna menurut Kehendak-Nya.


Bersambung siri 296 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

 _________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 361 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...