Thursday, April 23, 2026

SIRI 294


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 4:  Huraian Iman Salikin



Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama:  Iman Salikin – Maqam Tauhid Af’al

Tanda-Tanda Maqam Tauhid Af'al

sambungan....



Ringkasnya, orang yang di-Kurniakan Maqam Tauhid yang suci murni, (iaitu permulaan Ma'rifat) akan tetap berpegang teguh dengan Syari'at zahir (hukum-hakam zahir syara') dan bukan melemahkannya atau abaikannya.  Apa lagi hamba-hamba Allah yang di-Kurniakan Maqam Tauhid yang lebih tinggi atau Ma'rifat lebih tinggi, maka lebih teguh pegangannya pada Syari'at, bahkan sempurna  Syari'atnya.  Tidak mungkin seseorang yang telah diangkat ke peringkat Ma'rifat meninggalkan Syari'at zahir kerana pada setiap ketika mereka melihat Suruhan dan Tegahan Allah Ta'ala. 


Dengan demikian orang-orang yang mengaku sudah sampai Ma'rifat  tetapi abaikan Syari'at Nabi ﷺ atau mengurangkannya atau melemahkannya atau mereka menganggap tidak perlu lagi memakai Syari'at lalu abaikan solat, puasa, zakat dan lain-lain, maka dia bukan Ahli Ma'rifat  sebaliknya dia adalah termasuk golongan zindiq.  Wal Iyazubillah.  Hal ini telah disepakati sekalian Ulama Mu'tabar.  


Berkata Imam Malik _Radhiallahu Anhu:

"Amalkan fiqh tanpa tasawwuf adalah fasiq.  Amalkan tasawwuf  tanpa fiqh adalah zindiq.  Barangsiapa menghimpun keduanya itulah muhaqqiq (yang benar)".

[Nukilan kitab:  Qutul Qulub, Ihya Ulumuddin dan Risalah Ma’rifat] 


Sememangnya telah lama wujud sebahagian orang Islam salah gunakan Ilmu Tasawwuf atau Ma'rifat untuk kepentingan nafsu dan dunia mereka.  Setengah mereka campur adukkan teori-teori Tasawwuf dengan ilmu batiniah, ilmu silat, ilmu nujum, ilmu sihir.  Golongan ini cuba meniru-niru Ahli Tasawwuf dan menamakan diri mereka sebagai Ahli Tasawwuf sedangkan mereka adalah Sufi PALSU, Ahli Ma'rifat PALSU, Mursyid PALSU.  


Ulama Mu'tabar telah lama berikan amaran akan wujudnya golongan ini.  (Rujuk Risalah:  Sufi benar dan Sufi Palsu).  Orang awam tidak mampu membezakan antara kebenaran dengan kelompok-kelompok tersesat disebabkan penyamaran dan tipu daya iblis yang amat halus.  Ini sebabnya orang Islam diperintah mencari Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq dan berguru dengan mereka.


Bersambung siri 295 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

 _________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 361 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...