Saturday, August 17, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 439)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq

....... sambungan.....



Fakta-Fakta Penting

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

===============================


Fakta 1 :  Mursyid yang Siddiq (benar) adalah Warisatul Anbiya Yang Sebenar


Ketahuilah berdasarkan keterangan Al-Qur’an, Hadith dan Fatwa Ulama Mu’tabar, Mursyid adalah Warisatul Anbiya —  Pewaris Rasulullah ﷺ  yang Siddiq  (benar), yang  mewarisi  zahir dan batin Baginda Nabi   ﷺ.   


Mereka mewarisi keseluruhan Agama dari Baginda, meliputi Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan sempurna.  Allah Ta’ala memilih mereka dan meninggikan Darjat mereka (Iman, Tauhid, Ma’rifat) mengatasi manusia lain.  


Peringatan semula...


1. Setelah kewafatan Junjungan Rasulullah ﷺ, orang-orang Islam mula berpecah-belah daripada Jalan sebenar Rasulullah ﷺ.  Satu-satunya golongan yang berdiri teguh dengan Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ hanyalah satu Golongan iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah


2. Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar berdiri pada Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Rasul ﷺ membentuk pola hidup, prinsip dan sistem tersendiri berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah dan Ijma Qias Ulama.  Mereka telah memperkenalkan istilah-istilah tersendiri agar terbeza dengan golongan-golongan yang telah menyimpang dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.   


3. Masyaikh Ahlus Sunnah memperkenalkan istilah “Mursyid”, “Ahli Sufi”, “Ahli Ma’rifat”, “Ulama Billah”  untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar-benar menepati pendirian Ahlus Sunnah.


4. Istilah "Mursyid" diperkenalkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah bagi membezakan di antara Pewaris Nabi yang sebenar dengan orang-orang yang salah gunakan istilah "Ulama" bagi kepentingan nafsu dan dunia mereka.  Mereka adalah "Ulama as-su (ulama jahat),  "Ulama nafsu", "Ulama dunia", "Ulama politik" yang mengeluarkan fatwa yang sesat dan menyesatkan.  Mereka serupa dengan pendeta-pendeta Yahudi yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah, memesongkan Al-Qur'an demi kepentingan nafsu dan kehendak Pemerintah-pmerintah fasiq.


5. Istilah Mursyid diambil sempena gelaran kepada Sahabat Empat ….“Khulafa’ Ar-Rasyidin”.  Iaitu  مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian: “memimpin”, “membimbing”, dan “menunjukki jalan lurus, menunjukki jalan kebenaran dan kesucian".


Bersambung siri 440 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...