■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 138)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.19 Dosa Besar ke -18: Marah ( غَضَب )
sambungan...
Dalil-Dalil larangan marah
Firman Allah Ta'ala :
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
[Aali Imran (3) : Ayat 134]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"(Berkata seseorang) : " Wahai Rasulullah, ajarkan aku dengan amal kebaikan dan sedikitkanlah. Maka Baginda menjawab : "Jangan engkau marah".
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“(seseorang berkata) : Ya Rasulullah berilah aku wasiat”. Baginda menjawab, “Janganlah engkau marah". Orang itu mengulangi permintaannya berulang-ulang, kemudian Nabi bersabda: "Janganlah engkau marah"
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya marah (yang bangkit dari nafsu ammarah) itu daripada syaitan."
[Imam Abu Dawud]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Marah itu merosak Iman, seperti buah pahit merosakkan madu."
[Imam Ath-Thabrani]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"(Sayyidina Abu Darda bertanya) : "Wahai Rasulullah, tunjukkan aku kepada amal yang memasukkan aku ke dalam Syurga ". Rasulullah menjawab : "Jangan engkau marah."
[Imam Ath-Thabrani]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"(Seseorang bertanya) : "Apakah yang dapat menjauhkan aku dari Kemurkaan Allah?", Baginda menjawab : "Jangan engkau marah."
[Imam Ahmad]
Larangan "marah" di dalam Ayat Al-Quran dan Hadith Nabi di atas adalah berkenaan "marah yang dicela", kemarahan yang bangkit dari nafsu ammarah, api kepanasan naik ke otak dan hilangkan kewarasan aqal. Marah dan kemarahan jenis ini yang membawa akibat buruk kepada diri, keluarga dan masyarakat manusia sekaliannya.
Bersambung siri 139 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment