Tuesday, April 28, 2026

SIRI 379


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 7: Firman Allah:

sambungan......


Penjelasan Tambahan: Pengertian Wasilah atau Rabitah


Berikut adalah penjelasan ringkas berkenaan Wasilah (dikenali juga sebagai Rabitah), sekira-kira memadai bagi mereka yang masih keliru atau dikelirukan oleh orang-orang jahil.  Moga memperoleh faham.


Dari segi Bahasa:

Perkataan Wasilah ( الْوَسِيلَةَ ) berasal dari kata: وَصَلَ، يَصِلُ، واصِلَةً yang bererti:

Menghubungkan, menyambungkan, menggabungkan, menyertakan, membawa, mengangkut, menarik suatu kepada suatu yang lain sarana sampai kepada suatu matlamat.  


Dari segi Istilah:

Perkataan Wasilah ( الْوَسِيلَةَ ) (dan juga istilah Rabitah) adalah ditujukan kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang memimpin manusia kepada Allah Ta’ala, iaitu Pemimpin yang membimbing manusia bagi mencapai Tauhid yang hakiki, Iman yang sejati, Ma’rifat yang suci murni.  


Sesungguhnya Rasulullah ﷺ adalah Wasilah Agung bagi sekalian manusia, khususnya Ummat Islam yang beriman.  Pada hayat Rasulullah ﷺ, Bagindalah yang menjadi Wasilah bagi para Sahabat Baginda, iaitu Pemimpin yang membimbing, mengasuh dan mendidik para Sahabat sehingga mencapai Tauhid yang hakiki, menjadi hamba-hamba yang Di-Redhai Allah.  Tanpa Pimpinan Rasulullah ﷺ, para Sahabat tak mungkin Kenal Allah dan tak mungkin mereka melakukan Ubudiyyah kepada Allah Ta’ala dengan tulus hati.  Maka dikatakan Rasulullah ﷺ adalah Wasilah bagi Sahabat mencapai Matlamat Tauhid dan Ubudiyyah kepada Allah Ta’ala.


Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, para Sahabat Baginda khususnya Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah Alaihi Ajma’in menjadi Wasilah bagi Ummat (di dalam erti kata memimpin mereka kepada Allah).  


Kemudian setelah kewafatan Khulafa Ar-Rasyidin, para Imam-Imam Tabi’in menjadi Wasilah bagi Ummat.  Setelah kewafatan Tabi’in, para Imam Tabiit-Tabi’in pula menjadi Wasilah bagi Ummat.  


Demikian seterusnya bersambung-sambung Wasilah (pimpinan Pewaris Nabi) ini dari satu Generasi Ummat kepada Generasi Ummat berikutnya, tiada putus sampai Qiamat.  Dan mereka inilah yang dikatakan sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, pengganti Rasulullah ﷺ bagi mendidik Ummat manusia kepada Allah Ta’ala.


Dengan perkataan lain, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah sebaik-baik Wasilah kepada Allah Ta’ala kerana hanya mereka (Pewaris Nabi yang Siddiq) yang memiliki kelayakan memimpin manusia dengan selamat kepada Allah Ta’ala.  Tiada manusia mampu berserta Allah dan tiada manusia mampu memimpin manusia kepada Allah melainkan mereka telah terdidik menurut Jalan Ma’rifat oleh Gurunya yang benar-benar 'Arif, yang beliau sendiri telah menerima didikan dari Guru beliau yang mempunyai Silsilah sampai kepada Junjungan Rasulullah ﷺ.  


Bersambung siri 380 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 387 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...