Saturday, April 25, 2026

SIRI 328


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Ciri-Ciri Penting Auliya Allah

(10) Memperoleh Kasyaf

sambungan....



Poin 5:  Kasyaf Suri (Hissiyah)

Kasyaf Suri (Hissiyyah) adalah terbuka mata hati Ahli Ma'rifat yang sudah tetap (hatinya sudah tetap atau dikatakan tetap_Maqam Ma'rifat), kepada melihat segala dunia ghaib dan dunia keruhanian keseluruhannya menurut Kehendak Allah.  Kurnia Allah ini adalah semata-mata kepada Hamba-hamba-Nya yang telah tetap Maqam Tauhidnya dan telah istiqamah pada Syari'at dan adab-adab Ma'rifat.  Mereka adalah Kekasih-kekasih Allah yang tidak terpegun dengan segala Kasyaf Hissiyyah ini, jauh sekali bermegah-megah dengannya.  Mereka serah diri kepada  Allah dan tetap menjaga Amanah Allah dan takut dengan Kemurkaan-Nya.



Poin 6:  Dilarang mencari-cari  Kasyaf Suri (Hissiyah)

Salikin (yang masih di dalam perjalanan) yang memperoleh Kasyaf Suri (Hissiyyah) bukanlah suatu kemuliaan atau Anugerah Allah kepadanya, melainkan ia adalah sebagai dugaan kepada mereka.  Allah Ta'ala menguji mereka dengan berbagai Pembukaan, untuk mengetahui Salikin yang benar-benar mencari Allah.  Jika mereka sentiasa waspada dan serahkan semuanya kepada Allah dan menafikan kelebihan apa pun pada dirinya, maka dia akan selamat.  Sebaliknya jika dia asyik dengan pandangan-pandangan ghaib tersebut lalu bermegah-megah dengannya (walaupun sekadar di dalam hatinya), maka yang demikian itu adalah istidraj dan kebinasaan. Wal Iyazubillah.



Poin 7:  Tidak berlaku Kasyaf yang Haq kepada orang awam

Kasyaf yang Ma'nawi mahupun Kasyaf Hissiyyah (yang kedua-duanya dari Allah Ta'ala) tidak sama sekali Di-Jadikan oleh Allah ke atas orang awam, sekalipun orang itu cerdik pandai Agama bergelar profesor sekalipun.  Ini kerana mereka belum masuk ke Hadrat Ketuhanan yang melayakkan mereka mencapai kemuliaan tersebut.  Hati mereka terhijab dengan berbagai kesyirikan, penyakit hati dan kekejian (takabbur, riya', 'ujub, sum'ah dan lainnya), maka tidak mungkin mereka memperoleh pembukaan daripada Allah Ta'ala.  Jika terdapat orang awam mendakwa bahawa dia sudah Kasyaf, maka ini adalah dakwaan dusta.  Dia menipu diri sendiri dan menipu orang lain.


Bersambung siri 329 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 338 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...