SIRI 323
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 5: Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah
Dalil Al-Qur’an, Hadith dan Fatwa Ulama Ahlus Sunnah
sambungan.....
Dalil 2: Firman Allah:
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
“Dan wajah-wajah (orang-orang Mu’min) pada hari itu berseri-seri. Kepada Rabb (Tuhan) mereka melihat”.
[Al-Qiyamah (75) : Ayat 22-23]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
"Keadaan kehampiran sedemikian itulah yang dikatakan umpama satu Syurga padanya tidak ada taman dan kebun, tidak ada sungai madu dan susu. Itulah Syurga memandang hanya Wajah Allah".
[Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
Penjelasan:
Memandang Wajah Allah dengan pandangan _Sirriyah_ (rahsia Ketuhanan yang sangat dalam) itulah dikatakan Syurga yang disegerakan bagi hamba-hamba Allah yang mencapai Maqam Tauhid yang sempurna dan inilah haqiqat Syurga.
Apakah Ni'mat terbesar bagi Ahli Syurga?
Tidak ada Ni'mat yang lebih besar di dalam Syurga melainkan memandang Wajah Allah.
Dengan demikian, Hamba-hamba Allah yang sampai ke Maqam Tauhid Zat, Maqam Tauhid yang sempurna, dibukakan mata Sirriyah melihat kepada Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai'un (ketika hayat mereka di dunia), maka dikatakan: Mereka telah memperoleh Syurga (Syurga yang disegerakan) ketika hayat mereka di dunia lagi. Bagi mereka tiada keinginan lain lagi kerana mereka sudah mencapai kemuncak Ni'mat memandang Wajah Allah setiap waktu.
Dalil 3: Hadith Qudsi:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman:
"Barangsiapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat ) maka Aku akan mencintainya dan apabila Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengaran-Nya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatan-Nya yang dia gunakan untuk melihat, tangan-Nya yang digunakannya untuk memukul dan kaki-Nya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku nescaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku nescaya akan Aku lindungi”.
[Imam Bukhari]
Dalil 4: Rasulullah ﷺ bersabda:
أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau".
[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]
Penjelasan:
Dalil ke-3 dan ke-4 di atas adalah di antara bukti-bukti terkuat Maqam Tauhid Zat, Keimanan tertinggi, Maqam Ihsan, iaitu sempurna Ma'rifat dan Ubudiyyah kepada Allah Ta'ala. Tiada yang mampu melakukannya melainkan mereka yang telah diangkat oleh Allah kepada Maqam Tauhid Zat yang sempurna.
Bersambung siri 324 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment