Thursday, April 23, 2026

SIRI 292


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 4:  Huraian Iman Salikin



Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama:  Iman Salikin – Maqam Tauhid Af’al

Tanda-Tanda Maqam Tauhid Af'al

sambungan....



Antara Imam-Imam Ahlus Sunnah yang memberikan pengertian serupa seperti yang telah diriwayatkan adalah:


(1) Imam Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari.


(2) Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.


(3) Imam Ibn ‘Ato illah al-Sakandari dalam kitab Lata’if al-Minan.


(4) Imam ‘Izzuddin Ibn ‘Abdus-Salam dalam al-Qawa'id al-Kubra.


(5) Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.


(6) Imam Al-Munawi dalam Faidh al-Qadir.


(7) Imam Syihabuddin al-Qarafi.


(8) Imam al-Qastallani dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyyah.


Kesemua Imam Ahlus Sunnah yang benar tanpa kecuali telah membenarkan perkara tersebut.  Mengakuinya adalah kewajipan dan mengingkarinya adalah kekufuran.


Rumusan ringkas:


■ Hadith Rasulullah ﷺ ini adalah khabar gembira bagi Mu'min yang benar-benar mencintai Baginda.


■ Hanya mereka yang mencapai darjat Mu'min sejati di-Kurniakan oleh Allah keluasan untuk melihat Baginda setelah kewafatan Baginda. 


■ Permulaan melihat Baginda adalah di dalam bentuk mimpi.  Kemudian Allah Ta'ala akan bukakan lagi hijabnya bagi melihat Baginda di dalam keadaan sedar (jaga).  


■ Kurnia Allah kepada Mu'min pilihan ini adalah suatu Karomah (Kemuliaan), ertinya bukan kemampuan dirinya, tetapi semata-mata Anugerah Allah kepada hamba-hamba Allah yang benar-benar suci hatinya.


■ Sebahagian murid tidak terbuka hijab melihat Baginda meskipun mereka telah sampai Maqam Tauhid yang benar-benar suci.  Ini mempunyai hikmah tersendiri bagi memelihara murid itu daripada kebinasaan, iaitu kerosakan akibat 'ujub atau riya'.


■ Guru yang memimpinnya (Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq) akan mengesahkan sama ada murid itu telah benar-benar melihat Rasulullah ﷺ atau semata-mata angan-angannya.  Ini kerana setengah dari khayalan atau angan-angan atau cita yang kuat boleh dimanipulasi oleh syaitan dan mendatangkannya di dalam bentuk bayangan mimpi.  Maka pengesahan Gurunya yang benar-benar 'Arif adalah ukuran kebenaran. 


■ Tujuan Allah Ta'ala Kurniakan kemuliaan ini bagi Salikin adalah bagi memantapkan lagi Keimanan dan Keyakinannya kepada Allah Ta'ala.  Dan juga lebih yakin dengan Jalan Ma'rifat yang diwarisi dari Rasulullah ﷺ.  BUKAN untuk kebanggaan atau riya'.  Dengan demikian Salikin dilarang keras hebah-hebahkannya kepada umum.


Bersambung siri 293 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

 _________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 361 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...