Wednesday, January 22, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 608)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan Khas 4:

Tiada siapa tahu Taqdir Allah ke atas dirinya.  Ahli Syurga dan Ahli Neraka akan dipermudahkan beramal menurut tujuan ia dicipta


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Rasulullah ﷺ keluar menemui kami dengan dua buah kitab di tangan Baginda.  Kemudian Baginda bertanya; “Apakah kamu mengetahui kedua kitab ini?  Kami menjawab;  “Tidak wahai Rasulullah kecuali engkau khabarkan kepada kami”.  Kemudian Baginda bersabda mengenai kitab di tangan kanan Baginda: “Ini adalah Kitab yang berasal dari Rabb semesta Alam, di dalamnya terdapat nama-nama penduduk Syurga dan nama-nama orang tua mereka serta kabilah mereka.  Jumlahnya telah ditutup dengan orang terakhir dari mereka dan tidak akan ditambah dan tidak pula dikurangi”.  Kemudian Baginda bersabda tentang kitab di tangan kiri Baginda;  “Adapun ini adalah Kitab dari Tuhan semesta Alam, di dalamnya terdapat nama-nama penghuni Neraka dan nama-nama orang tua serta kabilah mereka. Jumlahnya telah ditutup dengan terakhir dari mereka sehingga tidak akan bertambah ataupun berkurang untuk selama-lamanya. Kemudian para sahabat berkata:  “Jika demikian, di mana amalan wahai Rasulullah ﷺ jika semuanya sudah ditetapkan?”.  Baginda menjawab;  “Berusahalah dan mendekatlah kerana sesungguhnya penduduk Syurga akan ditutup dengan amalan penduduk ahli Syurga meskipun dia mengamalkan apa saja.  Dan sesungguhnya penduduk Neraka akan ditutup dengan amalan penduduk Neraka meskipun dia mengamalkan apa saja.  Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda “Sesungguhnya Allah Ta'ala telah selesai terhadap para hamba-Nya”.  Baginda berkata sambil  mengarahkan tangan kanan Baginda  “satu kelompok di dalam Syurga” kemudian mengarahkan tangan kiri Baginda seraya berkata “Kelompok yang lain di dalam Neraka”.

[Imam Ahmad]


Hadith Rasulullah ﷺ Sayyidina Umar Radhiallahu anhu  bertanya Nabi ﷺ:

"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?  Maka dijawab oleh Baginda : "Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.  Lalu dibalas oleh Umar:  "Jika demikian, adakah kita harus menyerah sahaja?"  Baginda Bersabda:  "Beramallah wahai Ibnu al-Khattab.  Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan.  Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (Syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli Syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli Siksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke Neraka."

[Imam Ahmad]


Peringatan Penting:


1. Meskipun Allah Ta'ala menetapkan seseorang sebagai Ahli Syurga atau Ahli Neraka, namun tiada siapa pun tahu akan nasib dirinya.  Dengan demikian setiap orang yang benar-benar beriman wajib berusaha sedaya upaya mencari jalan kebaikan yang di-Redhai Allah serta menjauhi sekalian kejahatan dan kekejian.


2. Barang siapa ditaqdirkan menjadi Ahli Syurga, maka dia akan beriman dan beramal soleh.  Sebaliknya siapa yang ditaqdirkan Ahli Neraka, dia akan dibiarkan pada jalan kesesatan dan kemurkaan Allah. 


3. Meskipun tiada siapa pun tahu akan kesudahan dirinya, namun mereka diberi tanda-tanda Ahli Syurga atau Ahli Neraka. 


Di antara tanda Ahli Syurga adalah mereka yang berpegang kepada Ahlus Sunnah wal Jamaah, berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) dan mati di dalam keadaan istiqamah ubudiyyah kepada Allah Ta'ala. 


Sebaliknya mereka yang keluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah (masuk 72 golongan sesat) serta beramal dengan amal kejahatan — kesyirikan (syirik khafi) dan kekejian, maka tempat mereka adalah Neraka, Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 609 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 607)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan Khas 3:

Setiap manusia ditetapkan Rezeki, Ajal, Pekerjaan, Ahli Syurga atau Neraka ketika di perut ibunya


Allah Ta'ala menetapkan nasib setiap manusia ketika dia dalam kandungan ibunya.  Allah Ta'ala menetapkan rezekinya, ajal (umurnya), pekerjaannya dan kesudahannya sama ada bahagia (sebagai Ahli Syurga) atau celaka (sebagai ahli Neraka). 


Rasulullah ﷺ bersabda:


إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَيَدْخُلُهَا


“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari.  Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia.  Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.” 

[Imam Muslim]


Peringatan penting:


1. Hadith ini menunjukkan Kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu ke atas makhluq dan tiada siapa pun layak mempersoalkannya.


3. Allah Ta'ala jua yang menjadikan "kebaikan" dan "kejahatan".  Namun Allah Perintahkan kamu memilih perkara-perkara baik, halal, suci serta menjauhi perkara-perkara buruk, jahat dan keji.


4. Ketika membaca Hadith ini (dan beberapa hadith lain yang hampir serupa), maka kamu wajib baca dengan hati-hati supaya tidak jatuh kepada golongan Jabariyyah atau Mu'tazilah.


5. Ketika membaca Hadith ini, hendaklah memelihara dua hal berkaitan dengan Haq Allah Ta'ala:


Pertama: Patuh kepada Syari'at.

Patuh kepada Syari'at bermaksud mematuhi sekalian undang-undang yang Allah Ta'ala Perintahkan dan jauhi sekalian larangan-Nya.


Kedua: Mematuhi adab kepada Allah.

Mematuhi adab kepada Allah bermaksud:

Apabila kamu di dalam kebaikan, keta'atan dan amal Ibadah, maka hendaklah kembalikan segala kebaikan tersebut kepada Allah dan syukur sebanyak-banyaknya kepada-Nya atas Kurnia-Nya kepada kamu.  Sebaliknya jika kamu di dalam kejahatan, kekejian dan kemungkaran, maka wajib atas kamu Taubat segera serta akui kesalahan diri sendiri.  JANGAN sesekali berkata ianya Kehendak Allah, meskipun haqiqatnya ia Taqdir Allah ke atas kamu.  Ini adab halus dengan Allah Ta'ala.


Bersambung siri 608 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Sunday, January 19, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 606)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan Khas 2:

Taqdir makhluq tertulis 50 ribu tahun sebelum penciptaannya


Firman Allah Ta'ala:


وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ


“Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (Ibu Suratan) yang jelas nyata”. [Yasin: 12]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

"Dan semua perkerjaan mereka (manusia), Kami (Allah) telah menulis di dalam Kitab yang Terpelihara (Luh Mahfuz)”

[Tafsir Ibnu Abbas]


Berkata Imam Ibnu Jarir At-Tabari Radhiallahu anhu:

Ta'wil bagi Firman ini adalah : Segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, Kami (Allah) Meliputinya (di dalam Pengetahuan Allah) dan Kami tetapkan di dalam Kitab Induk, iaitu Lauhul- Mahfuzh.  Dikatakan bahawa ia disifati dengan mubin ( مُبِينٍ = yang menjelaskan) kerana ia menjelaskan Haqiqat semua hal yang telah ditetapkan (Taqdir) di dalamnya. 

[Tafsir Tabari]


Berkata Ibnu Kathir Radhiallahu anhu:

(Kami catitkan satu persatu di dalam kitab yang jelas nyata) bermaksud segala sesuatu tentang makhluk-Nya sudah pun tercatit di Luh Mahfuz.  (Al-Imam Al-Mubin) bermaksud sumber segala catitan.  Inilah pendapat Mujahid, Qatadah dan Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam. 

[Tafsir Ibn Kathir]


Rasulullah ﷺ bersabda:


“كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وعرشه على الماء”


“Allah Ta'ala telah menulis taqdir makhluq sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. 

[Imam Muslim]


Bersambung siri 607 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 605)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan Khas:

Bab Taqdir (Qadha Qadar)  menurut i'tiqad dan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah


Penjelasan Khas 1:

Taqdir setiap makhluq sudah tertulis di _Luh Mahfuz_ — Papan Suratan Taqdir


Allah Ta'ala telah menetapkan Taqdir bagi setiap makhluq di Luh Mahfuz  (papan suratan Taqdir) sebelum penciptaannya.  Ringkasnya segala sesuatu yang terjadi pada alam ini, mulai Penciptaan Nur Muhammad sebagai Penciptaan pertama sehingga seluruh alam menerima kebinasaan pada Hari Qiamat semuanya sudah tertulis satu persatu berdasarkan tarikh, waktu dan tempatnya di Luh Mahfuz, tiada terkemudian sesaat dan tiada terdahulu. 


Mulai dari penciptaan manusia, tempat kelahirannya, waktu kelahirannya — jam dan saatnya dan segala sesuatu yang akan terjadi padanya berupa kesakitan, kesengsaraan, kebahagiaan, atau kecelakaan... sehingga ia mati semuanya sudah tertulis sebelum kejadian tersebut menjadi nyata. 


Demikian pula tanam-tanaman, tempat tumbuhnya, mekarnya atau binasanya.  Dan lagi kejadian tanah — tandus atau subur, penciptaan bukit, gunung-ganang, sungai semuanya tertulis di Luh Mahfuz sebelum ia tercipta dan menjadi kenyataan di dunia.


Demkian pula sekalian cakerawala — planet, matahari, bulan, bintang masing-masing sudah ditetapkan waktunya menurut Ilmu, Iradat (Kehendak) dan Qudrat (Kekuasaan) Allah Yang Maha Perkasa, sebelum semua diciptakan.


Firman Allah:


مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي ٱلأَرْضِ وَلاَ فِيۤ أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَٰبٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ


"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

[Al-Hadid (57) : Ayat 22]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Tiada suatu kejadian apa pun yang menyenangkan maupun yang menyedihkan menimpa di bumi sehingga ke penjuru-penjurunya, mulai dari suburnya tanah dan kemakmuran, gempa bumi dan wabah penyakit serta berbagai hal lainnya yang menyenangkan dan menyedihkan yang terjadi di arah dan penjuru mana pun ... mulai dari hal yang membuatmu senang berikut kenikmatan dan kesukaan atau penyakit yang menimpa dan kesengsaraan yang memilukan, melainkan ketetapannya secara detail pada jam sekian, saat sekian dan dengan cara demikian, telah tertulis dalam kitab (Lauhil Mahfuz), maksudnya berada di dalam Ilmu-Nya dan tercantum pada lembaran Qadha-Nya dengan istilah yang berbeza-beza sebelum Kami (Allah) menciptakannya dan menampakkan (musibah itu). Dengan kata lain kejadian itu telah Kami tetapkan sebelum kejadiannya berlangsung, yakni jauh pada zaman yang tiada seorang pun mengetahui kadarnya kecuali Kami (Allah).  Maka janganlah kamu ingkari Kekuasaan Kami untuk melakukan hal seperti itu.  Ketentuan yang telah digariskan di dalam Taqdir terdahulu (Qadha) meskipun sangat sulit bagi kalian, bagi Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Unggul terhadap semua makhluq yang telah ditetapkan Taqdirnya, adalah mudah."

[Tafsir Jilani]


Penjelasan tambahan:


Kita dapat memahami dari penjelasan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:


(1) Allah Ta'ala sudah pun menetapkan pada Azali (zaman sebelum penciptaan makhluq) apa jua  kejadian yang berlaku di alam ini, dari sebesar-besarnya penciptaan sampai kepada yang paling kecil dan halus-halus sekali pun, telah tertulis pada suratan Taqdir. 


(2) Setiap suatu yang terjadi di alam ini berlaku menurut Ilmu, Iradat dan Qudrat Allah — bukanlah  suatu hal yang baru di-Rancang oleh Allah.


(3) Tiada siapa pun mampu mengubah Taqdir Ketentuan Allah Ta'ala. 


Bersambung siri 606 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 604)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Contoh 4: Tafsirkan Taqdir  (Qadha dan Qadar) menurut pendapat aqal, nafsu


Pentafsiran yang salah terhadap Taqdir (Qadha Qadar), Af'al Allah (Perbuatan Allah) dan af'al makhluq (perbuatan makhluq) menyebabkan ramai orang Islam jatuh kepada kesesatan.  


Hal ini bukan suatu yang baru tetapi sudah berlaku sejak zaman Tabiin lagi.  Mereka tidak menuntut Ilmu dari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, tetapi  mentafsirkan Al-Qur'an menurut pendapat sendiri atau mengambil tafsiran dari "ulama sesat", maka jatuhlah mereka ke dalam kelompok-kelompok sesat.  Wal Iyazubillah.


Daripada sekian banyak golongan yang jatuh kepada kesesatan akibat mentafsirkan "Qadha dan Qadar"  menurut pendapat aqal, terdapat dua golongan yang menonjol pertentangan dengan pendirian Ahlus Sunnah, iaitu:


1. Golongan Mu'tazilah:

Menurut Mu'tazilah manusia mencipta taqdirnya sendiri, sama ada baik atau jahat adalah pilihannya sendiri, tiada kaitan apa pun dengan Taqdir yang Allah Ta'ala tetapkan.  Menurut mereka jika manusia melakukan kebaikan, mereka akan masuk syurga dengan sebab kebaikan yang telah mereka lalukan, tiada kaitan apa pun dengan Ketentuan Allah.  Ertinya mereka ingkar Af'al Allah (perbuatan Allah) dan ingkar Taqdir Allah keseluruhannya.


2. Golongan Jabariyyah:

Menurut fahaman Jabariyyah, setiap perbuatan manusia adalah dari Allah semata-mata dan menafikan perbuatan bagi manusia secara mutlaq.  Menurut mereka (Jabariyyah), manusia hanyalah bagaikan bulu yang berterbangan menurut arah angin yang meniup atau bagaikan mainan yang digerakkan oleh pemiliknya.  Pendapat mereka : Syurga atau Neraka adalah paksaan Allah terhadap manusia kerana manusia tiada usaha ikhtiar apa pun.  Ertinya mereka menafikan _af'al_ (perbuatan) makhluq secara mutlaq sedangkan Allah Ta'ala telah menetapkan perbuatan makhluq pada Azali.


Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah:

Kedua-dua golongan ini (Mu'tazilah dan Jabariyyah) adalah golongan bid'ah sesat, sama seperti khawarij (Wahhabiyyah). Syi'ah (rafidh), Mujassimah dan lain-lain berjumlah 72 golongan yang terkeluar dari Saf Ummat Ahlus Sunnah kerana mentafsirkan "Qadha dan Qadar" secara batil. 


Walaupun golongan Mu'tazilah dan Jabariyyah telah pupus, namun awas, kerana 'nama' tersebut hanyalah perlambangan.  Hakikatnya yang menjadikan mereka sesat adalah pegangan hati iaitu i'tiqad mereka berhubung Ketuhanan khususnya di dalam perbicaraan ini darihal Qadha dan Qadar.  Unsur yang menjadikan mereka sesat adalah sifat mereka.  Dengan demikian sesiapa saja memiliki sifat dan i'tiqad mereka, maka tidak syak lagi mereka akan menyimpang dari kebenaran dan terjatuh kepada kesesatan! Wal Iyazubillah!


Setiap Muslim wajib menghalusi perkara ini agar selamat dunia akhirat.  Perhatikanlah baik-baik....ianya cuma satu garisan halus yang memisahkan di antara Aqidah Ahlus Sunnah dengan aqidah-aqidah batil.


In shaa Allah kami akan sisipkan sedikit penjelasan darihal Taqdir, kemudian hubungannya dengan Af'al Allah (Perbuatan Allah) dan af'al makhluq (perbuatan makhluq) menurut I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah. 


Namun oleh kerana tajuk yang dibicarakan tidak khusus Bab Taqdir, kami hanya menyebutkan beberapa poin penting.  Untuk mendapat penjelasan yang terperinci, tepat dan sempurna, kamu perlu merujuk kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar Arif.


Bersambung siri 605 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 603)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....




Penjelasan 10:

Rasulullah ﷺ menghadap Zat Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai'un

..................................................


Di sini terjadi penyimpangan I'tiqad oleh golongan yang percaya Allah duduk, menetap, bertahta di atas Arasy seperti manusia bertahta di bumi. 


Mereka menganggap Allah Ta'ala duduk, menetap di atas Arasy lalu Rasulullah ﷺ datang menghadap Allah laksana "manusia menghadap Raja-Raja dunia".  Tidak syak lagi ini adalah pegangan batil dan sesat kerana menyamakan Allah dengan makhluq, maka jadilah syirik Akbar (syirik Besar).  Wal Iyazubillah.


Bagaimanakah pendirian dan i'tiqad Ahlus Sunnah wal Jamaah yang benar?


Ahlus Sunnah meyakini tanpa keraguan bahawa Rasulullah ﷺ menghadap Allah pada peristiwa Isra' Mi'raj namun wajib jazamkan dalam hati (tanam kukuh di dalam hati), bahawa Zat Allah yang Baginda lihat adalah Zat  Yang Laisa Kamithlihi Syai’un. (tiada umpama sesuatu seperti-Nya), iaitu Zat Allah yang tidak dapat disebutkan rupa-Nya atau tempat-Nya atau arah-Nya dan tidak juga mampu dihuraikan cara pertemuan tersebut.


Pertemuan itu tidak seperti pertemuan makhluq kepada makhluq lain.  Maka barang siapa beri'tiqad Allah duduk atas Arasy seperti Raja-Raja bertahta di dunia lalu menyangka Rasulullah ﷺ datang menghadap Allah laksana manusia menghadap "raja dunia", maka ini i'tiqad batil dan sesat.


Ungkapan yang layak menepati Kebesaran Allah bagi menjelaskan pertemuan dan penglihatan Rasulullah ﷺ  pada Zat Allah di atas Arasy adalah:


Menurut penjelasan Ahli Ma'rifat yang benar-benar mengenal Allah:

Allah Ta’ala _Tajalli_ (menyatakan diri-Nya) kepada Rasulullah ﷺ  di atas Arasy!  Keadaan ini hampir serupa dengan “Allah Ta’ala Tajalli di bukit Tursina” kepada Nabi Musa Alaihis Salam — Allah Ta'ala menyatakan diri-Nya di Bukit Tursina.


Jika ditanya lagi:

Bagaimana kaifiyyat “Allah Ta’ala menyatakan diri-Nya?" Maka Jawapannya:

Tiada kaifiyyat atau cara untuk menghuraikannya dan dilarang bertanya “bagaimana” terhadap Allah Ta’ala, kerana Dia Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai’un.  Maka bertanya "bagaimana" terhadap Allah atau membincangkannya atau membahaskannya adalah bid'ah kesesatan.


Hal ini hampir serupa dengan huraian terhadap pertanyaan : "Bagaimanakah Allah istiwa atas Arasy". 



Berkata Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي الله عه:

"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa di atas 'Arasy tidak diketahui.  Maka dilarang bertanya bagaimana Tuhan di Arasy.  Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."

[Al Ghunyah]


Bersambung siri 604 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Wednesday, January 08, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 602)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan 9:

Tujuan Isra' Mi'raj

................................


Menurut pendirian Ahlus Sunnah, di antara tujuan Allah Ta'ala mengangkat Rasulullah ﷺ  ke Arasy adalah:


(1) Tanda-Tanda Kebesaran dan Keagungan Allah Ta'ala.

Peristiwa luar biasa yang terjadi pada Rasulullah ﷺ ini 

menunjukkan Kebesaran Allah Ta'ala dan Kemuliaan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda.  Memperlihatkan kepada Baginda dan orang-orang beriman akan tanda-tanda kebesaran dan Keagungan Allah Ta'ala. ( لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَآ )


(2) Luasnya Kerajaan Allah Ta'ala

Melalui peristiwa Mi’raj Rasulullah ﷺ, Ummat manusia seluruhnya dapat mengetahui akan betapa luas, besar dan hebatnya sekalian ciptaan Allah Ta’ala.   


(3) Pengisytiharan Sejagat akan Kelebihan Rasulullah ﷺ mengatasi segala Nabi-Nabi yang lain

Peristiwa Agung ini adalah suatu pengisytiharan Agung bahawa Rasulullah ﷺ adalah Rasul terpilih yang Allah Ta'ala Kurniakan Kemuliaan dan keistimewaan mengatasi sekalian Nabi dan Rasul yang lain.


(4) Peringatan kepada manusia bahawa Hari Pembalasan benar-benar wujud

Memberikan amaran kepada manusia akan balasan kebaikan (Syurga) dan kejahatan (Neraka) yang pasti terjadi, sekaligus menjadi bukti akan kewujudannya.


(5) Keutamaan Ibadah Solat

Rasulullah ﷺ menerima Perintah Solat langsung dari Allah pada peristiwa Isra' Mi'raj, menunjukkan keistimewaan Ibadah Solat.


(6) Bukti-bukti kebenaran Islam

Manusia yang benar-benar menggunakan aqalnya yang sihat, mampu memahami bahawa Peristiwa Isra' Mi'raj adalah di antara Mukjizat Teragung yang menunjukkan kebenaran Islam dan kebatilan agama-agama ciptaan manusia.


(7) Lambang Perjalanan manusia kembali kepada Allah

Keseluruhan Peristiwa Isra' Mi'raj adalah lambang "Proses perjalanan manusia kembali kepada Allah".  Mulai dari penyucian batin Baginda (Jantung Baginda disucikan dengan air zam-zam oleh Malaikat), perjalanan pantas melalui Buraq dan kemudian perjalanan pantas melalui tangga Mi'raj sehingga akhirnya sampai ke Arasy adalah lambang kepada tingkat-tingkat perjalanan "kembali kepada Allah" yang akan dilalui oleh setiap orang yang Mu'min.


Walau bagaimanapun proses perjalanan kembali kepada Allah sehingga "bertemu dengan Allah" (mencapai Tauhid hakiki) hanya mampu dicapai oleh orang Islam yang menempuh jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Adapun mereka yang hanya amalkan ibadah yang biasa,  tidak berusaha sucikan batinnya,  mereka yang tidak mujahadah melawan nafsu, tidak amalkan zikrullah sungguh-sungguh menurut Jalan Ma'rifat pimpinan Mursyid yang Siddiq, mereka akan sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa, bergelumang dengan dosa syirik hati (syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian hati), maka dengan demikian mereka ini akan kekal sebagai orang awam.


Bersambung siri 603 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI 

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 601)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan 8: Pandangan Ahli Ma'rifat

........................................................................


Selain dari keterangan Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah ﷺ penjelasan yang diberikan oleh  Ahli-Ahli Ma’rifat berhubung dengan Arasy adalah sangat menarik untuk dijadikan I’tibar dan panduan. 


Sebagaimana telah maklum, Ahli Ma’rifat  adalah hamba-hamba Allah yang mu’min yang telah sampai Hadrat Tuhan Yang Maha Suci tanpa sebarang hijab. Mereka diperlihatkan oleh Allah Ta’ala akan Zat-Nya Yang Maha Quddus, yang Laisa Kamithlihi Syai’un — tiada umpama sesuatu seperti-Nya.


Di atas Kemurahan-Nya, mereka juga diperlihatkan oleh Allah Ta’ala akan perbendaharaan-Nya yang tersembunyi…   mereka dapat melihat dengan nyata akan keadaan dan hakikat  Arasy, Kursi, Qalam, Luh Mahfuz bahkan sekalian alam ghaib,  tanpa sebarang keraguan sedikit pun. 


(1) Arasy adalah Tempat paling Indah, paling suci dan paling agung dari sekalian tempat yang diciptakan oleh Allah Ta’ala.   Ianya dihiasi dengan cahaya Ketuhanan Yang Gilang Gemilang.  Sesiapa yang melihatnya pasti terpesona, kerana tiada kata2 yang dapat mengungkapkan kehebatan dan keindahannya.


(2) Luasnya Arasy sejauh mata memandang, seolah-olah tiada penghujung. Apabila dilihat pada semua arah, depan belakang, kanan kiri, yang terlihat adalah lapangan luas yang tidak terjangkau oleh pandangan. Tiada yang mengetahui keluasannya melainkan Allah dan mereka yang diberi pengetahuan berkenaan dengannya.


(3) Arasy adalah Pusat Pemerintahan Allah Ta’ala memerintah makhluk-Nya. Allah Ta’ala menurunkan Perintah, Larangan dan Hukuman ke atas makhluk-Nya menurut  Ilm (Ilmu),  Iradah (Kehendak) dan Qudrah (Kekuasaan) Nya. Iaitu sekalian Taqdir yang tertulis pada  Luh Mahfuz.


(4) Arasy adalah di antara makhluq Allah yang tidak dibinasakan. Ketika berlaku Hari Qiamat, sekalian makhluq akan binasa dan hancur lebur kecuali beberapa makhluq yang dimuliakan oleh Allah Ta’ala dan tidak dibinasakan.

Di antaranya:

Nur Muhammad, Ruh Ruhani, Arasy, Kursi, Luh Mahfuz, Qalam, Syurga dan Neraka.


(5) Arasy adalah tempat kemuliaan bagi hamba-hamba Allah yang mencapai Darjat Keimanan yang tertinggi. Orang Mu’min yang sampai ke martabat kesucian Tauhid yang sempurna, iaitu Maqam Ihsan, Maqam Taqwa, Maqam Shuhud yang sempurna… akan dipakaikan oleh Allah Ta’ala dengan pakaian kemuliaan “Raja-Raja” dan menjemput mereka (ruh mereka) ke Arasy-Nya yang Agung.  Mereka  adalah tetamu Allah yang amat istimewa. Walaupun jasad mereka di dunia, namun ruh mereka terbang tinggi merentasi sekalian alam untuk bertemu kekasih mereka, Rabbul Jalil.  


Siapakah mereka ini?

Merekalah para Rasul-Rasul, Nabi-Nabi dan Ahli Ma’rifat pewaris Nabi yang sebenar…!


Semua Rasul, Nabi dan Ahli Ma’rifat sampai ke Hadrat Tuhan dengan ruh sahaja.  Kecuali Junjungan Besar Nabi Muhammad yang diberi kemuliaan yang mengatasi segala kemuliaan makhluq, hadir di atas Arasy yang mulia dengan jasad berserta ruh  Baginda…  sehingga hal ini menjadi suatu pengkhususan dan Mu’jizat yang istimewa bagi Junjungan kita. Dan karomah (kemuliaan) bagi Auliya Allah.


Bersambung siri 602 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 600)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan 4: Arasy dijunjung oleh Malaikat yang gagah perkasa


Firman Allah:


وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَآئِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْ

قَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ 


“Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.” 

[Al-Haaqqah (69) : Ayat 17] 



Penjelasan 5: Arasy mempunyai tiang-tiang


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya manusia pengsan pada hari Qiamat, lalu aku adalah orang yang pertama sedar, seketika itu aku mendapatkan Musa sedang memegang sebuah tiang dari tiang-tiang Arasy, maka aku tidak tahu apakah dia telah sedar sebelumku ataukah dia dibebaskan (dari pengsan tersebut) karena telah pengsan di Bukit Thursina.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]. 



Penjelasan 6: Malaikat bertawaf mengelilingi Arasy sambil memuji2 Allah Ta’ala


Firman Allah Ta’ala:


الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَىْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ 


“(Malaikat-Malaikat) yang memikul Arsy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala.” 

[Al-Mu’min @ Ghafir (40) : Ayat 7] 



Penjelasan 7: Keluasannya - Teramat luas


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tidaklah langit yang tujuh dibandingkan Kursi, melainkan umpama sebuah cincin di tanah yang tandus . Sedangkan kelebihan Arsy dibandingkan Kursi, seperti kelebihan tanah tandus itu dibandingkan cincin tersebut." 

[Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Baihaqi] 


Penjelasan ahli ma'rifat:

Rasulullah  ﷺ berikan gambaran yang jelas berkenaan Arasy apabila Baginda menyebut berkenaan keluasannya berbanding dengan sekalian ciptaan Allah.  Iaitu sekalian makhluk ini apabila dibandingkan dengan Arasy  Allah, semua itu hanya bagaikan sebentuk cincin di padang pasir Sahara yang amat luas.  


Ertinya apa?

Maksudnya sekalian yang maujud  (makhluk) ini tiada apa-apa dibandingkan dengan keluasan dan ketinggian Arasy Allah, sehingga boleh dikatakan tiada wujud pada pandangan mata kasar.


Bersambung siri 601 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 599)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Contoh 3:

Mentafsirkan secara batil

Peristiwa Isra' Mi'raj mendakwa:

Allah duduk di Arasy

=========================


Golongan wahhabiyyah dan mujassimah mendakwa perjalanan Rasulullah ﷺ ke Arasy sebagai bukti Allah duduk menetap, semayam, bertahta di atas Arasy. 


Di antara hujjah dan i'tiqad Mujassimah dan Wahhabiyyah berhubung dengan peristiwa Isra' Mi'raj adalah: 


Dakyah 1: Rasulullah ﷺ menuju Allah pada Isra' Mi'raj,  maka menurut i'tiqad batil mereka, Allah duduk menetap di Arasy.


Dakyah 2: Rasulullah ﷺ diangkat oleh Allah Ta'ala ke Arasy lalu berlaku berlaku dialog antara Allah Ta'ala dan Rasulullah ﷺ. Maka menurut dakwaan mereka itulah bukti Allah duduk menetap di Arasy. 


Dakyah 3: Rasulullah ﷺ berulang alik ke Arasy (turun naik berulangkali) untuk memohon kepada Allah agar dikurangkan waktu solat atas nasihat Nabi Musa 'Alaihis-salam. Maka menurut Wahhabiyyah dan Mujassimah ini menjadi bukti Allah duduk di Arasy? 


Ramai orang Islam awam terpedaya dengan hujjah-hujjah batil dan sesat ini kerana ia "kelihatan logik" pada aqal sedangkan ia bertentangan dengan Aqidah Ahlus Sunnah yang benar. Berikut kami cuba jelaskan beberapa hal berkenaan dengan 'Arasy, peristiwa Isra' Mi'raj dan serta perjalanan Rasulullah ﷺ agar orang Islam awam tidak terpedaya dengan dakyah batil wahhabiyyah dan mujassimah. Moga selamat Aqidah — berpegang teguh kepada Ahlus Sunnah yang BENAR!


Penjelasan 1: Arasy adalah makhluq

Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Arasy adalah makhluk ciptaan Allah.  Dan dikatakan Arasy adalah makhluk ciptaan Allah yang terbesar, yang mempunyai jisim, ertinya ia mempunyai jirim berupa benda yang boleh dikesan oleh pancaindera, tetapi dighaibkan oleh Allah pada pandangan umum manusia, hanya Ahli Ma'rifat pada peringkat Mukasyafah dibukakan oleh Allah untuk melihatnya.


Firman Allah:


وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ 


“dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.” 

[At-Taubah (9) : Ayat 129]



Penjelasan 2: Kedudukan tertinggi

Kedudukan Arasy tertinggi di atas sekalian makhluk — menaungi sekalian makhluq.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Jika kalian meminta, mintalah al-Firdaus, karena ianya syurga yang paling utama dan yang paling tinggi dan di atasnya adalah Arasy Allah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga.” 

[Imam Bukhari]


Penjelasan 3: Bentuk seperti Qubah

Rupa bentuknya adalah seperti Qubah dan mempunyai tiang-tiang dan dipikul oleh Malaikat-malaikat yang gagah.  Sebahagian Malaikat sentiasa bertawaf mengelilingi Arasy. 


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya Allah di atas Arsy-Nya dan Arsy-Nya di atas langit dan bumi, seperti begini dan memberikan isyarat dengan jari-jemarinya seperti sebuah qubah.” 

[Imam Abu Dawud] 


Ulama Arif berikan penjelasan : Arasy berbentuk seperti sebuah qubah yang sangat besar dan melitupi seluruh alam semesta di bawahnya. Ini bermakna bumi, langit, matahari, bulan, bintang dan sekalian cakerawala alam semesta adalah di bawah Arasy dan Arasy menjadi atap bumbungnya. 


Bersambung siri 600 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 598)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan 6 — keberadaan Allah:

Jika ada yang bertanya bagaimanakah mencari Allah jika kita tak tahu tempat-Nya?


Jawapannya:

Allah Ta'ala tidak berjisim atau berarah, Dia tidak takluk kepada waktu dan tempat.  Maka soalan seperti....

 "bagaimana tuju kepada Allah jika tak tahu di mana Allah"  ...... adalah pertanyaan  tak layak bagi Allah.  Dan pertanyaan ini adalah bid'ah kesesatan.


Jadi apakah maksud sebenar kembali kepada Allah?

Manusia di-Perintah kembali kepada Allah,  mencari Allah, menuju Allah bukan seperti mencari benda-benda yang hilang.  Kita mencari Allah bermakna berusaha kembali kepada Allah dengan menyucikan diri zahir dan batin, iaitu kembali kepada kesucian diri yang asal, kembali kepada kesucian ruh di alam Nur, kembali kepada kesedaran ruh ketika menghadap Rabbul Jalil.  

Inilah yang dikehendaki dengan mencari Allah, menuju Allah, berlari kepada Allah dan lain-lain ungkapan sepertinya. 


Ketika hati, aqal, nafas dan ruh telah suci-sesucinya, lalu terpancar cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) ke atasnya,  maka ketika itu akan nyata Sifat-Sifat Allah pada pandangan mata hati.  Inilah hakikat pencarian dan kembali kepada Allah,  hakikat pertemuan dengan Allah dan hakikat Tauhid atau Ma'rifat yang dikehendaki oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Dengan itu fahamilah :  Tuhan  berada seperti sediakala.  Dia berada sama seperti sebelum Dia Ciptakan makhluq-Nya.  Cuma makhluq memerlukan arah dan tempat untuk menuju kepada makhluq.  Sedangkan Allah bersalahan dengan sekalian makhluq.  Maha Suci Allah dari bertempat, mengambil ruang, mengisi waktu, mengisi arah.


Dengan demikian dilarang mengatakan Allah di atas, di bawah, di tepi, di kiri, kanan, di dalam sesuatu seperti difahami aqal kerana ini semua sifat makhluk.  Orang tua-tua kita dulu mengajar anak-anak mengenai Allah dengan berkata :

"Tuhan di atas, Tuhan di langit "  atau seumpama-nya.....supaya anak itu faham bahawa Allah itu Maha Kuasa dan Maha Tinggi.  Bukan tujuan mereka "menjisimkan Tuhan" dengan kata-kata demikian.



Penjelasan 7 — keberadaan Allah:


Bolehkah kita menyebut Allah di mana-mana kerana ada Firman Allah....


وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعُ عَلِيمُُ


”Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap maka di situlah Wajah Allah.  Sesungguhnya Allah Maha Luas (Rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui”. 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 115]


Jawapannya ....

Ayat ini bukan bermaksud Allah berada di mana-mana.   Ungkapan Allah berada di mana-mana boleh membawa maksud Allah itu berbilang-bilang... Maha Suci Allah dari demikian.


Yang benar adalah ayat tersebut membawa maksud Allah Meliputi segala sesuatu sehingga terasalah hamba bahawa dia sentiasa di dalam pengawasan Allah.  Pengertian tepat tentang ayat ini iaitu Haqiqat di sebalik ayat ini hanya boleh diketahui dengan _muraqabah_ iaitu melalui Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Penjelasan 8 — keberadaan Allah:


Jika ada yang berkata:

Tuhan berada di dalam hati hamba-Nya yang berzikir... lalu dia beri'tiqad Tuhan wujud dalam hati dalam bentuk jisim yg difahami aqal maka ini adalah pegangan batil.


Ada beberapa Hadith Qudsi yang kesamaran seperti...

 "Allah berada di dalam hati Mukmin" 

 "Allah berada di dalam hati hamba-Nya yang berzikir" 

bagaimanakah cara memahaminya?


Jawapannya:

Haqiqat bagi hadith-hadith tersebut tak boleh difahami secara aqal.  Sebaliknya ia perlu di muraqabahkan  (merenung dari dalam hati) atau di musyahadahkan  (memandang dari pandangan ruh) menurut Sistem Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Bersambung siri 599 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 597)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan 3 — keberadaan Allah:

Jawab sebagaimana Allah menyuruh kita menjawabnya apabila ditanya akan keberadaan Allah:


Firman Allah:


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (katakan kepada mereka):

" Sesungguhnya Aku (Allah) sangat hampir”

[Al-Baqarah (2) : Ayat 186]



Penjelasan 4 — keberadaan Allah:

Allah Meliputi bagi segala sesuatu.  Sebagaimana Dia menyebut diri-Nya di dalam Al Qur'an:


Firman Allah:


أَلَآ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءٍ۬ مُّحِيطُۢ


"Ketahuilah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi akan tiap-tiap sesuatu.”

[Fussilat (41) : Ayat 54]



Penjelasan 5 — keberadaan Allah:

Allah berada sedia kala seperti Dia sebelum menciptakan makhluq-Nya.  Ertinya Dia, (Allah) ada pada zaman ini dan bila-bila zaman pun sebagaimana Dia Wujud tanpa permulaan.  Dia tidak dibatasi atau takluk oleh waktu, arah atau tempat.  


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Allah ada tanpa sesuatu apa pun yang menyertai-Nya.  Di atasnya tidak ada sesuatu dan di bawahnya tidak ada sesuatu. Lalu Allah menciptakan Arasy di atas air.” 

[Imam Tirmizi].


Semua jawapan di atas adalah bersandarkan Firman Allah dan Hadith Nabi.  Bukan dari pemikiran aqal.  Maka memadailah bagi orang-orang  awam memakai salah satu atau semua jawapan tersebut, tanpa memikirkan dengan aqal fikiran.  Kerana aqal TIDAK akan mampu memikirkannya.


Bersambung siri 598 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 596)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Contoh 2 : Menimbulkan kekeliruan berhubung dengan persoalan "keberadaan Allah", "di mana Allah"


Di antara persoalan yang sering dijadikan bahan mainan dan perdebatan oleh golongan yang mempunyai penyakit hati untuk menta'wil menurut aqal sehingga membawa kesesatan adalah:


1. Mereka berdebat berkenaan "keberadaan Allah" (persoalan "di mana Allah?" ).  

2. Mereka berdebat "Allah di langit".

3. Mereka berdebat "Allah duduk tinggi jauh dari manusia"

4. Mereka berdebat "Allah jauh dari manusia kerana manusia kotor"


Orang awam yang tiada cukup ilmu terpinga-pinga dengan persoalan-persoalan ini.  Bila tak mampu menjawab, mereka mencari sana sini, mencari dalam internet, baca sendiri tulisan ustaz wahhabiyyah yang merujuk "Ulama wahhabiyyah" sehingga menjadi perbalahan berpanjangan. 


Jawapan bagi semua persoalan ini, berkenaan "keberadaan Allah",  telah lama dijawab oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah.  Berikut kami sampaikan panduan bagi orang awam memahami cara-cara I'tiqad dan pegangan Ahlus Sunnah berhubung dengan "keberadaan Allah".


Cara i'tiqad keberadaan Allah atau menjawab pertanyaan "di mana Allah" menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah:


Penjelasan 1 — keberadaan Allah:

Pendirian asas yang paling penting yang wajib ada dalam hati setiap orang beriman berhubungan dengan "keberadaan Allah" adalah:


Allah wujud dan wujud-Nya ....

 لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ       

 " Laisa Ka-mithli-hi syai 'un "

ertinya  tiada umpama sesuatu seperti-Nya.


Ini bermakna Dia (Tuhan Rabbul Jalil)  tidak dapat dimisalkan dengan sekalian makhluq.  Allah Ta'ala berlainan sama sekali dari makhkuq-Nya. Pegangan pertama ini saja cukup untuk menyatakan Allah Ta'ala tidak sama dengan sekalian yang baharu.  Apa sahaja terbayang, terlintas, terupa pada aqal, maka semua itu adalah makhluq.  Dengan demikian menyerupakan Allah dengan apa jua yang Allah ciptakan adalah Syirik. 



Penjelasan 2 — keberadaan Allah:

Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, apabila ditanya di mana Allah, maka jawablah sebagaimana Allah Ta'ala menyebutkan diri-Nya di atas Arasy-Nya, tanpa sebarang kaifiyyat atau cara.


Firman Allah:

 

ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ 


Bermula (Allah), Ar-Rahman istiwa di atas Arasy.  

[Surah Toha (20) : Ayat 5]


Berkata Imam Jilani رضي الله عه:

"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa di atas 'Arasy tidak diketahui.  Maka dilarang bertanya bagaimana Tuhan di Arasy.  Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."

[Al Ghunyah]


Inilah pegangan yang benar.  Iaitu apabila ditanya di mana Allah, jawablah :

“Allah sebagaimana Dia Firman di dalam Al-Qur’an :    "Allah  istiwa  di atas Arasy”    sesuai dengan Kemuliaan dan Keagungan-Nya.  Dan caranya istiwa tidak diketahui.  Bertanya atau membincangkan tentang cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid’ah kesesatan.                                      _selesai _


Itu sahaja cukup sebagai pegangan dan jawapan kepada mana-mana Muslim yang bertanya.  Kita cuma disuruh meyakini dan beri'tiqad bahawa Allah Ta'ala  istiwa di atas Arasy tanpa membincangkan bagaimana caranya Dia istiwa di atas Arasy.  Jawapan ini adalah yang lebih baik dari jawapan lain kerana ianya lambang Ketinggian, Keagungan serta Kebesaran Allah Ta'ala di atas makhluq-Nya.  


Perlu diingat:

Pernyataan ini bukan bermakna Allah memerlukan Arasy sebagai tempatnya!

Bukan juga bermakna Allah bertahta seperti Raja-raja. 

Bukan juga bermakna Allah tinggal menetap di Arasy.  

Ini kerana semua itu adalah sifat makhluq, Maha Suci Allah Ta’ala dari menyerupai makhluq.  Inilah sebabnya awal-awal diperingatkan jangan bertanya atau bincangkan kaifiyyat (cara)  "Tuhan istiwa di atas Arasy".!!!


Bersambung siri 597 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 595)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Contoh-Contoh:

==============

Sebagaimana kami tegaskan pada bab terdahulu...


(1) Tugas mentafsir dan menta'wilkan ayat-ayat Qur'an:

Orang yang benar-benar layak mentafsir dan menta'wil adalah Ulama Pewaris Nabi bertaraf Mujtahid, yang benar-benar menepati syarat-syaratnya. 


(2) Barang siapa berani mentafsir dan menta'wil ayat-ayat Suci Allah sedangkan dia bukan orang yang layak melakukan ijtihad, maka dia telah menempah tempat di dalam Neraka.  Wal Iyazubillah


(3) Sejumlah manusia sesat yang merasakan diri mereka sudah layak mentafsir dan menta'wil ayat Qur'an, (sedangkan mereka adalah orang-orang jahil) telah sewenang-wenang menta'wil ayat-ayat mutasyabihat sehingga menjadi sesat dan menyesatkan.  Wal Iyazubillah


(4) Tujuh puluh dua (72) kelompok orang Islam yang sesat, (sebagaimana Amaran Rasulullah ﷺ) terbentuk akibat dari kebodohan mereka mentafsir dan menta'wil Al-Qur'an menurut pendapat aqal, nafsu dan bisikan Syaitan. 


Berikut adalah beberapa contoh orang-orang Islam mentafsirkan Al-Qur'an menurut aqal fikiran atau menurut pendapat nafsu mereka sehingga mereka binasa.  Wal Iyazubillah.  Moga menjadi pedoman dan panduan kepada Ummat Islam yang masih berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.




Contoh 1: Menta'wilkan kalimat "istiwa" secara batil


Golongan Mujassimah dan Khawarij - Wahhabiyyah menta'wilkan kalimat " ٱسْتَوَىٰ  "  pada 

ayat:   ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ  

 (Tuhan Yang Rahman istiwa di atas Arasy) 

dengan makna  "duduk", "menetap", "tinggal", "istirehat", "bertahta" dan sebagainya sedangkan semua ta'wil tersebut adalah batil dan sesat kerana menyerupakan Allah dengan makhluq. 


Apabila kamu menyebut ungkapan-ungkapan ini...

"Allah duduk atas Arasy" 

atau kamu menyebut ....

"Allah tinggal menetap di atas Arasy" 

atau kamu menyebut...

 "Allah bertahta di atas Arasy" 

atau lain-lain sepertinya...

maka kamu telah menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhluq.  Semua ungkapan tersebut tergambar di dalam pemikiran akan rupa kewujudannya.  Dan ini i'tiqad batil dan sesat.  Wal Iyazubillah.


I'tiqad dan pegangan yang benar menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah:


Allah istiwa atas Arasy tanpa sebarang kaifiyyat atau cara.  Cukup setakat itu sahaja.  Maka dilarang bertanya atau membincangkan atau berdebat berkenaan  "bagaimana Allah istiwa atas Arasy". Barang siapa ingkar akan hal ini maka dia termasuk golongan sesat. Wal Iyazubillah.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي الله عه

mentafsirkan Firman Allah: 

ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ

Bermula (Allah), yang bersifat Rahman istiwa di atas Arasy.  [Surah Toha (20) : Ayat 5]


"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa di atas 'Arasy tidak diketahui.  Maka dilarang bertanya bagaimana Tuhan di Arasy.  Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."

[Al Ghunyah]


Bersambung siri 596  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 594)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Dalil 2 : Allah Ta’ala berfirman:


وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.  Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya."

[Al-Isra’ (17) : Ayat 36]



Dalil 3 : Allah Ta’ala berfirman:


وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ


“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.  Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”

[An-Nahl (16) : Ayat  116]



Dalil 4 : Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barang siapa berkata-kata tentang Al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari Neraka"

[Imam Tirmizi]



Dalil 5 : Rasulullah ﷺ bersabda:

 “Barang siapa menguraikan Al-Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. 

[Imam Ahmad]



Dalil 6 : Rasulullah ﷺ bersabda:

"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui.  Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam Neraka, dan barang siapa yang menafsirkan Al-Qur'an dengan akal fikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam Neraka." 

[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]



Dalil 7 : Rasulullah ﷺ bersabda:

 “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam Neraka”. 

[Imam Bukhari, Muslim]



Dalil 8 : Rasulullah ﷺ bersabda:

 "Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan aqal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”

[Imam Thabarani]


Bersambung siri 595  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 593)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....




Menurut Imam Bukhari Radhiallahu anhu:

“Dari Abu Sa'id Al Khudriy Radliallahu 'anhu, beliau berkata; "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ yang sedang membahagi-bahagikan (harta rampasan perang), datanglah Zul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; "Wahai Rasulullah, engkau mesti berlaku adil".  Maka Baginda berkata: "Celaka kamu! Siapa yang mampu berbuat adil kalau bukan aku  yang berbuat adil. Sungguh kamu telah mengalami keburukan dan kerugian jika aku tidak berbuat adil".  Kemudian Sayyidina 'Umar berkata; "Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal batang lehernya! Sabda Baginda : "Biarkanlah dia kerana dia memiliki teman-teman yang salah seorang dari kalian memandang remeh solatnya dibanding solat mereka, puasanya dibanding puasa mereka.  Mereka membaca Al Qur'an namun tidak sampai ke tenggorokan mereka.  Mereka keluar dari agama seperti keluar anak panah dari sasarannya.” 

[Imam Bukhari]


Ertinya, di antara perangai Golongan khawarij adalah sentiasa sombong takabbur, meninggi diri, rasa diri hebat dari orang lain, rasa amal ibadah mereka lebih hebat dari orang lain.  Mereka membaca Qur'an dengan fasih menunjukkan kehebatan mereka membaca ayat-ayat Al-Quran, tetapi bacaan mereka hanya pada lisan (lidah), tidak masuk ke dalam hati, tidak menjadi cahaya Iman.  Golongan khawarij ini binasa Imannya dan Islamnya sedang mereka hidup di dalam sangkaan merekalah yang lebih baik (perangai Iblis).


Tambahan Penjelasan 5

Pada zaman kemudiannya (mulai abad ke-18 Masihi) sehingga kini (abad ke 21 Masihi), mereka dikenali sebagai Golongan Wahhabiyyah.  Istilah "Wahhabiyyah" nisbah kepada Ibnu Abdul Wahhab yang bangkitkan kembali  fahaman Khawarij.  Ertinya fahaman sesat Khawarij yang tenggelam dibangkitkan kembali oleh Ibnu Abdul Wahhab sehingga fahaman tersebut diberikan nama nisbah kepada nama dia.


Berkata Imam Muhammad Ibn Abidin Radhiallahu anhu:

(Ulama Besar Ahlus Sunnah yang hidup ketika bangkitnya Doktrin Khawarij — Wahhabiyyah)


"Wahhabiyyah pada zaman kita sekarang (zaman ketika bangkitnya fahaman sesat Wahhabiyyah) adalah Khawarij yang membangkitkan dan mendokong fahaman Khawarij terdahulu."

[Hasyiah Raddul Mukhtar]


Tambahan Penjelasan 6

Pada zaman ini (abad ke-21) fahaman sesat Wahhabiyyah telah menular dan meresap ke dalam sistem pondok.  Kiyai, Guru-guru dan pelajar-pelajarnya telah dikuasai fahaman Wahhabiyyah sedangkan asalnya mereka berpegang kepada Ahlus Sunnah.  Rujukan utama mereka adalah pemimpin-pemimpin Wahhabiyyah yang jelas berpegang kepada doktrin Khawarij.  Di antara tokoh-tokoh Wahhabiyyah yang menjadi rujukan mereka adalah:  Ben Baz, Ibnu Uthaimin, Al-Albani dan lain-lain.  Mereka menjadi sesat dan menyesatkan.  Wal Iyazubillah. 


Tambahan Penjelasan 7

Selain dari Golongan Khawarij — Wahhabiyyah, golongan lain yang turut mentafsirkan ayat Qur'an menurut pemikiran aqal dan nafsu sehingga menjadi sesat adalah Syi'ah (rafdhi), Mu'tazilah, Jabariyyah, Mujassimah, Musyabbihah... semuanya berjumlah 72 golongan sebagaimana amaran Nabi ﷺ.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) 

golongan, satu masuk Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka.  Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga.  Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka. Ditanyakan kepada Baginda, "Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, ‘Al-Jama’ah'.

[Imam Tirmizi]


Bersambung siri 594  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 592)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan Tambahan

===================

Berikut adalah tambahan penjelasan berhubung dengan ayat 

[Aali-Imran (3) : Ayat 7] serta fatwa Ulama Ahlus sunnah.


Tambahan Penjelasan 1

Firman Allah ini...  [Aali-Imran (3) : Ayat 7] memberikan amaran akan bangkitnya orang Islam yang jahat, perangai seperti Iblis (sombong takabbur), merasa diri hebat dan mentafsirkan ayat Qur'an menurut aqal dan nafsu untuk menyesatkan manusia dari jalan lurus.


Tambahan Penjelasan 2

Amaran Allah pada ayat [Aali-Imran (3) : Ayat 7], benar-benar terjadi pada hayat Rasulullah ﷺ masih hidup lagi, iaitu bangkitnya Golongan Khawarij (wahhabiyyah pada zaman ini).  Mereka mentafsirkan Al-Qur'an menurut pendapat aqal dan nafsu, maka binasalah mereka.  Wal Iyazubillah. 


Tambahan Penjelasan 3

Menurut ahli Sejarah, golongan Khawarij merupakan golongan pembuat bid'ah sesat yang pertama (pertama dari 72 golongan sesat yang akan berpecah dari Jamaah Ummat telah dikhabarkan oleh Junjungan Rasulullah ﷺ sebelumnya).


Tambahan Penjelasan 4

Pencetus fahaman sesat Khawarij adalah orang bernama  Zul Khwaishirah.  Kisah ringkasnya :  Ketika Rasulullah ﷺ sedang membahagi-bahagikan _ghanimah_ perang Hunain, datang seorang bernama Zul Khwaishirah mengherdik Baginda dengan kata-kata biadab :  "Berlaku adillah engkau Ya Muhammad" atau dia berkata, "Taqwalah engkau ya Muhammad".


Berkata Ibn Kathir Radhiallahu anhu:

"Sesungguhnya mula-mula bid'ah yang terjadi dalam permulaan masa Islam ialah fitnah Khawarij.  Pada mulanya mereka muncul disebabkan masalah duniawi, iaitu ketika Nabi ﷺ membahagi-bahagi hasil ghanimah perang Hunain.  Dalam aqal mereka yang tidak sihat seakan-akan mereka melihat bahawa Nabi ﷺ tidak berlaku adil dalam pembahagian ghanimah lalu mereka mengejutkan Nabi ﷺ dengan suatu ucapan yang tidak layak diucapkan oleh orang beriman.  Seorang dari mereka (Khawarij) yang dikenal dengan julukan "Zul Khuwaisirah" (si pinggang kecil, semoga Allah merobek pinggangnya) berkata, 

"Berlaku adillah engkau, karena sesungguhnya engkau tidak adil." Lalu Rasulullah ﷺ menjawab:

«لَقَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ إِنْ لَمْ أَكُنْ أَعْدِلُ، أَيَأْمَنُنِي عَلَى أَهْلِ الْأَرْضِ وَلَا تَأْمَنُونِي»

Sesungguhnya kecewa dan merugilah aku jika aku tidak adil.  Allah mempercayakan aku untuk penduduk bumi, maka mengapa engkau tidak percaya kepadaku?

Ketika lelaki itu pergi, Sayyidina Umar Ibnu Khattab —menurut riwayat yang lain Khalid Ibnu Walid— meminta izin kepada Nabi ﷺ untuk membunuh lelaki yang mengatakan demikian itu. Tetapi Nabi ﷺ bersabda:


"دَعْهُ فَإِنَّهُ يَخْرُجُ مِنْ ضِئْضِئ هَذَا-أَيْ: مِنْ جِنْسِهِ -قَوْمٌ يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلَاتَهُ مَعَ صَلَاتِهِمْ، وَصِيَامَهِ مَعَ صِيَامِهِمْ، وَقِرَاءَتَهُ مَعَ قِرَاءَتِهِمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرّمِيَّة، فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ، فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ.


"Biarkanlah dia, sesungguhnya kelak akan muncul dari golongan lelaki ini suatu kaum yang seseorang di antara kalian memandang kecil solatnya bila dibandingkan dengan solat mereka, dan bacaannya dengan bacaan mereka.  Mereka menembusi agama sebagaimana anak panah menembusi sasarannya (murtad).  Maka di mana pun kalian jumpai mereka, perangilah mereka, kerana sesungguhnya bagi orang yang membunuh mereka akan mendapat pahala.

[Tamat tafsiran Ibn Kathir]


Bersambung siri 593  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...