■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 593)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Menurut Imam Bukhari Radhiallahu anhu:
“Dari Abu Sa'id Al Khudriy Radliallahu 'anhu, beliau berkata; "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ yang sedang membahagi-bahagikan (harta rampasan perang), datanglah Zul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; "Wahai Rasulullah, engkau mesti berlaku adil". Maka Baginda berkata: "Celaka kamu! Siapa yang mampu berbuat adil kalau bukan aku yang berbuat adil. Sungguh kamu telah mengalami keburukan dan kerugian jika aku tidak berbuat adil". Kemudian Sayyidina 'Umar berkata; "Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal batang lehernya! Sabda Baginda : "Biarkanlah dia kerana dia memiliki teman-teman yang salah seorang dari kalian memandang remeh solatnya dibanding solat mereka, puasanya dibanding puasa mereka. Mereka membaca Al Qur'an namun tidak sampai ke tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti keluar anak panah dari sasarannya.”
[Imam Bukhari]
Ertinya, di antara perangai Golongan khawarij adalah sentiasa sombong takabbur, meninggi diri, rasa diri hebat dari orang lain, rasa amal ibadah mereka lebih hebat dari orang lain. Mereka membaca Qur'an dengan fasih menunjukkan kehebatan mereka membaca ayat-ayat Al-Quran, tetapi bacaan mereka hanya pada lisan (lidah), tidak masuk ke dalam hati, tidak menjadi cahaya Iman. Golongan khawarij ini binasa Imannya dan Islamnya sedang mereka hidup di dalam sangkaan merekalah yang lebih baik (perangai Iblis).
Tambahan Penjelasan 5
Pada zaman kemudiannya (mulai abad ke-18 Masihi) sehingga kini (abad ke 21 Masihi), mereka dikenali sebagai Golongan Wahhabiyyah. Istilah "Wahhabiyyah" nisbah kepada Ibnu Abdul Wahhab yang bangkitkan kembali fahaman Khawarij. Ertinya fahaman sesat Khawarij yang tenggelam dibangkitkan kembali oleh Ibnu Abdul Wahhab sehingga fahaman tersebut diberikan nama nisbah kepada nama dia.
Berkata Imam Muhammad Ibn Abidin Radhiallahu anhu:
(Ulama Besar Ahlus Sunnah yang hidup ketika bangkitnya Doktrin Khawarij — Wahhabiyyah)
"Wahhabiyyah pada zaman kita sekarang (zaman ketika bangkitnya fahaman sesat Wahhabiyyah) adalah Khawarij yang membangkitkan dan mendokong fahaman Khawarij terdahulu."
[Hasyiah Raddul Mukhtar]
Tambahan Penjelasan 6
Pada zaman ini (abad ke-21) fahaman sesat Wahhabiyyah telah menular dan meresap ke dalam sistem pondok. Kiyai, Guru-guru dan pelajar-pelajarnya telah dikuasai fahaman Wahhabiyyah sedangkan asalnya mereka berpegang kepada Ahlus Sunnah. Rujukan utama mereka adalah pemimpin-pemimpin Wahhabiyyah yang jelas berpegang kepada doktrin Khawarij. Di antara tokoh-tokoh Wahhabiyyah yang menjadi rujukan mereka adalah: Ben Baz, Ibnu Uthaimin, Al-Albani dan lain-lain. Mereka menjadi sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah.
Tambahan Penjelasan 7
Selain dari Golongan Khawarij — Wahhabiyyah, golongan lain yang turut mentafsirkan ayat Qur'an menurut pemikiran aqal dan nafsu sehingga menjadi sesat adalah Syi'ah (rafdhi), Mu'tazilah, Jabariyyah, Mujassimah, Musyabbihah... semuanya berjumlah 72 golongan sebagaimana amaran Nabi ﷺ.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu)
golongan, satu masuk Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka. Ditanyakan kepada Baginda, "Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, ‘Al-Jama’ah'.
[Imam Tirmizi]
Bersambung siri 594 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment