■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 598)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Penjelasan 6 — keberadaan Allah:
Jika ada yang bertanya bagaimanakah mencari Allah jika kita tak tahu tempat-Nya?
Jawapannya:
Allah Ta'ala tidak berjisim atau berarah, Dia tidak takluk kepada waktu dan tempat. Maka soalan seperti....
"bagaimana tuju kepada Allah jika tak tahu di mana Allah" ...... adalah pertanyaan tak layak bagi Allah. Dan pertanyaan ini adalah bid'ah kesesatan.
Jadi apakah maksud sebenar kembali kepada Allah?
Manusia di-Perintah kembali kepada Allah, mencari Allah, menuju Allah bukan seperti mencari benda-benda yang hilang. Kita mencari Allah bermakna berusaha kembali kepada Allah dengan menyucikan diri zahir dan batin, iaitu kembali kepada kesucian diri yang asal, kembali kepada kesucian ruh di alam Nur, kembali kepada kesedaran ruh ketika menghadap Rabbul Jalil.
Inilah yang dikehendaki dengan mencari Allah, menuju Allah, berlari kepada Allah dan lain-lain ungkapan sepertinya.
Ketika hati, aqal, nafas dan ruh telah suci-sesucinya, lalu terpancar cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) ke atasnya, maka ketika itu akan nyata Sifat-Sifat Allah pada pandangan mata hati. Inilah hakikat pencarian dan kembali kepada Allah, hakikat pertemuan dengan Allah dan hakikat Tauhid atau Ma'rifat yang dikehendaki oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Dengan itu fahamilah : Tuhan berada seperti sediakala. Dia berada sama seperti sebelum Dia Ciptakan makhluq-Nya. Cuma makhluq memerlukan arah dan tempat untuk menuju kepada makhluq. Sedangkan Allah bersalahan dengan sekalian makhluq. Maha Suci Allah dari bertempat, mengambil ruang, mengisi waktu, mengisi arah.
Dengan demikian dilarang mengatakan Allah di atas, di bawah, di tepi, di kiri, kanan, di dalam sesuatu seperti difahami aqal kerana ini semua sifat makhluk. Orang tua-tua kita dulu mengajar anak-anak mengenai Allah dengan berkata :
"Tuhan di atas, Tuhan di langit " atau seumpama-nya.....supaya anak itu faham bahawa Allah itu Maha Kuasa dan Maha Tinggi. Bukan tujuan mereka "menjisimkan Tuhan" dengan kata-kata demikian.
Penjelasan 7 — keberadaan Allah:
Bolehkah kita menyebut Allah di mana-mana kerana ada Firman Allah....
وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعُ عَلِيمُُ
”Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap maka di situlah Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (Rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
[Al-Baqarah (2) : Ayat 115]
Jawapannya ....
Ayat ini bukan bermaksud Allah berada di mana-mana. Ungkapan Allah berada di mana-mana boleh membawa maksud Allah itu berbilang-bilang... Maha Suci Allah dari demikian.
Yang benar adalah ayat tersebut membawa maksud Allah Meliputi segala sesuatu sehingga terasalah hamba bahawa dia sentiasa di dalam pengawasan Allah. Pengertian tepat tentang ayat ini iaitu Haqiqat di sebalik ayat ini hanya boleh diketahui dengan _muraqabah_ iaitu melalui Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Penjelasan 8 — keberadaan Allah:
Jika ada yang berkata:
Tuhan berada di dalam hati hamba-Nya yang berzikir... lalu dia beri'tiqad Tuhan wujud dalam hati dalam bentuk jisim yg difahami aqal maka ini adalah pegangan batil.
Ada beberapa Hadith Qudsi yang kesamaran seperti...
"Allah berada di dalam hati Mukmin"
"Allah berada di dalam hati hamba-Nya yang berzikir"
bagaimanakah cara memahaminya?
Jawapannya:
Haqiqat bagi hadith-hadith tersebut tak boleh difahami secara aqal. Sebaliknya ia perlu di muraqabahkan (merenung dari dalam hati) atau di musyahadahkan (memandang dari pandangan ruh) menurut Sistem Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Bersambung siri 599 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment