SIRI 334
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 5: Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah
Penjagaan Ahli Ma'rifat
sambungan.....
Peringatan 4: Tauhid Zat, Haqiqat, Ma'rifat bukan teori aqal
sambungan...
Ini hakikat penting yang wajib difahami oleh semua orang Islam, termasuk mereka yang cenderung kepada Tasawwuf, atau Haqiqat atau Ma'rifat. Tidak memadai dengan hanya mentelaah kitab-kitab atau sekadar berseminar, diskusi, forum atau lainnya. Atau sekadar hafal Sifat 20 dan bijak berdebat Sifat-Sifat Ketuhanan. Tidak memadai...!
Semua bentuk teori-teori yang dipelajari ini hanyalah langkah permulaan mengenal Allah, bukan kesudahannya. Mereka perlu melanjutkan perjalanan mereka dengan menempuh sendiri perjalanan ini sehingga Allah Ta'ala berkenan membuka pintu-pintu Tauhid yang murni kepadanya.
Kita tegaskan hal ini berulangkali kerana dua sebab utama:
Pertama:
Orang-orang Islam yang cenderung kepada Ilmu Tasawwuf atau Ma'rifat atau Haqiqat, hanya sibuk mengkaji sana sini berhubung Ma'rifat tanpa sebarang usaha menyucikan hatinya atau mereka membaca sendiri kitab-kitab Tasawwuf yang tinggi, lalu mengaku sudah sampai kepada Allah. Sesungguhnya ini adalah tipu daya nafsu dan bisikan iblis.
Kedua:
Cerdik pandai Agama (gelaran Mufti, Dr. Drs, Profesor, Sarjana dan lain-lain) yang tidak pernah menuntut Ilmu Tasawwuf daripada Guru yang 'Arif, Pewaris Nabi yang Siddiq dan tidak pernah menempuh sendiri perjalanan kepada Allah menurut disiplinnya tetapi sangat berani menuduhnya sebagai sesat. Mereka ini hanya orang-orang jahil yang membawa kesesatan. Mereka tersesat jauh dan terputus dari Rahmat Allah kerana menentang Wahyu dan Sunnah Rasul ﷺ yang agung. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 335 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment