Friday, April 24, 2026

SIRI 320


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 4:  Huraian Iman Salikin


Penjagaan Penting Salikin

sambungan....



Penjagaan ke-4:  Jangan abaikan Syari'at

Hal ini telah pun dijelaskan, namun di sini kita ulang sebagai penjagaan penting.  Seseorang yang di-Limpahi Cahaya Ketuhanan sehingga mencapai Keimanan sejati adalah hamba Allah yang berdiri teguh pada sekalian hukum Syara', bukan abaikannya apa lagi ingkarinya.  Jika ada manusia mengaku sudah mencapai haqiqat dan Ma'rifat, lalu menganggap Syari'at tidak penting lagi, maka dia adalah zindiq (kafir yang tidak sedar, sudah jatuh kepada kekafiran).  Wal Iyazubillah.  Orang-orang seperti ini BUKAN Salikin yang mengikut Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, sebaliknya mereka menganut fahaman "ilmu batiniah" atau "ilmu haqiqat palsu".



Penjagaan ke-5:  Pegang teguh pada adab

Hal ini juga telah dijelaskan sebelum ini beberapa kali.  Namun di sini perlu diingatkan lagi bahawa "Adab" adalah ibarat "Pagar" yang melindungi dan memelihara tanaman di sebuah kebun.  Jika seseorang Salikin melanggar "adab-adab besar" seperti Jahat sangka dengan Allah, atau jahat sangka pada Gurunya, maka binasalah sekalian buah-buahan yang lazat-lazat di dalam kebunnya.


Pada beberapa siri sebelum ini kami telah jelaskan asas-asas pengetahuan berkenaan sampainya Salikin kepada Tingkatan Pertama Tauhid yang sebenar-benar suci murni, iaitu Maqam Tauhid Af'al — Esakan Allah Ta'ala pada sekalian Af'al-Nya. 


Pada peringkat-peringkat mujahadah seterusnya, seseorang Salikin yang sungguh-sungguh abdikan diri kepada Allah dengan mengekalkan keikhlasan dan adab-adab perjalanan Ma'rifat dengan teguh, maka di sana akan terbukalah kepadanya pintu-pintu Tauhid yang lebih tinggi, dengan Limpahan Rahmat Allah dan Kemurahan-Nya.


Oleh kerana ini adalah forum umum, maka tidaklah kami terangkannya secara mendalam, melainkan sedikit sahaja, sekira-kiranya memadai bagi orang awam dan Salikin yang mubtadi dan mutawassit memperoleh gambaran keseluruhan perjalanannya kepada Allah.


Bersambung siri 321 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 355 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...