Thursday, April 23, 2026

SIRI 301


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 4:  Huraian Iman Salikin



Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama:  Iman Salikin – Maqam Tauhid Af’al

Tanda-Tanda Maqam Tauhid Af'al

sambungan....



Tanda ke-13:  Pegang Teguh Ahlus Sunnah


Hamba-hamba Allah yang diangkat oleh Allah kepada maqam Tauhid yang suci murni, akan tetap berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen), kerana Ahlus Sunnah yang benar (tulen) adalah satu-satunya Jama’ah Warisan Rasulullah ﷺ yang dijamin kebenaran dan keselamatannya. 


Mereka sama sekali tidak akan menyeleweng kepada fahaman batil dan sesat.  Mereka tidak akan jatuh kepada kelompok Syi'ah (rafidhi) atau Khawarij (wahhabiyyah) atau sekular (liberal) atau kelompok ilmu batiniah atau kelompok ilmu hakikat palsu atau kelompok-kelompok lain yang telah menyimpang dari Ahlus Sunnah. 


Siapakah yang dikatakan Ahlus Sunnah?


 Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen) adalah Jama’ah Warisan Rasulullah ﷺ yang turun-temurun daripada Sahabat Ridhwanullah, kepada sekalian Pewaris Nabi berikutnya dan berikutnya dengan kaedah perpindahan Ilmu yang khusus berterusan, terpelihara daripada penyelewengan sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dan Rasul-Nya.


Firman Allah:


قُلْ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى ۖ وَسُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 


“Katakanlah:  ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah!  Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. 

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anh:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhammad ﷺ yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.  Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.  ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا = Wali Mursyid).  [Surah al-Kahfi (18) : Ayat 17]".

[Tamat nukilan kitab : Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian orang-orang setelah mereka (yang telah mengikuti sahabat) kemudian orang-orang setelah mereka (yang mengikut atas orang yang mengikuti sampai silsilahnya kepada Rasulullah ﷺ)”.

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti Sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka”.  Dan termasuk rangkaian hadith ini:  “Tetaplah bersama Al-Jama’ah dan jauhi perpecahan kerana syaitan akan menyertai orang yang sendiri.  Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barangsiapa menginginkan tempat lapang di Syurga hendaklah dia berpegang teguh pada Al-Jama’ah”.

[Iman Turmizi, Imam Haakim]


Bersambung siri 302 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

 __________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 302 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...