Thursday, April 23, 2026

SIRI 300


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 4:  Huraian Iman Salikin



Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama:  Iman Salikin – Maqam Tauhid Af’al

Tanda-Tanda Maqam Tauhid Af'al

sambungan....



Pertama:  

Melihat Ni'mat Allah yang telah mereka kecapi teramat banyak sehingga mereka tak mampu mensyukurinya.


Firman Allah Ta'ala:


وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬


“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya.  Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya (menghitungnya).  Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat kufur (kepada Ni’mat Allah)”.

[Ibrahim (14) : Ayat 34]


Kedua:

Mereka sabar ketika diuji dan penuh yakin bahawa Allah Ta'ala akan menolong mereka. 


Firman Allah:


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ


“Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.  Dan berikan khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar”. 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 155]


Ketiga:

Mereka sedar bahawa ujian Allah itu akibat dosa-dosanya dan Allah ampuni dosa-dosanya jika dia sabar.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sentiasalah ujian itu menerpa Mu’min atau Mu’minah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa”.

[Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi]


Keempat:

Mereka yakin bahawa diri mereka dan sekaliannya akan kembali kepada Allah untuk menerima balasan.  Segala Pemberian Allah Ta'ala hanya pinjaman (yang mengandungi dugaan) dan Dia berhak mengambil kembali menurut Kehendak-Nya.


Firman Allah:


كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ ثُمَّ اِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ


“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.  Kemudian hanya kepada Kami, kamu dikembalikan”.

[Al-Ankabut (29) : Ayat 57]


Maka kembalilah jiwa ini kepada Allah dengan penuh ketenangan.


Bersambung siri 301 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

 __________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 302 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...