Thursday, April 23, 2026

SIRI 285


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 4:  Huraian Iman Salikin


Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama:  Iman Salikin – Maqam Tauhid Af’al

Tanda-Tanda Maqam Tauhid Af'al

sambungan....



Cabang:  Tiga tingkatan Ikhlas orang awam

Peringkat 1 (awam):

Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) kerana Allah, tetapi pada masa yang sama dia menuntut pahala-pahala atau ganjaran-ganjaran dari Allah Ta'ala atau dia mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan-kesenangan syurga berupa bidadari, mahligai indah-indah, segala macam makanan enak dan hiburan Syurga.  


Peringkat ke-2 (awam):  

Melakukan amal ibadah dan ketaatan dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, dan tiada keinginan atau menuntut-nuntut pahala atau ganjaran-ganjaran tetapi dia melihat kemampuan dirinya untuk melakukan amal ibadah dan ketaatan.  


Peringkat ke-3 (awam):

Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan tiada cita-cita melainkan Allah saja, tetapi dia merasakan dirinya sudah Ikhlas, iaitu dia melihat dirinya mempunyai kemampuan melakukan Ikhlas.   


Inilah 3 peringkat dan Tingkatan ikhlas orang awam.


Pada sisi Fiqh, ketiga-tiga bentuk "Ikhlas orang awam" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf)  namun apabila direnungi pada sisi Tasawwuf atau Ma'rifat , ketiga-tiga bentuk Ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' Allah.  Ini kerana menuntut selain Wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan.  Demikian lagi melihat keupayaan dan kekuatan diri untuk melakukan ketaatan dan ibadah, merupakan satu lagi bentuk Syirik khafi yang sangat tersembunyi. 


Firman Allah:


ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًۭا صَـٰلِحًۭا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا 


"Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”.

[Al-Kahfi (18) : Ayat 110]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:

“Jangan mempersekutukan suatu apa pun di dalam ibadahnya, maksudnya adalah:  Janganlah dia riya' dan jangan sertakan di dalam ibadahnya itu sesuatu benda atau sesiapa pun".

[Tafsir Ibn Abbas]


Bersambung siri 286 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

 ______________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 302 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...