SIRI 277
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 4: Huraian Iman Salikin
Dalil-dalil Berkenaan Ma'rifat Dan Cahaya Ketuhanan Yang Menerbitkan Tauhid
sambungan....
Firman Allah:
أَوَمَن كَانَ مَيْتًۭا فَأَحْيَيْنَـٰهُ وَجَعَلْنَا لَهُۥ نُورًۭا يَمْشِى بِهِۦ فِى ٱلنَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُۥ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ لَيْسَ بِخَارِجٍۢ مِّنْهَا
“Dan apakah orang yang sudah mati (hatinya) kemudian Kami hidupkan dia dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya”.
[Al-An’am (6) : Ayat 122]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
"Dan apakah orang antara kamu yang sudah mati kerana kebodohan dan kekufuran lalu kami hidupkan dengan _Ma'rifat_ dan Iman serta kami beri dia cahaya yang membuatnya tengah-tengah orang banyak seraya memberi petunjuk serta penerangan (sama) seperti orang yang halnya, sifatnya dan keadaannya berada dalam kegelapan yang tumpang tindih, yakni gelapnya kebodohan, kekufuran dan kemaksiatan, sementara dia yakin bahawa dia dalam keadaan tidak dapat keluar dari sana lantaran tak habis-habisnya kegelapan itu lalu Allah Menyelamatkannya dari gelapnya kesesatan dengan Cahaya Hidayah serta Menunjukkinya ke jalan lurus".
[Tafsir Jilani]
Firman Allah:
وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ ٱللَّهُ لَهُۥ نُورًۭا فَمَا لَهُۥ مِن نُّورٍ
“Barangsiapa yang tiada diberi Cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun”.
[An-Nuur (24) : Ayat 40]
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:
"Barangsiapa tidak memperoleh Cahaya (ketuhanan) di dunia, iaitu _Ma'rifat_ — pengetahuan tentang Ketuhanan maka dia tidak akan mendapatnya di Akhirat. Juga dikatakan: Barangsiapa tidak mendapat Kurnia Allah Keimanan, dia tidak akan mendapat Kurnia itu di Akhirat".
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
"Barangsiapa tidak dijadikan oleh Allah, Sang Maha Pemberi Petunjuk kepada hamba-Nya menuju kemurnian Tauhid, baginya Cahaya berupa jazbah (tarikan) dan taufiq Allah yang menuntun orang-orang tersesat menuju Tauhid, maka tidak ada baginya, iaitu dengan dirinya sendiri dan semata-mata usaha dan upayanya, cahaya sedikit pun yang dapat menuntunnya kepada Dia Yang Maha Suci dan menghantarnya kepada cakerawala Tauhid-Nya".
[Tafsir Jilani]
Bersambung siri 278 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment