SIRI 231
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi
Bentuk-Bentuk Riya'
sambungan....
Kelima: Riya' di dalam Penulisan:
=========================
Hampir semua hal berkaitan dengan "Riya' di dalam penulisan" serupa dengan Riya' yang terjadi di dalam "ucapan". Ini kerana maksud "penulisan" dan "ucapan" adalah serupa; iaitu menyampaikan ilmu, berda'wah, mengajak manusia kepada kebaikan dan menyeru manusia kepada Agama Tauhid yang hakiki. Medium dan platformnya berlainan, namun tempat hantaran dan maksudnya sama.
Keenam: Riya' dalam penampilan diri dan gaya berjalan:
=========================================
Setengah orang menampilkan diri dengan gaya yang hebat bertujuan menambat hati manusia.
Setengah yang lain menampilkan diri dengan rupa lesu, mata luyu, rambut kusut masai seolah-olah menunjukkan dia banyak ibadah dan berpuasa.
Setengah yang lain berjalan tunduk dan gaya lemah lembut ingin menunjukkan dia wara' atau ingin menunjuk-nunjuk dia orang alim yang berwibawa.
Semua ini adalah Riya'.
Bentuk-bentuk Riya yang lain:
======================
Selain yang tersebut di atas, masih terdapat banyak lagi bentuk-bentuk Riya' yang lain. Namun maksudnya sama; iaitu setiap perkataan dan perlakuan yang tujuannya Riya' — Bukan kerana Allah, sebaliknya mempunyai tujuan yang menyimpang.
Sesungguhnya Riya' boleh terjadi pada perbuatan atau perkataan apa pun. Dan boleh terjadi kepada sesiapa pun dari kalangan orang awam atau salikin yang masih di dalam mujahadah.
Riya' boleh terjadi ketika beribadah khusus atau ibadah umum.
Riya' boleh terjadi kepada orang jahil atau orang alim (alim di dalam fiqh).
Riya boleh terjadi kepada orang kaya dan juga orang miskin.
Pendek kata setiap orang awam terdedah kepada penyakit hati yang kedua besar ini, iaitu Riya'. Nafsu dan syaitan sentiasa bekerja untuk memesongkan niat dan perlakuan seseorang kepada Riya' serta kesyirikan yang lain.
Bersambung siri 232 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment