Thursday, April 23, 2026

SIRI 289


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 4:  Huraian Iman Salikin


Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama:  Iman Salikin – Maqam Tauhid Af’al

Tanda-Tanda Maqam Tauhid Af'al

sambungan....



Penjelasan Pertama:

Setiap Salikin yang menempuh jalan Ma'rifat, menerima latihan-latihan khusus daripada Mursyid, Pewaris Nabi yang memimpinnya.   


(1)  Latihan Zikrullah, solawat dan taubat berterusan dengan kaifiyyat-kaifiyyat khusus.

(2)  Mujahadah melawan nafsu kejahatan dan bisikan-bisikan syaitan. 

(3)  Mujahadah menahan godaan dunia dan makhluq. 

(4)  Latihan-latihan Muraqabah dan Musyahadah (mengikut kelayakan).

(5)  Latihan-latihan lain yang diperlukan oleh Salikin sesuai dengan keruhaniannya.


Semua jenis latihan ini tidak diajar di sekolah-sekolah dan tiada di dalam bengkel-bengkel kemahiran dan tiada diketahui oleh pakar-pakar motivasi mana pun, cuma ada pada Mursyid yang Siddiq. 


Penjelasan Kedua:

Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq mewarisi kemahiran merawat hati manusia daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.  Mereka mempunyai seribu penawar dan seribu jalan bagi menyembuhkan segala penyakit hati manusia.  Mereka memiliki perisai bagi menangkis segala macam godaan dan bisikan nafsu, syaitan, makhluq dan dunia yang membinasakan.


Penjelasan Ketiga:

Salikin diasuh dan dipimpin satu peringkat demi satu peringkat sehingga hatinya benar-benar suci bersih dari sekalian kekotoran ma'nawiyyah —  Syirik khafi, Mazmumah, Ghaflah dan dosa-dosa lain sehingga cermin hatinya bersinar dengan Cahaya Zikrullah dan Cahaya Rabbaniyyah. Wujudnya Cahaya Rabbaniyyah ini yang membolehkan hati Salikin berzikir kepada Allah berterusan tanpa henti. 


Ertinya hatinya tiada pernah berhenti berzikir meskipun dia sibuk dengan berbagai urusan dunia. 


Khulasahnya yang mencapai Maqam Tauhid yang hakiki akan dipermudahkan melakukan Zikrullah yang Allah Ta'ala wajibkan atas setiap orang beriman, iaitu Zikir Allah Allah di dalam hati terus-menerus tanpa henti.  In Shaa Allah.


In Shaa Allah.  Alhamdulillah.


Bersambung siri 290 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

 _________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 302 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...