SIRI 242
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi ke-4: Ujub
sambungan....
Penjelasan 10: 'Ujub dengan pangkat, Kekuasaan:
'Ujub dengan pangkat dan kekuasaan adalah penyakit besar kepada orang-orang yang diberi kekuasaan oleh Allah. Mereka merasakan segala kekuasaan mereka adalah daripada usaha ikhtiar mereka. Mereka rasa berpuas hati dan gembira dengan kekuasaan mereka setelah hempas pulas berjuang mendapatnya!
Mengapa mereka merasakan demikian?
Realiti zaman ini! Sesungguhnya manusia merebut-rebut kekuasaan, pangkat dan kedudukan pada zaman ini dengan berbagai cara, sama ada cara yang halal dan bersih atau dengan cara kotor, menipu daya, zalim dan penindasan! Setelah mereka berhempas pulas dan berjaya sampai ke puncak kejayaan sama ada menjadi pegawai besar, menteri, apa lagi menjadi Perdana Menteri... mereka merasakan diri mereka hebat dengan usaha mereka dan merasa hebat menjadi pegawai atau Perdana Menteri. Benarkah demikian?
Merasa diri hebat membawa kepada 'ujub — kesyirikan!
Merasa diri hebat dan merasa diri memiliki kekuasaan menjadikan mereka zalim!
Merasa diri hebat dan merasa diri memiliki kekuasaan mengubah sifat 'ujub kepada sifat takabbur!
Maka sifat 'ujub tidak terhenti pada 'ujub semata-mata tetapi lama kelamaan akan menjadikan seseorang yang diberi kuasa itu menjadi takabbur dan zalim!
Sejarah menyimpan segala kejahatan dan kezaliman pemimpin-pemimpin Islam. Mungkin mereka hanya bersifat 'ujub pada awalnya. Tetapi kemudian berubah sifatnya daripada 'ujub menjadi takabbur, besar kepala, keras kepala, zalim! Kuasa, kedudukan, pangkat dan darjat menjadikan manusia fasiq dan zalim. Kisah kezaliman Yazid bin Muawiyyah, Hajjaj Yusuf Ath-Thaqafi dan Pemimpin-pemimpin Mu'tazliah cukup dijadikan pengajaran.
Adakah mereka ini kafir?
Apa yang menjadikan mereka 'ujub dan lupa Kekuasaan Allah?
Mengapa mereka besar kepala dengan kuasa mereka?
Maka jawabnya:
Mereka sememangnya orang Islam. Mereka mengaku beriman. Namun Iman dan Islam mereka hanya pada pengakuan sahaja. Hati mereka dipenuhi dengan nafsu buas dan iblis. Mereka lupakan Allah dan megah dengan Kekuasaan mereka! Tradisi 'ujub Pemimpin-pemimpin zalim dahulu tidak terhenti, tetapi tetap berterusan sampai ke saat ini.
Bersambung siri 243 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment