Saturday, April 18, 2026

SIRI 226


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi


Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....



(3) Riya’ di dalam menuntut Ilmu Mu’amalah keduniaan


Islam mewajibkan (fardhu kifayah) mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Hisab, Ilmu Falak, Ilmu Pelayaran, Ilmu perubatan, Ilmu Pertukangan dan lain-lain bagi memenuhi keperluan Ummat Islam, namun tujuan menuntut llmu tersebut tetap WAJIB kerana Allah Ta’ala, sebagai memenuhi fardhu kifayah,  BUKAN Riya’, BUKAN kerana ingin menunjuk-nunjuk kepandaian atau kecekapan. 


Contoh 1:

Mempelajari Ilmu kedoktoran agar mendapat sanjungan manusia.


Contoh 2:

Mendalami ilmu Hisab atau Sains atau IT atau lain-lainnya supaya terkenal sebagai pakar Ilmu Matematik atau pakar Sains atau pakar IT.


Semua contoh-contoh tersebut di atas merupakan Riya’ yang hilangkan segala amal kebaikan, TIDAK ada yang tinggal melainkan “namanya” yang dikejar.  Mereka akan mendapat apa yang mereka kejar, dan BUKAN Keredhaan Allah Ta’ala.  


Rasulullah ﷺ bersabda: 

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


“Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan baginya apa yang dia niatkan.  Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Mereka akan memperoleh apa yang mereka niatkan daripada "gelaran", "pujian" dan " kemasyhuran" di dunia,  sedangkan TIDAK ada satu bahagian pun pada Sisi Allah Ta'ala, bahkan sebaliknya mereka akan mendapat Kemurkaan Allah Ta'ala kerana mempersekutukan Allah di dalam segala amalnya (Syirik khafi).


Rasulullah ﷺ bersabda: 

" Syirik yang dilakukan Ummatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar."

[Imam Al Hakim] 

 

 

Rasulullah ﷺ bersabda: 

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'.  Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia.  Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" 

[Imam Ahmad] 

 

Bukankah ini suatu ancaman berat kepada penuntut-penuntut Ilmu ; sama ada mereka menuntut Ilmu berkaitan Syari'at, Ilmu Tasawwuf atau Ilmu Muamalah dunia, semuanya TIDAK terlepas dari Riya'.  


Sifat Riya' akan sentiasa mengejar orang Islam sepanjang pekerjaannya, bukan semata-mata pada awal pekerjaannya.  Ada kalanya seseorang benar ikhlasnya pada awal pekerjaan, namun terjadi Riya' di pertengahannya.  Ada kalanya dia bersih pada awal pekerjaan dan pertengahannya, namun tewas pada penghujung pekerjaannya.


Sungguh amat berat dugaan dari HATI yang sentiasa berbolak-balik ini.  Bagaimana cara melepaskan diri dari cengkaman Riya' di dalam ilmu dan amal?  Teruskan baca sampai hujung bicara.


Bersambung siri  227 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...