■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 257)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
...sambungan...
Ketujuh : Allah tidak ditanya, tetapi kamu akan ditanya
Tiada siapa pun layak mempertikaikan apa2 yang Allah Ta'ala Perbuat kerana Dia Pencipta dan Pemilik sekalian langit dan bumi. Sesungguhnya Dia tidak ditanya sedang kamu yang akan ditanya.
✨🕌✨ Firman Allah :
لَا يُسْـَٔلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْـَٔلُوْنَ
"Dia tidak ditanya tentang apa yang Dia Perbuat, tetapi merekalah yang akan ditanya."
[Anbiya (21) : ayat 23]
Kelapan: Ahli Syurga dan Ahli Neraka sudah ditetapkan
Allah Ta'ala telah menentukan tempat duduk seseorang di Akhirat, namun tiada siapa mengetahuinya. Oleh kerana itu setiap orang wajib bersungguh2 mengenal Allah dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
“Tiada satu jiwa daripada kamu kecuali Allah mengetahui tempatnya di dalam Syurga atau Neraka.” Mereka berkata : "Wahai Rasulullah, jadi kenapa kami perlu beramal? Bukankah lebih baik kami berserah sahaja?" Jawab Baginda : "Tidak, sebaliknya beramallah kerana setiap suatu dipermudahkan untuk apa yang dia dicipta untuknya." Kemudian Baginda membaca Firman Allah Ta’ala :
فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡعُسۡرَىٰ
"Adapun orang yang memberi dan bertaqwa serta mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya Syurga. Adapun orang yang mendustakan dan berpaling serta tidak mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya keburukan [Al-Lail (92) ; ayat 5-10]
[Imam Bukhari]
Kesembilan : Tanda2 Ahli Syurga dan Ahli Neraka
Meskipun tiada manusia mengetahui tempat duduknya di Akhirat, namun Allah Ta'ala telah berikan tanda2 mengenalinya sebagai suatu berita gembira dan Kemurahan Allah Ta'ala kepada orang beriman.
Tandanya adalah :
Apabila seseorang sedang berada pada Jalan Ahlus Sunnah yang benar dan selalu berbuat kebaikan, sentiasa amalkan sekalian Perintah Allah zahir dan batin, sungguh2 jauhi dosa2 besar dan jauhi penyakit2 hati yang merosak Tauhid (seperti yang sedang dibincangkan pada ketika ini), sentiasa bertaubat menyucikan diri, hidupkan di dalam hati harap dan takut kepada Allah, maka ketahuilah inilah tanda2 Ahli Syurga. Apabila seseorang mendapati dirinya di dalam keadaan demikian, maka hendaklah sungguh2 berpegang teguh dan istiqamah pada Jalan Allah ini sambil mengharap Rahmat Kurnia Allah.
Barangsiapa yang sedang berada pada Jalan kebatilan (firqah2 yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah) dan di dalam kemungkaran, kefasikan, kezaliman atau kekufuran, maka ketahuilah inilah tanda2 Ahli Neraka. Apabila seseorang mendapati dirinya di dalam kegelapan demikian, maka hendaklah segera keluar dari kegelapan tersebut dan segera bertaubat dengan TAUBAT NASUHA dan kembali kepada fitrah menurut Jalan Ahlus Sunnah yang di jamin Syurga.
Bersambung siri 258 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳