SIRI 257
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-10: Perincian Syirik khafi ke-5: Tawakkal kepada makhluq
Kemusykilan dan Jawapan:
sambungan.....
Maka inilah yang benar, menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen) — sentiasa memohon pertolongan Allah di dalam setiap pekerjaan serta serahkan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala apa saja hasil yang diperoleh kemudian. Jika Allah Ta'ala Kurniakan kejayaan kepada kamu, bersyukurlah kepada Allah sebanyak-banyaknya. Jika kamu menemui kegagalan, maka akuilah kegagalan itu atas kekurangan dan kelemahan diri. Kemudian berusahalah lagi dengan penuh Tawakkal kepada Allah.
Di dalam istilah Ma'rifat, ini yang dikatakan melihat Af'al Allah pada setiap pekerjaan — melihat dari dalam hati akan setiap Perbuatan Allah serta tenang hati berserta-Nya. Hati berdiri pada Haqiqat sementara perkataan dan perbuatan berdiri pada Syari'at. Setiap pekerjaan mematuhi hukum-hakam Syari'at sedang hati berpegang kepada ketentuan Allah Ta'ala. Orang yang sampai kepada Maqam ini dikatakan telah mencapai Maqam Tauhid Af'al — iaitu permulaan Tauhid yang hakiki bagi hamba-hamba Allah yang menuju Allah, dengan menyucikan hatinya dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.
Adapun yang dilarang adalah bergantung hati kepada makhluq ketika berusaha ikhtiar atau menyandarkan kejayaan kepada usaha ikhtiar. Iaitu ketika memperbuat sesuatu kebaikan dia merasakan dia mampu melakukan dengan usaha ikhtiarnya dan lupakan Kekuasaan dan Kurnia Allah Ta'ala. Ketika dia berjaya dia merasakan kejayaan itu hasil usahanya. Perlakuan ini yang dilarang kerana ia menjerumuskan kepada Syirik. (Syirik khafi) — seperti yang telah dibicarakan sebelum ini.
Berusaha tanpa tawakkal kepada Allah menghantarkan seseorang kepada Syirik yang tidak disedari.
Tawakkal kepada Allah tanpa usaha adalah angan-angan kosong dan kebodohan. Selama seseorang masih di Maqam usaha kasab, maka dia perlu berusaha ikhtiar menurut hukum Syara'.
Kecuali seseorang yang di-Anugerahi oleh Allah Ta'ala Maqam _Tajrid_, maka ini persoalan lain yang memerlukan perincian yang sangat halus. TIDAKLAH mudah seseorang mencapai Maqam Tajrid, melainkan dia telah mujahadah pada waktu yang lama di bawah pimpinan Mursyid yang Siddiq sehingga Salikin ini di-Anugerahi oleh Allah Maqam Mukasyafah yang tahqiq — Maqam tertinggi pada Maqam Tauhid Zat. Orang awam TIDAK akan sesekali mencapainya.
Bersambung siri 258 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment