SIRI 221
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi
Dalil-dalil Larangan Riya'
sambungan.....
(3) Riya' hapuskan segala amal kebaikan:
Firman Allah Ta'ala :
ـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۖ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٌ۬ فَأَصَابَهُ ۥ وَابِلٌ۬ فَتَرَڪَهُ ۥ صَلۡدً۬اۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَىۡءٍ۬ مِّمَّا ڪَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (Riya') dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan Riya' itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan (segala amal soleh terhapus dan menjadi sia-sia) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]
(4) Riya' — Salah satu bentuk penyembahan kepada "berhala hati"
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat Riya’) dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]
Hadith ini setengah dari dalil berkenaan berlakunya suatu bentuk "penyembahan kepada berhala hati" iaitu nama lain bagi perbuatan "mensyirikkan Allah Ta'ala di dalam hati." Dan ini dugaan paling berat bagi orang beriman, lebih berat dari dosa minum arak, judi dan lain-lainnya.
Orang beriman, walaupun betapa lemah pun Imannya tidak akan menyembah berhala yang zahir (patung, matahari, bintang atau lain-lain yang zahir). Oleh yang demikian Baginda tidak bimbang akan hal tersebut. Tetapi yang membimbangkan Baginda atas Ummat adalah penyembahan kepada "berhala di dalam hati" Takabbur, Riya', Sum'ah, 'Ujub dan Tawakkal kepada makhluq adalah termasuk di dalam "penyembahan kepada berhala hati". Dan ini adalah syirik yang tersembunyi yang kebanyakan orang awam Islam tidak terlepas darinya.
Bersambung siri 222 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment