Wednesday, July 30, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 731)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Ringkasan penjelasan minum di Haudh (الْحَوْضِ) Rasulullah 


(1)  Al-Haudh (الْحَوْضِ) adalah telaga yang amat luas yang di-Kurniakan oleh Allah Ta'ala kepada Junjungan Rasulullah ﷺ di Padang Mahsyar.


(2) Airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih harum dari kasturi.  Cawan-cawannya lebih banyak dari bintang di langit.


(3) Rasulullah ﷺ akan beri minum kepada Ummat Baginda yang benar-benar mengikuti Baginda.  Merekalah Ahlus Sunnah. 


(4) Golongan sesat Khawarij (kini wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Sekular dan lain-lain tidak dapat minum dari Telaga Rasulullah ﷺ kerana mereka akan dihalau daripadanya.


(5) Amat malang Khawarij (kini wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), sekular dan lain-lain kerana mereka berangan-angan merekalah yang dapat minum dari Telaga Rasulullah ﷺ.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Kelompok Ahlus Sunnah berkeyakinan bahawa Hari Qiamat kelak, Rasulullah ﷺ mempunyai sebuah kolam. Orang Mukmin mengambil air dari kolam itu.  Dan itu hanya dapat dilakukan setelah berhasil menyeberangi Sirat sebelum masuk Syurga. Barang siapa meminum air dalam kolam itu tidak akan rasa haus selama-lamanya.  Luas kolam itu sama dengan jarak satu bulan perjalanan.  Air sangat jernih, lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu.  Di kelilingnya ada cawan yang jumlah menyamai bintang di langit.  Rasulullah ﷺ sendiri menyebut dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Sauban Radhiallahu anhu, "Aku berada di dekat kolamku pada hari Qiamat.”

Rasulullah ﷺ juga pernah ditanya tentang luas kolam itu, Baginda menjawab:  Dari tempat aku berdiri sampai ke Aman.  Airnya sangat putih, lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu.  Di dalamnya ada dua saluran' satu dibuat dari daun dan satu lagi dibuat dari emas.

Dalam Hadith lain, Rasulullah ﷺ bersabda: "Kolamku seluas jarak antara Adn dan Aman.  Dikelilingi oleh khemah-khemah diperbuat dari intan. Jumlah bejananya  sama dengan bintang di langit. Dasarnya dari minyak kasturi, airnya lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, lebih manis dari madu.  Barang siapa meminumnya tidak akan haus selama-lamanya.  Lalu banyak orang dijauhkan dan terusir dariku seperti unta asing yang terusir, kemudian aku katakan kepada mereka: "Mari ke mari". Kemudian ada yang berkata kepadaku, "Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka lakukan sepeninggalanmu.  Maka aku bertanya, "Apa yang mereka telah perbuat?" Dijawab, "Mereka telah mengubah dan mengganti (ajaranmu).  Maka aku jawab, "Kalau begitu menjauhlah dariku."

[Al-Ghunyah]


Bersambung siri 732 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 730)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-30:

Orang beriman minum air di telaga Haudh Rasulullahﷺ


Ahlus Sunnah berkeyakinan mereka akan diberi minum oleh Rasulullah  ﷺ dari Telaga Rasulullah ﷺ, iaitu Telaga Haudh.  Semua pendokong Ahlus Sunnah yang benar akan dapat minum dari Telaga Rasulullah ﷺ kerana merekalah pencinta Rasulullah ﷺ yang sebenar.  Adapun golongan sesat Khawarij, Syi'ah (rafidhi), sekular dan lain-lain yang mempermainkan Agama, mengolok-olok Masyaikh Ahlus Sunnah, mereka mengolok-olok Mursyid Pewaris Nabi, mereka yang keluar dari Saf Ahlus Sunnah akan dihalau daripada Haudh. 


Rasulullah ﷺ bersabda:


حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ، حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ، عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ حَوْضِي مَسِيرَةُ شَهْرٍ، مَاؤُهُ أَبْيَضُ مِنَ اللَّبَنِ، وَرِيحُهُ أَطْيَبُ مِنَ الْمِسْكِ، وَكِيزَانُهُ كَنُجُومِ السَّمَاءِ، مَنْ شَرِبَ مِنْهَا فَلاَ يَظْمَأُ أَبَدًا ‏"‌‏.‏


"Telagaku adalah (sangat besar sehingga memerlukan) perjalanan sebulan untuk menyeberanginya.  Airnya lebih putih daripada susu, dan baunya lebih harum daripada minyak kasturi (sejenis Minyak Wangi), dan cawan-cawan minumannya (sebanyak bilangan) bintang di langit; dan sesiapa yang minum daripadanya, tidak akan dahaga selama-lamanya."

[Imam Bukhari]


 Rasulullah ﷺ bersabda:


تُرَى فِيهِ ‏أَبَارِيقُ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ كَعَدَدِ نُجُومِ السماء


"Di dalamnya terdapat gayung-gayung emas dan perak sebanyak bintang di langit.” 

[Imam Muslim]


Rasulullah ﷺ bersabda:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ، سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لأَذُودَنَّ رِجَالاً عَنْ حَوْضِي كَمَا تُذَادُ الْغَرِيبَةُ مِنَ الإِبِلِ عَنِ الْحَوْضِ ‏"‌‏.‏


"Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku akan mengusir  sebahagian manusia dari telagaku pada hari Qiamat sebagaimana unta-unta asing diusir dari palung peribadi."

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda:


وَحَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ سَعْدِ بْنِ طَارِقٍ، عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ حَوْضِي لأَبْعَدُ مِنْ أَيْلَةَ مِنْ عَدَنٍ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لأَذُودُ عَنْهُ الرِّجَالَ كَمَا يَذُودُ الرَّجُلُ الإِبِلَ الْغَرِيبَةَ عَنْ حَوْضِهِ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَتَعْرِفُنَا قَالَ ‏"‏ نَعَمْ تَرِدُونَ عَلَىَّ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ لَيْسَتْ لأَحَدٍ غَيْرِكُمْ ‏"‏ ‏.‏


"Telagaku lebih besar daripada jarak antara Aila dan Aden. Demi Zat yang nyawaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku akan menghalau manusia (daripadanya) sebagaimana seseorang menghalau unta yang tidak dikenali.  Mereka (para sahabat) berkata: Wahai Rasulullah, adakah kamu mengenali kami?  Dia berkata: Ya, kamu datang kepadaku dengan muka yang putih, dan tangan dan kaki yang putih kerana bekas wudhu.  Tiada yang mempunyai tanda ini melainkan cuma kalian.

[Imam Muslim]


Pandangan Ahli Ma'rifat darihal perkara ini amat jelas.  Allah Ta'ala bukakan rahsia-rahsia ini sehingga mereka dapat melihat Golongan yang benar dan Golongan yang batil dan sesat. Golongan sesat Khawarij (wahhabiyyah zaman sekarang), Golongan Syi'ah (rafidhi) dan lain-lain yang menyelewengkan Agama, membuat doktrin-doktrin  palsu, menyelewengkan Sunnah Baginda menurut bisikan nafsu dan Syaitan akan dihalau daripada Haudh.


Bersambung siri 731 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, July 29, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 729)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...




Ringkasan penjelasan Titian Sirat


(1) Definisi

Dari segi bahasa:

Perkataan Sirat  (الصّراَطْ) bermaksud jalan, lorong, alur, laluan.


Dari segi istilah:

Perkataan Sirat  (الصّراَطْ) adalah jambatan yang dibentang merentasi Neraka menuju Syurga.


Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu: 

"Ulama besar menetapkan bahawa Sirat  itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan melaluinya.”

[Syarah Muslim]


(2) Titian Sirat  terbentang di atas Neraka, maka keadaannya amat gelap.


(3) Setiap manusia akan menyeberanginya menuju Syurga.  Orang Mukmin akan dipermudahkan oleh Allah menyeberanginya sehingga mereka selamat sampai ke seberang, sementara orang kafir, fasiq dan munafiq akan sangkut di dalam perjalanannya kerana kaki mereka akan tergelincir dan jatuh ke dalam gaung Neraka di bawahnya.


(4) Junjungan Besar ﷺ adalah Rasul pertama yang menyeberangi titian Sirat  bersama Ummat Baginda yang lulus.


(5) Kelajuan seseorang menyeberangi Titian Sirat adalah bergantung kepada ketinggian Imannya. 

Sekalian Rasul, Nabi dan Auliya Allah melintasi titian sepantas kilat. 

Ada Mukmin yang bergerak melintasi laju bagai angin kencang. 

Ada Mukmin yang bergerak melintasi laju seperti kuda yang pantas.

Ada orang melintasi berlari.

Ada orang melintasi sambil berjalan.

Ada orang melintasi dengan mengesot.

Ada orang melintasi dengan muka mereka.

Ada orang tak dapat bergerak langsung.


(6) Keadaan titian Sirat adalah gelap sehingga orang kafir dan munafiq teraba-raba di dalam perjalanannya. Sebaliknya orang beriman akan dapat melaluinya dengan mudah kerana cahaya yang menyinari jalannya.  Kadar cahaya yang bersinar sepanjang jalan bergantung kepada Imannya.  Orang yang Imannya tinggi akan memperoleh Cahaya Luas dan Terang benderang sepanjang jalannya.  Mereka yang kurang Iman akan mendapati cahayanya kurang sedikit berbanding dengan kelompok Iman yang tinggi.  Mereka yang lemah Imannya akan memperoleh cahaya sebesar ibu jari atau sebesar buah kurma.  Orang tiada Iman tiada cahaya baginya.  Golongan kafir, munafiq dan sesat akan teraba-raba sepanjang jalan di dalam kegelapan.  Wal Iyazubillah


(7) Menurut Ahli Ma'rifat, Cahaya Keimanan yang dikatakan menyinari jalan Mukmin sepanjang Titian adalah datang dari Cahaya Keimanannya sendiri yang sudah diperolehnya ketika di dunia.  Inilah Cahaya Tauhid, Cahaya Ma'rifat yang mereka peroleh hasil mujahadah pada Jalan Ma'rifat yang di-Redhai Allah.  Adapun orang awam yang bergelumang di dalam kesyirikan (syirik khafi), mazmumah (sifat keji) tidak akan mendapat cahaya atau hanya sedikit cahayanya.


Firman Allah:


وَمَن لَّمۡ يَجۡعَلِ ٱللَّهُ لَهُ ۥ نُورً۬ا فَمَا لَهُ ۥ مِن نُّورٍ


“Barang siapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun”

[An Nuur (24) : Ayat 40]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu

"Kita juga wajib beriman adanya Sirat, iaitu jambatan yang menghubungkan dua tepi Jahannam.  Ketika melewati Sirat  itu Allah akan menggelincirkan siapa yang Dia Kehendaki.  Pada saat itu manusia hanya bergantung kepada Iman dan amal perbuatan mereka.  Ada yang menyeberangi Sirat dengan berjalan kaki, berlari kecil, menaiki kenderaan, merangkak dan ada juga merayap.  Rasulullah ﷺ pernah menyebut bahawa bentuk Sirat itu lebih halus dari rambut, lebih panas dari api, lebih tajam dari mata pedang.  Panjangnya 300 tahun dalam hitungan Akhirat.  Sirat itu hanya berjaya dilalui oleh orang yang berbuat baik.  Sedangkan orang yang berbuat jahat akan tergelincir kakinya."

[Al-Ghunyah]


Bersambung siri 730 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 728)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-29:

Setiap manusia akan melintasi Titian Sirat


Ahlus Sunnah meyakini wujudnya "Titian Sirat", iaitu jambatan melintasi Neraka ke Syurga.  Semua manusia akan melaluinya.  Manusia beriman akan selamat menyeberangi Titian Sirat sedangkan orang kafir dan munafiq tak dapat menyeberanginya.  Kaki mereka tergelincir lalu jatuh ke dalam Jurang Neraka.  Wal Iyazubillah.  Cepat atau lambat perjalanan di atas titian bergantung kepada kekuatan Keimanan - dengan istilah tepat adalah Cahaya Iman di dalam hatinya. 


Firman Allah:


 يَوْمَ تَرَى ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم بُشْرَاكُمُ ٱلْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ


(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari Qiamat): Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (Iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.

[Al-Hadiid (57) : Ayat 12]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

Pada Hari Pengadilan, cahaya orang beriman bersinar di hadapan mereka dan di kanan mereka ketika di titian Sirat.  Malaikat yang berdiri di Sirat itu akan berkata: Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini, kamu beroleh Syurga, di bawah pepohonan dan tempat kediamannya mengalir sungai-sungai di bawahnya,  sungai arak, air madu dan air susu, mereka kekal di dalam Syurga, tidak akan mati. (Itulah Kemenangan yang Agung) mereka memperoleh Syurga dan apa yang ada di dalamnya dan diselamatkan dari Neraka dan apa yang ada di dalamnya.

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Kalimat ( يَسعىٰ نورُهُم  ), menurut Imam Hasan Radhiallahu anhu adalah Cahaya yang terlihat pada saat mereka berjalan melalui Siratal-Mustaqim.  Menurut suatu riwayat, Ibn Mas'ud Radhiallahu anh berkata: "Difahami kalimat Nur tersebut sesuai dengan makna sebenarnya, iaitu Cahaya.   Cahaya mereka akan bersinar sesuai dengan amal perbuatan mereka, sebahagian dari mereka ada yang diberikan Cahaya seperti sebutir kurma sahaja.  Sebahagian lagi diberikan cahaya seperti seorang yang berdiri tegak, dan cahaya paling rendah adalah cahaya diletakkan dibawah kaki di mana cahaya itu terkadang menyala, terkadang malap."

[Tafsir Qurtubi]


Hadith Rasulullah ﷺ:

An-Nadr bin Anas bin Malik meriwayatkan dari ayahnya yang berkata:

"Aku meminta Nabi ﷺ untuk memberi syafaat untukku pada hari Qiamat.  Baginda bersabda: "Akulah yang berbuat demikian."  Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Lalu di manakah aku akan mencari engkau?" Baginda berkata: "Carilah aku, kali pertama kamu mencariku adalah di Sirat".  Aku berkata: "Jika aku tidak menemui engkau di Sirat?"  Baginda berkata: "Jika tidak, carilah aku di Mizan."  Aku berkata: "Dan jika aku tidak menemui engkau di Mizan?"  Baginda berkata: "Maka carilah aku di Hawdh, kerana sesungguhnya aku tidak akan ketinggalan ditemui pada tiga tempat ini.'"

[Imam At-Tirmizi]


Bersambung siri 729 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Monday, July 28, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 727)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Bentuk Syafaat:


1. Syafaat Khassah (khusus) - Syafaat Al-Uzma

Syafaat ini terkhusus milik Rasulullah ﷺ semata-mata. Syafaat khusus ini adalah Permohonan-Pertolongan Allah agar mempercepatkan hisab kerana sekalian manusia tidak tahan dengan penderitaan Mahsyar. 


2. Syafaat Am (umum)

Syafaat umum adalah Syafaat yang Allah Ta'ala Kurniakan Keizinan kepada sekalian Rasul, Auliya, Mukmin untuk memberikan Syafaat kepada Ibu bapanya, Ahli keluarganya, saudaranya, dan sekalian orang beriman.



Golongan yang Allah Kurniakan kelayakan untuk berikan syafaat:


1. Rasul-Rasul

2. Nabi-Nabi

3. Auliya Allah

(Ahlul Bayyit Nabi, Sahabat Nabi, Mursyid Pewaris Nabi, Syuhada adalah dihitung Auliya Allah)

4. Mukmin sejati

5. Kanak-kanak yang meninggal kecil (sebelum baligh)


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Kita wajib beriman bahawa Allah menerima Syafa'at Nabi Muhammad  ﷺ untuk orang yang berbuat dosa besar.  Pemberian Syafa'at Nabi  ﷺ berlalu umum bagi ummat manusia yang beriman.  Dan bagi mereka yang memasuki Neraka, Syafaat Baginda khusus untuk Ummat Baginda saja.  Maka mereka boleh keluar dari Neraka dengan Syafaat Baginda, dan juga dengan Syafa'at Mukmin lain sehingga tidak tersisa orang yang mengucapkan Kalimat "Tiada Tuhan melainkan Allah" walaupun sekali sepanjang hidupnya dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata.  (Ucap Kalimat Syahadah dengan kebenaran, bukan pura-pura).  Orang yang jujur dan orang soleh juga mempunyai Syafaat.  Di dalam Hadith yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah  ﷺ bersabda:  Setiap Nabi mempunyai pemberian dan aku menyimpan pemberianku sebagai Syafaat untuk Ummatku.  Dan sesungguhnya seseorang dari Ummatku dapat memberi Syafaat bagi satu kabilah sehingga Allah berkenan masukkan mereka ke dalam Syurga dengan Rahmat-Nya berkat syafaatnya.  Dan seseorang dapat juga berikan Syafaat kepada sekelompok orang sehingga Allah memasukkan mereka ke dalam Syurga dengan Syafaat tersebut.  Dan seorang dapat beri Syafaat kepada tiga orang, kepada dua orang, dan juga kepada sorang."

[Al-Ghunyah]


Bersambung siri 728 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 726)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-28:

Syafa'at Rasulullah ﷺ, Nabi-Nabi, Auliya Allah dan Mukmin


Ahlus Sunnah beriman kepada wujudnya Syafa'at Rasulullah ﷺ, Syafa'at Nabi-Nabi, Syafaat Auliya Allah dan Syfa'at orang Mukmin sejati.  Iaitu pertolongan para Rasul, Nabi, Auliya Allah serta orang yang benar-benar Mu'min kepada orang-orang Islam yang berdosa besar dan akan masuk Neraka.  Dengan Izin Allah dan Rahmat-Nya, mereka dapat selamat daripada Neraka.


Definisi Syafa'at (شَفاَعَةٌ )


Dari segi bahasa: 

Syafa'at (شَفاَعَةٌ ) adalah: Pertolongan, perantara, penengah, media


Dari segi Istilah : Syafa'at (شَفاَعَةٌ ) adalah: Pertolongan orang Mukmin kepada orang Islam lain ketika dia menghadapi Titian Sirat (jambatan), ketika Mizan (timbangan amal) dan ketika dimasukkan ke dalam Neraka, sehingga dia dapat masuk ke Syurga dengan Izin Allah serta Rahmat Kemurahan-Nya.


Firman Allah: 


هَلۡ يَنظُرُونَ إِلَّا تَأۡوِيلَهُ ۥ‌ۚ يَوۡمَ يَأۡتِى تَأۡوِيلُهُ ۥ يَقُولُ ٱلَّذِينَ نَسُوهُ مِن قَبۡلُ قَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ فَهَل لَّنَا مِن شُفَعَآءَ فَيَشۡفَعُواْ لَنَآ أَوۡ نُرَدُّ فَنَعۡمَلَ غَيۡرَ ٱلَّذِى كُنَّا نَعۡمَلُ‌ۚ قَدۡ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ وَضَلَّ عَنۡہُم مَّا ڪَانُواْ يَفۡتَرُونَ


Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu:  Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?  Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.

[Al-A'raf (7) : Ayat 53]


Rasulullah  ﷺ bersabda:


لِكُلِّ نَبِىٍّ دَعْـوَةٌ مُسْـتَجَابَةٌ فَتَعَجَّـلَ كُلُّ نَبِىٍّ دَعْوَتَـهُ وَإِنِّى اخْتَبَأْتُ دَعْـوَتِى شَــفَاعَةً لأُمَّـتِى يَوْمَ الْقِيَـامَـةِ فَهِىَ نَائـِلَةٌ إِنْ شَـاءَ اللَّهُ مَنْ مَـاتَ مِنْ أُمَّـتِى لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا


"Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajab maka setiap Nabi doanya dikabulkan segera sedangkan aku menyimpan doaku untuk memberikan syafaat kepada umatku di hari kiamat.  Syafaat itu insha Allah diperoleh umatku yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun”. 

[Imam Muslim]


Bersambung siri 727 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Sunday, July 27, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 725)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...





Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Kita wajib percaya wujud Siksa Kubur bagi setiap orang yang berbuat maksiat dan kafir.  Juga ada kenikmatan bagi orang-orang yang taat dan beriman.  Dalil atas semua hal itu adalah Firman Allah:

يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَيُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّـٰلِمِينَ‌ۚ وَيَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ 

"Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya.”

[Ibrahim (14) : Ayat 27]

Di dalam kitab Tafsir disebutkan yang dimaksud dengan kalimat "dalam kehidupan di dunia" adalah pada saat keluarnya ruh.  Dan Kalimat "di Akhirat" adalah pada saat ditanya oleh Munkar dan Nakir.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: 

"Jika seorang di antara kalian dikuburkan, maka dia akan didatangi oleh dua Malaikat yang berkulit hitam kebiru-biruan, salah satunya bernama Nakir dan yang lain bernama Munkar.  Kedua malaikat berkata kepada ahli kubur: "Bagaimanakah pendapatmu mengenai Muhammad ﷺ?"

Jika dia seorang yang beriman, maka dia akan menjawab:

"Baginda adalah hamba sekaligus Rasul Allah.  Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad ﷺ adalah Rasul-Nya."

Lalu kedua malaikat itu berkata:  “Sungguh kami sudah tahu engkau akan berkata demikian."  Kemudian kuburnya diluaskan sepanjang 70 hasta  dan lebarnya 70 hasta, dan diterangi cahaya.  Lalu dikatakan kepadanya: "Tidurlah". Maka dia pun berkata: "Biarkan aku kembali kepada keluargaku sehingga aku khabarkan kepada mereka.”  Lebih lanjut dikatakan kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangunkan melainkan sangat dicintai keluarganya sehingga Allah membangkitkannya dari tidurnya."

Jika yang ditanya itu seorang munafiq, maka dia akan mengatakan, "Aku tidak tahu. Dahulu aku pernah dengar orang mengatakannya sesuatu dan aku pun ikut mengucapnya."

Maka kedua Malaikat itu berkata: "Kami sudah tahu kamu pasti akan menjawab demikian." Kemudian dikatakan kepada bumi:  “Himpitlah dia sehingga tulangnya hancur berantakan."   Dia akan disiksa sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya. 

Pendapat ini berdasarkan Hadith yang diriwayatkan oleh Atha' bin Yasar, dia menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda kepada Umar Al-Khatab Radhiallahu anhu: "Hai Umar, bagaimana pendapatmu jika digali liang lahad untukmu dengan panjang tiga hasta  satu jengkal dan luas satu hasta satu jengkal.  Kemudian keluargamu datang untuk melihatmu, lalu memandikan, mengkafani, dan meyapu minyak wangi pada tubuhmu, kemudian membawa dan kuburkanmu, lalu menaburkan tanah ke kuburmu, selanjutnya meninggalkanmu.  Setelah itu akan datang dua penanya  malaikat penjaga kubur, Munkar dan Nakir.  Suaranya seperti halilintar bergemuruh.  Pandangan mereka seperti kilat menyambar, kedua membiarkan rambut mereka terurai seraya berkata: "Siapa Tuhanmu dan apa Agamamu."  

Mendengar itu Umar Al-Khatab berkata: "Wahai Rasul Allah, adakah hati yang bersamaku pada saat itu sama dengan hati yang sama denganku hari ini?"

Jawab Baginda: "Ya"

Kemudian Umar menjawab: 

"Kalau begitu, aku boleh menghadapi keduanya."

Hadith di atas menunjukkan bahawa peristiwa tersebut berlangsung setelah ruh dikembalikan ke dalam jasad, kerana dalam Hadith tersebut Sayyidina Umar berkata: " Apakah hati yang bersamaku", Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: "Ya"

[Tamat nukilan kitab Al-Ghunyah]


Bersambung siri 726 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 724)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-27:

Nikmat atau Siksa kubur dan Malaikat Munkar Nakir


Ahlus Sunnah meyakini adanya siksa kubur bagi orang kafir, fasiq, Munafiq dan Ni'mat kubur bagi orang yang Mukmin.  Orang Mukmin akan merasai hawa Syurga sedangkan orang kafir, fasiq, munafiq akan merasai hawa Neraka.  Hal demikian adalah sebelum hari Kebangkitan dan Hari Pengadilan di hadapan Raja Maha Adil.  Ertinya ruh orang mati akan dikembalikan kepada jasadnya dan dia akan merasakan Nikmat kubur atau siksaan selama berada di dalam kuburnya.


Lain halnya kepercayaan golongan sesat yang tidak percaya wujud siksa kubur sebaliknya menurut kepercayaan mereka manusia berubah bentuk.  Mereka benar-benar kufur kepada Firman Allah, Hadith Rasulullah ﷺ serta keterangan jelas para Ulama Mu'tabar.


Rasulullah ﷺ  bersabda:


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلم قَالَ: «إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثك الله يَوْم الْقِيَامَة»


"Setiap seorang daripada kamu, apabila telah mati akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya setiap pagi dan petang.  Jika dia daripada ahli Syurga maka akan diperlihatkan seperti ahli Syurga dan jika dia ahli Neraka maka diperlihatkan seperti ahli Neraka.  Dikatakan kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada hari Qiamat.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



Bersambung siri 725 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Saturday, July 26, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 723)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-26:

Dilarang keras mengutuk Ahlul Bayyit Rasulullah ﷺ dan Sahabat


Ahlus Sunnah sepakat melarang keras mencela, mengutuk, menghina Ahlul Bayyit dan Sahabat Rasulullah ﷺ sebaliknya wajib muliakan mereka kerana mereka adalah insan-insan Pilihan Allah yang amat istimewa mengatasi manusia lain.


Ahlul Bayyit Nabi

Ahlul Bayyit adalah ahli keluarga Rasulullah ﷺ

Termasuk di dalam istilah Ahlul Bayyit Rasulullah ﷺ  menurut Ahli Sunnah wal Jamaah adalah:

1. Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, Fatimah Az-Zahra, Sayyidina Hasan, Sayyidina Husain Ridhwanullahi alaihi ajmain.

2. Isteri-isteri Rasulullah

3. Bani Hashim dan Bani Muttalib serta kaum kerabat mereka.


Sahabat Rasulullah ﷺ

Sahabat Rasulullah ﷺ, secara khusus adalah mereka yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Bertemu Rasulullah ﷺ.

2. Bai'at dengan Baginda.

3. Berjuang bersama Baginda.

4. Wafat di dalam keadaan Mukmin.


Sahabat Rasulullah ﷺ secara umum adalah semua Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ, iaitu hamba-hamba Allah yang Mukmin yang bersambung silsilah keruhanian mereka kepada Rasulullah ﷺ, mendapat Limpahan Nur Rabbaniyyah serta Nur Muhammad di dalam dada mereka dan mereka wafat di dalam keadaan Mukmin.


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Sesungguhnya Allah melarang masuk syurga terhadap orang yang menganiaya ahlul Bayyit-ku, atau orang yang memerangi mereka, atau orang yang membantu orang yang memerangi mereka, atau orang yang memaki-maki mereka.” 

[Imam Ahmad]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Kita wajib bersangka baik dengan isteri-isteri Rasulullah ﷺ yang merupakan ibu seluruh kaum muslimin.  Aisyah adalah wanita terbaik di antara semua wanita di dunia.  Demikian juga Fatimah binti Muhammad ﷺ, dia adalah wanita tauladan bagi seluruh Muslimah.  Kita wajib mencintainya sebagaimana mencintai ayahnya, Nabi Muhammad ﷺ. 

[Al-Ghunyah]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Barang siapa mencela Sahabat-sahabatku nescaya akan mendapat laknat dari Allah , malaikat dan manusia seluruhnya”. 

[Imam Ibn Adi. Imam Al-Khatib]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Ahlus Sunnah sepakat mewajibkan kaum muslimin untuk tidak terjebak di dalam perselisihan yang terjadi di antara mereka.  Juga wajib menahan diri dari mencela mereka, tetapi justru wajib memperlihatkan keutamaan dan kebaikan mereka.  Setelah serahkan semua permasalahan kepada Allah, khususnya pertentangan antara 'Ali bin Abi Talib, Thalhah, Zubair, Aisyah dan Muawiyyah.  Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ جَآءُو مِنۢ بَعۡدِهِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٲنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَـٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ۬ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.  Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan Rahmat-Mu.

[Al-Hasyr (59) : Ayat 10]


Bersambung siri 724 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 722)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-25:

Dilarang berkata: "Aku pasti Mu'min"


Menurut pegangan Ahlus Sunnah, seseorang dilarang berkata: "Aku pasti Mu'min". Tetapi gunakanlah perkataan "In shaa Allah".

Misalnya katakanlah: 

"Aku ini orang Mu'min In shaa Allah." 

"In shaa Allah aku termasuk orang beriman"


Seseorang dilarang berkata: "Aku pasti Mu'min." kerana dia telah menentukan secara pasti akan Keimanannya, seolah-olah dia berkuasa menentukan nasib dia sendiri, sedangkan tidak ada siapa pun tahu akan nasibnya. 


Sebagaimana bicara telah lalu, Allah Ta'ala Maha Penentu Taqdir makhluq.  Dia Kurniakan Iman kepada sesiapa Dia Kehendaki dan menahannya daripada sesiapa Dia Kehendaki.  Apa yang patut dilakukan adalah hidup antara _khauf_ (takut) dan _roja_ (harap).  Sentiasa takut kepada Allah dan pada masa yang sama harap Keampunan dan Rahmat Allah.  Inilah keselamatan bagi orang beriman.  Maka disebabkan inilah dilarang berkata : "Aku pasti Mukmin."


Firman Allah:


 إِنَّ ٱللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً


"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya.  Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

[At-Talaq (65) : Ayat 3]



Hadith Rasulullah ﷺ:

Sayyidina Umar Radhiallahu anhu bertanya Nabi ﷺ:

"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?  Maka dijawab oleh Baginda: "Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.  Lalu dibalas oleh Umar:  "Jika demikian, adakah kita harus menyerah sahaja?"  Baginda Bersabda:  "Beramallah wahai Ibnu al-Khattab.  Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan.  Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (Syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli Syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli Siksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke Neraka."

[Imam Ahmad]



Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Seorang beriman tidak boleh mengatakan, "Aku pasti mukmin."  Sepatutnya dia berkata, "Aku ini orang Mu'min In Shaa Allah."  Golongan Mu'tazilah berlawanan dengan pendirian ini.  Mereka membolehkan berkata "Aku pasti Mu'min."  Pendapat kami berdasarkan kata Sayyidina Umar Radhiallahu anhu:  "Barangsiapa mengaku dia pasti mukmin, bererti dia kafir."   Seseorang tidak akan mencapai posisi Keimanan kecuali dia telah memenuhi semua ketentuan Iman dan mati di dalam keadaan _husnul khatimah_  (mati di dalam kesudahan baik) sedangkan tiada siapa pun tahu bagaimana kehidupannya berakhir.  Oleh kerana itu dia mesti sentiasa takut, harap dan berusaha keras membaiki diri, serta hati-hati dan tidak mati kecuali di dalam berbuat kebaikan (amal soleh yang di-Redhai Allah).  Sesungguhnya manusia mati sebagaimana keadaan dia hidup dan akan dikumpulkan dengan keadaan pada saat dia meninggal. Sebagaimana Sabda Rasulullah ﷺ:

“Setiap hamba akan dibangkitkan sesuai dengan keadaannya ketika meninggal.” [Imam Muslim]


Bersambung siri 723 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 721)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Ahlus Sunnah berkeyakinan bahawa orang Mukmin yang dimasukkan ke Neraka kerana perbuatan dosa besar, dia tidak akan tinggal di Neraka untuk selamanya.  Dia akan dikeluarkan pada suatu saat kerana pada dasarnya Neraka adalah seperti penjara dunia, di mana manusia diberikan balasan sesuai dengan dosa dan kejahatan yang dilakukan. Dan setelah beberapa lama , dia akan dikeluarkan juga dari Neraka.  Wajah mereka terhindar dari api.  Anggota tubuh yang digunakan untuk sujud kepada Allah juga tidak terbakar, kerana Neraka diharamkan untuk membakarnya.  Dia akan terus merasakan pedihnya azab Allah selama dia di Neraka.  Hal ini berbeza dengan pendapat fahaman sesat Qadariah (faham sesat Qadar) yang menyatakan bahawa dosa besar hapuskan ketaatan sehingga ketaatan tidak akan mendapat balasan.  Pendapat ini sama seperti pendapat Khawarij."

[Al-Ghunyah]



Peringatan Penting:


(1) Penjelasan di sini tidak sesekali bermaksud meremehkan dosa atau memandang ringan akan dosa.  Kita cuma menyebut penentuan hukum.  Sepatutnya setiap orang beriman sangat hati-hati apabila berhadapan dengan dosa. 


(2) Sebahagian Ulama mengatakan setiap keingkaran dan pelanggaran Perintah Allah adalah semuanya dosa besar. Sebahagian Ulama lain menghalusi pengertian dosa kepada dua bahagian, iaitu: 

Dosa Besar dan Dosa kecil. 


(3) Menurut Ibn Abbas Radhiallahu anhu, Dosa besar adalah setiap dosa yang diancam oleh Allah dengan  Ancaman Neraka, atau Kemurkaan, atau La'nat atau Azab siksa.


(4) Dosa-dosa besar ada yang bersifat zahir (anggota tubuh) dan ada yang bersifat batin (hati).  Kedua-duanya bahaya kepada orang beriman. 


(5) Jangan sesekali meremehkan apa saja dosa sama ada yang besar atau kecil, sama ada yang zahir atau batin (hati).  Hendaklah sentiasa waspada terhadap apa jua dosa dan segera Taubat kembali kepada Allah.  Meremehkan apa jua dosa adalah dosa besar.


Rasulullah ﷺ  bersabda:

Dari Abdullah bin Mas’ud _Radhiallahu anhu_ berkata, bahawa Nabi ﷺ  bersabda: “Sesungguhnya seorang Mu'min (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (gemar buat ma'siat dan kekejian), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (memandang remeh akan dosa).” 

Abu Syihab (salah seorang perawi Hadith) mengisyaratkan dengan tangannya di atas hidungnya.

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Wahai Aisyah, takutlah engkau terhadap dosa-dosa kecil, kerana ia akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah.”

[Imam Ad-Darimi]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, sebab jika ia berkumpul dalam diri seseorang, ia akan membinasakannya.”

[Imam Ahmad]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 “Aku sangat takut syirik pada Ummaku.  Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka.” 

[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Dosa besar yang bersifat batin (hati) lebih berbahaya dan dosa kemaksiatannya lebih hina dan sangat rendah.  Juga kerana sebahagian besar dosa itu mudah terjadi dan cepat merebak.  Terutama apabila seseorang berasa bebas dari sebahagian dosa-dosa tersebut kerana meremehkan kehadirannya."

[Al-Zawaajir]


Bersambung siri 722 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 720)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-24:

Orang beriman yang berdosa tidak kekal di Neraka


Ahlus Sunnah berkeyakinan orang-orang beriman, walaupun Imannya sebesar _zarrah_, tidak akan kekal di Neraka.


Maksudnya adalah:

Manusia yang berdosa besar dan banyak dosanya mengatasi amal kebaikannya atau tidak langsung mempunyai kebaikan, tetapi dalam hatinya ada Iman, walaupun sekecil-kecil Iman sekalipun, akan dikeluarkan dari Neraka setelah selesai menerima hukumannya dan dimasukkan ke Syurga, dengan Kemurahan dan Rahmat Allah.


Pendirian ini berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ، ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ‏.‏ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا ـ أَوِ الْحَيَاةِ، شَكَّ مَالِكٌ ـ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً ‏"‌‏.‏ قَالَ وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عَمْرٌو ‏"‏ الْحَيَاةِ ‏"‌‏.‏ وَقَالَ ‏"‏ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ ‏"‌‏.‏


"Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, Allah akan memerintahkan orang-orang yang beriman seberat biji sawi untuk dikeluarkan dari Neraka.  Maka mereka akan dikeluarkan tetapi (ketika itu) tubuh mereka hitam legam bagaikan arang (hangus).  Kemudian mereka akan dimasukkan ke dalam sungai Haya' (hujan) atau Hayyat (kehidupan) , (Perawi ragu mana istilah yang tepat) dan mereka akan hidup semula seperti biji-bijian yang tumbuh di tepi tebing saluran banjir tidakkah kamu melihat bahawa ia keluar kuning dan berpintal".

[Imam Bukhari]



Rasulullah   ﷺ  bersabda:

وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏إني لأعلم آخر النار خروجاً منها، وآخر أهل الجنة دخولاً الجنة، رجل يخرج من النار حبوا؛ فيقول الله عز وجل له‏:‏ اذهب فادخل الجنة، فيأتيها، فيخيل إليه أنها ملأى، فيرجع فيقول‏:‏ يا رب وجدتها ملأى، فيقول الله عز وجل له‏:‏ اذهب فادخل الجنة، فيرجع ، فيقول‏:‏ يا رب وجدتها ملأى، في سورة يقول الله عز وجل له ‏:‏ اذهب فادخل الجنة ، فيأتيها، فيخيل إليه أنها ملأى، فيرجع، فيقول‏:‏ يا رب وجدتها ملأى‏!‏ فيقول الله عز وجل له‏:‏ اذهب فادخل الجنة، فإن لك مثل الدنيا وعشرة أمثالها أو إن لك مثل عشرة أمثال الدنيا، فيقول‏:‏ أتسخر بي، أو تضحك بي وأنت الملك” قال‏:‏ فلقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ضحك حتى بدت نواجذه فكان يقول‏:‏ ‏"‏ذلك أدنى أهل الجنة منزلة‏"‏ ‏(‌‏(‏متفق عليه‏)‌‏)‌‏.


 "Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui penghuni Neraka yang terakhir dikeluarkan dari sana dan yang terakhir masuk ke dalam Jannah.  Dia adalah seorang lelaki yang akan keluar dari Neraka dengan merangkak.  Maka Allah, Tuhan yang memiliki Kemuliaan akan berkata kepadanya: "Pergilah dan masuklah ke dalam Jannah".  Dia akan pergi ke sana dan mengira bahawa ia telah penuh dan dia akan kembali dan berkata: 'Wahai Tuhanku, ia telah penuh. "Allah Memerintah: "Pergilah dan masuklah ke dalam Jannah."  Dia akan pergi lagi dan mengira bahawa ia telah penuh, maka dia akan kembali ke belakang. Maka Allah Memerintah: "Pergilah dan masuk ke dalam Jannah. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya."

Dia akan berkata: "Adakah Engkau memperolok-olokkan aku sedangkan Engkau adalah Raja?"  Pada saat ini aku (Ibn Mas'ud) melihat Rasulullah ﷺ ketawa sehingga gigi geraham Baginda kelihatan dan Baginda bersabda, "Orang seperti itu akan menjadi penghuni Jannah yang paling rendah pangkatnya."

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Maka syaratnya bagi pembebasan ini adalah : 

Iman yang benar menurut Ahlus Sunnah.


Bersambung siri 721 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Thursday, July 24, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 719)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Penjelasan ringkas:


(1) Secara umum, orang kafir yang jelas kekafirannya maka dihukumkan kafir.  Ertinya tidak boleh meragui kekafiran orang yang sememangnya kafir kerana meragui kekafiran orang kafir adalah meragui Perintah Allah dan Rasul-Nya.


(2) Dilarang keras memanggil seorang Muslim yang sudah diketahui Islamnya, sebagai kafir, fasiq, munafiq, sesat atau sebagainya.  Barang siapa memanggil Muslim lain sebagai kafir, munafiq, fasiq, bid'ah sesat dan lainnya sedangkan dia tidak demikian, maka segala tuduhan akan kembali kepada orang yang menuduh.


(3) Kelayakan mengeluarkan fatwa akan kekafiran seseorang atau satu kumpulan manusia adalah hak Ulama yang benar-benar memegang otoriti.  Dengan demikian orang awam tidak berhak bahkan berdosa besar mengeluarkan fatwa sesuka hati fasiq, kafir, munafiq dan sebagainya. 


(4) Sekiranya seseorang melafazkan kata-kata yang boleh menjerumuskannya kepada kekafiran, maka perlu diselidiki kata-katanya dan diselidiki kondisi (hal ehwal) dirinya sebelum menjatuhkan hukuman ke atasnya.  Dilarang menghukum tanpa usul periksa.


(5) Pada zaman permulaan golongan Wahhabiyyah menguasai Tanah Arab, mereka sewenang-wenang membunuh pendokong Ahlus Sunnah kerana menuduh syirik, bid'ah sesat, penyembah berhala. Mereka ulangi perangai nenek moyang mereka Khawarij yang memerangi Sayyidina Ali Radhiallahu anhu dan Ummat Islam seluruhnya.  Tidak syak lagi Golongan wahhabiyyah yang mengikut jejak langkah khawarij adalah anjing-anjing Neraka.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Khawarij adalah anjing-anjing neraka.” 

[Imam Ibn Majah]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“(khawarij) Anjing-anjing neraka, (mereka) seburuk-buruk yang terbunuh di bawah kolong langit,dan sebaik-baik yang terbunuh adalah yang mereka bunuh.”  Lalu Abu Umamah berkata: "Sekiranya aku tidak mendengar hadith ini sekali, dua kali sampai tujuh kali, aku tidak akan memberitakannya kepada kalian."

[Imam Tirmizi]


(6) Pada zaman ini setengah golongan cerdik pandai termasuk di dalam orang bergelar "mufti" gemar melemparkan kata-kata bid'ah sesat, kufur, syirik, fasiq, penyembah kubur dan lain-lainnya terhadap amalan Sambutan Maulidur-Rasul ﷺ, amalan Tawassul, ziarah kubur dan lain-lain amal soleh Ahlus Sunnah.  Mereka adalah golongan Wahhabiyyah yang mengikuti perangai Khawarij yang pernah menuduh Sayyidina Ali Radhiallahu anhu dan Ummat Ahlus Sunnah sebagai kafir.  Golongan ini benar-benar bodoh dan jahil. Segala tuduhan kekafiran mereka akan kembali kepada mereka.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca Al-Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam Al-Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala, maka ia pun terlepas dari Al-Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku (Huzaifah Ibn Yaman) bertanya : Wahai Nabi Allah, mana di antara keduanya yang lebih patut dianggap melakukan kesyirikan?  Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan?  Nabi ﷺ menjawab : Yang melemparkan tuduhan."

[Imam Ibn Hibban, Imam Ath-Thabrani]


Bersambung siri 720 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 718)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...




Prinsip ke-23

Dilarang keras menuduh Muslim lain sebagai Musyrik, Kafir, Fasiq


Ahlus Sunnah berpegang mana-mana Muslim menuduh Muslim lain sebagai fasiq, kafir, musyrik, sesat atau ungkapan lain yang membawa maksud yang sama, maka segala tuduhan tersebut akan kembali kepada si penuduh sekiranya orang dituduh tidak demikian.


Jangan sesekali kamu berkata kepada seorang Muslim:

"Hai kafir", "Engkau kafir", "Hai ahli bid'ah sesat", "Wahai penyembah kubur", "Engkau fasiq", "Engkau munafiq" kerana tuduhan kekafiran atau kefasikan atau kemusyrikan itu akan kembali kepada kamu.  


Rasulullah   ﷺ  bersabda:


أَيما رجُل قال لِأَخِيْهِ : يَا كَافِرُ, فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا , فَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَ إِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ


“Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya.  Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu layak  untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan.”

[Imam Bukhari dan Imam  Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasikan dan tidak pula menuduh dengan kekafiran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.”

[Imam Bukhari]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya.” 

[Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca Al-Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam Al-Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala, maka ia pun terlepas dari Al-Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku (Huzaifah Ibn Yaman) bertanya : Wahai Nabi Allah, mana di antara keduanya yang lebih patut dianggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi ﷺ menjawab : Yang melemparkan tuduhan."

[Imam Ibn Hibban, Imam Ath-Thabrani]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Sesungguhnya aku takut ke atas kamu sekalian seorang lelaki yang membaca Al-Quran sehingga apabila telah terlihat pada dirinya seri Al-Quran itu, dan dia sebagai pembantu bagi agama Islam, dia pun mengasingkan diri sehingga masa yang dikehendaki Allah, lalu dia keluar kepada jirannya dengan pedang, serta melontarnya dengan tuduhan syirik”.

[Imam Ibn Hibban]


Bersambung siri 719 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, July 22, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 717)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Dalil-dalil Allah Kurniakan kelebihan kepada Auliya Allah dan orang-orang Pilihan Allah

Sesetengah golongan terpelajar lulusan Universiti, profesor, PhD, Drs, Kiyai, mufti.. ingkar dan nafikan Kurnia Allah pada Auliya Allah dan insan-insan Pilihan Allah.  Pada pendapat mereka tiada lagi keberkatan selepas zaman Nabi.  Sedangkan yang benar adalah:  Keberkatan Rasulullah ﷺ serta sekalian Sahabat Baginda akan terus mengalir hingga Qiamat. 


Cahaya kebenaran serta jalan lurus akan terus diwarisi dan terpancar pada sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Orang beriman yang benar Imannya akan dapat melihat "cahaya" pada diri Kekasih-Kekasih Allah ini dan menjadi pengikut-pengikut mereka.  Sebaliknya orang yang mempunyai penyakit hati tertutup daripada melihatnya.


Firman Allah di dalam Hadith Qudsi:

Dari Abu Hurairah Radhiallhu anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda: “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman:

"‘Barang siapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya.  Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan  beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya.  Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan mencintainya dan apabila Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan.  Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.’ ” 

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda:


مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة


“Perbandingan teman duduk yang soleh dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi.  Adapun penjual minyak wangi, boleh jadi ia akan memberikan kamu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya.  Adapun tukang pandai besi, boleh jadi ia akan membuat pakaianmu terbakar atau kamu akan mendapat bau yang tidak sedap darinya.” 

[Imam Bukhari dan Imam  Muslim ]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya ada sebahagian manusia  menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, dan ada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan.  Maka beruntunglah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelakan berada di tangannya.” 

[Imam Ibnu Majah]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.” 

[Imam Al-Haakim ]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.”

[Imam Ibnu Majah]



Bersambung siri 718 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 716)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Fakta 6: Kejayaan sekalian Mursyid, Mujaddid, Mujtahid adalah hasil keberkatan

Sejarah menukilkan, sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang lahir ke muka bumi turun-temurun wasilah mereka daripada Junjungan Rasulullah ﷺ, mencapai kedudukan mereka yang istimewa di Sisi Allah melalui tabarruk kepada Rasulullah ﷺ serta Guru Mursyid mereka masing-masing. 


Fakta 7: Setiap Mujaddid dan Mujtahid, tabarruk kepada Rasulullah ﷺ serta Mursyid mereka masing-masing.

Demikian juga mereka yang memperoleh kedudukan sebagai Mujaddid dan Mujtahid juga daripada tabarruk kepada Rasulullah ﷺ serta Mursyid mereka masing-masing.  Belum pernah lahir seorang Ulama Ahlus Sunnah yang masyhur nama beliau sebagai Ulama terpercaya, yang taqwa, yang diakui ilmunya.... melainkan beliau tabarruk kepada Rasulullah ﷺ serta Guru Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Imam Ja'afar Siddiq, Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Hambali, Imam Sayuthi, Imam Ibn Hajar Haytami... bahkan sekalian Auliya Allah datang dari barakah Rasulullah ﷺ serta Mursyid mereka masing-masing.


Fakta 8: Dua Golongan _Ghuluww_ (pelampau — melampaui batas Agama)

Dua golongan yang ghuluww (melampaui batas Agama) berhubung dengan tabarruk adalah:


1. Golongan ghuluww ingkar terus tabarruk,  nafikan dengan tuduhan syirik bid'ah....kufur..  sembah berhala.  Mereka ini adalah Golongan bid'ah sesat Wahhabiyyah dan Yahudi.


2. Golongan ghuluww mengakui tabarruk tetapi menyeleweng kepada kepentingan nafsu dan duniawi.  Mereka adalah golongan batiniah sesat, pendokong ilmu hakikat palsu.


Fakta 9: Orang awam yang berjaya hasil keberkatan Ibu bapa

Secara umum, jika diperhatikan orang-orang awam Islam yang berjaya juga datang dari barakah ibu bapa masing-masing. 


Fakta 10: Mereka yang ingkari hakikat Barakah adalah orang jahil dan sesat

Tidak syak lagi orang-orang yang menuduh amalan mengambil barakah sebagai bid'ah sesat, syirik, kufur, penyembah berhala dan lain-lainnya adalah manusia jahil dan sesat.  Mereka tidak menyedari perbuatan mereka adalah ingkari segala Kurnia Allah dan ingkari sekalian wasiat Rasulullah  ﷺ.


Bersambung siri 717 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 715)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-22:

Tabarruk (mengambil barakah) dengan Rasulullah ﷺ, Auliya Allah, teman soleh


Menurut pendirian Ahlus-Sunnah Wal Jama'ah  Tabarruk (mengambil barakah) Rasulullah ﷺ dan sekalian Auliya Allah merupakan tradisi unggul menuju kejayaan dunia Akhirat. Melalui limpahan keberkatan Rasulullah ﷺ serta sekalian Ahli Silsilah Baginda, pendokong-pendokong Ahlus Sunnah memperoleh ribuan kebaikan, keselamatan dan kebahagiaan dunia Akhirat, sejak dahulu hingga ke hari ini. 


Tiada seorang pun membantah hakikat ini, iaitu kamu memperoleh keberkatan di dalam keimanan dan kehidupan kamu seluruhnya adalah daripada Barakah Junjungan Rasulullah ﷺ

serta sekalian masyaikh, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq turun-temurun sepanjang zaman.  

Adapun yang membantah hakikat ini hanyalah orang fasiq dan sesat.


Mari perhatikan penjelasan ringkas haqiqat barakah:


Fakta 1: Definisi Barakah secara ringkas:


Dari segi bahasa:

Berasal dari kata ba-ra-ka ( بَرَكَ ) bermaksud tetap, kembang, bertambah, berlutut (unta), menderum (unta)


Dari segi istlah:

Perkataan ba-ra-ka ( بَرَكَ ) tetap kebaikan, berkembangnya kebaikan, bertambahnya Nikmat dari Allah.


Fakta 2: Maksud mengambil barakah — mohon dan harap Limpahan Nikmat Rahmat Allah

Mengambil barakah adalah bermaksud mengharapkan daripada Allah 3 unsur:

Pertama :  Tetapnya Nikmat Allah, 

Kedua :  Berkembangnya Nikmat dan Rahmat Allah di dalam kebaikan, 

Ketiga :  Bertambahnya Nikmat Allah kepada kebaikan.


Ketika kamu mengambil barakah seseorang sama ada ianya keberkatan Junjungan Rasulullah  ﷺ atau sekalian Auliya Allah atau juga keberkatan ibu bapa sendiri bermaksud, kamu mengharapkan pertolongan Allah Kurniakan kamu Nikmat yang Allah telah Kurniakan kepada kamu, kamu mohon berkembangnya Nikmat tersebut di dalam kebaikan dan kamu mengharapkan bertambahnya Nikmat Allah tersebut.  


Fakta 3: Limpahan Rasulullah ﷺ serta sekalian Auliya tidak terhenti dengan kewafatan mereka

Keberkatan dari Rasulullah ﷺ serta sekalian Pewaris Nabi, Auliya Allah tidak terhenti dengan kewafatan mereka kerana mereka hidup di Sisi Allah dengan memperoleh rezeki secara istimewa. Barang siapa percaya janji Allah ini, mereka akan mencapai keberkatan yang banyak dalam hidupnya.  Barang siapa meragui, menafikan, menentang haqiqat ini akan menemui hari-hari malang dan kebinasaan.


Fakta 4: Orang beriman memperoleh keberkatan berperingkat-peringkat

Sekalian orang beriman memperoleh keberkatan di dalam hidup berperingkat-peringkat:

Pertama : Barakah ibu bapa

Kedua : Barakah teman-teman soleh

Ketiga : Barakah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Keempat : Barakah Rasulullah ﷺ


Fakta 5: Syarat memperoleh keberkatan adalah ketaatan, khidmat dan adab

Allah Ta'ala menetapkan syarat bagi memperoleh keberkatan. Ertinya seseorang memperoleh ketetapan Nikmat, kembangnya Nikmat dan bertambahnya Nikmat dengan mematuhi syarat-syarat berikut :

1. Ta'at 

2. Berkhidmat

3. Memelihara adab


Bersambung siri 716 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Monday, July 21, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 714)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...




Dalil-dalil Tawassul yang pernah dilakukan oleh para Sahabat


Dalil Pertama

"Beberapa waktu selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Sayyidina Abdullah Ibnu Umar berada di Najd lalu suatu hari kaki beliau kebas.  Seseorang berkata kepada beliau, "Ingat seseorang paling kamu cintai" Lalu Ibnu Umar berkata : "Ya Muhammad ( Ya Rasulullah)  kemudian kaki beliau terus sembuh dari kebas." 

[Imam Bukhari di dalam Kitab Adab Al-Mufrad]

[Imam Nawawi  di dalam  Al-Azkar]


Dalil ke-2: 

"Ketika pemerintahan Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, terjadi peperangan terhadap Nabi palsu Musailamah Al-Kazzab.  Ketika peperangan memuncak, kaum Muslimin terasa hilang kekuatan.  Ketika itu Khalid Ibn Al-Walid dan para sahabat lain menyeru, " Ya Muhammad" kemudian mereka mara dan memenangi pertempuran tersebut. 

[Bab Musailamah Al-Kazzab -     Kitab Al Kamil Fit-Tarikh :   Imam Ibnu Athir]


Dalil ke-3: 

Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu:

"Sayyidina Ibnu Abbas juga pernah terjadi keadaan yang sama seperti yang terjadi kepada Ibnu Umar, iaitu kaki beliau menjadi kebas.  Seseorang berkata kepada beliau supaya ingat kepada seseorang yang paling beliau cintai, lalu Ibnu Abbas berkata: "Ya Rasulullah" kemudian kakinya yang kebas segera pulih. 

[Imam Nawawi, Al-Azkar.]


Kesimpulan ringkas:

1. Sesungguhnya banyak lagi kisah-kisah lain yang telah terjadi sepanjang zaman semasa hayat Rasulullah ﷺ dan juga selepas kewafatan Baginda yang kami tidak nukilkan di sini. 


2. Imam-Imam Ahlus Sunnah yang membawa kisah-kisah tersebut berhujjah : 

Inilah dalilnya harus menyeru nama Rasul dengan sebutan Ya Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Habibullah,  Wahai kekasih Allah dan lain-lain selepas kewafatan Baginda.


3. Ternyata dari kisah-kisah tersebut terlihat "penyembuhan" suatu penyakit dengan menyebut nama "Muhammad"  Atau "Rasulullah".

Ternyata ini semua adalah mukjizat bagi Nabi dan karomah bagi Auliya Allah.


4. Kisah di atas juga menjadi i'tibar.

Menyeru nama seseorang Auliya Allah yang telah wafat, bukanlah bermakna kita mempercayainya ada kuasa dengan sendirinya.  Tetapi seruan pada mereka adalah supaya mereka tolong memohon kepada Allah kebaikan dan keampunan dan kesembuhan penyakit kita.  Inilah pendirian Ahlus Sunnah, bukan i'tiqad manusia berkuasa dengan sendirinya.  Orang beriman mana pun tahu, makhluq tak ada kuasa apa-apa.  


5. Golongan yang menuduh amalan menyeru nama Rasulullah atau nama Wali Allah itu syirik, bermakna mereka telah menuduh sahabat Nabi, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar sebagai Musyrik?  Inilah kebodohan mengikut nafsu dan syaitan yang membawa kesesatan.  Wal Iyazubillah


Bersambung siri 715 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 713)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-21:

Harus Tawassul kepada Rasulullah ﷺ atau Auliya Allah yang telah wafat


Ahlus Sunnah berpegang bahawa Tawassul kepada Rasulullah ﷺ atau kepada Auliya Allah yang telah wafat adalah harus.  Pengertian Tawassul secara ringkas adalah:


Dari segi bahasa:

Perkataan Tawassul (تَوَسُّل) berasal dari kata wa-sa-la (وَسَل) bermaksud:  "jalan, alat, media, pesawat, perkakas, "


Dari segi istilah:

Perkataan Tawassul (تَوَسُّل) adalah memohon Pertolongan Allah dengan mengingat atau menyebut nama sesuatu yang di-Kasihi Allah.



Tiga bentuk Tawassul:


Pertama:

Memohon kepada Allah dengan keberkatan Rasulullah ﷺ atau Auliya Allah. 

Contoh: "Ya Allah aku memohon Pertolongan Engkau dengan keberkatan Rasulullah , ﷺ" sembuhkanlah penyakitku ini."


Kedua:

Memohon kepada Allah dengan Tawassul dengan sebutan "Ya Rasulullah", "ya wali Allah", wahai Kekasih Allah

Contoh: "Ya Rasulullah, bantulah saya" (dengan niat tetap permohonan tersebut tetap kembali kepada Allah jua. Tetap yakin hakikat pertolongan daripada Allah)


Ketiga:

Memohon pertolongan Allah dengan mengingat Wajah Rasulullah ﷺ atau wajah para Auliya Allah ketika doa.  Hanya dengan mengingat sahaja pada kekasih Allah, seseorang yang benar Imannya akan dapat pertolongan Allah dari berbagai arah yang tiada disangka-sangka.


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.” 

[Imam Al-Haakim ]



Fatwa Imam Romli Radhiallahu anhu:

Amalan istighathah ( Tawassul ) kepada para Nabi, Rasul, Wali Allah, Ulama dan orang-orang soleh adalah merupakan perkara yang harus.  Para Rasul, Nabi, Wali dan orang-orang soleh mempunyai ighathah ( إغَاثَة )    iaitu kelayakan untuk memberi pertolongan selepas kewafatan mereka.  Ini kerana mukjizat para Nabi dan karamah para Wali Allah tidak terputus dengan kewafatan mereka. Bagi para Nabi, mereka benar-benar hidup di alam kubur dalam keadaan mendirikan solat dan menunaikan haji sepertimana yang telah dinyatakan dalam riwayat berkenaan perkara ini.  Hal ini menunjukkan kelayakan dalam memberi pertolongan ini merupakan antara salah satu mukjizat mereka.  (Demikian hal yang sama terjadi kepada para Auliya Allah, mereka hidup di Sisi Allah dengan secara istimewa seperti yang dijelaskan).

[Fatawa Imam ar-Romli]


Bersambung siri 714 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 712)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-20:

Sunnat Menyambut Maulidur-Rasul ﷺ


Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa Menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah ﷺ adalah Sunnat,  diberi ganjaran besar bagi sesiapa Mengagungkan Baginda dengan mengadakan berbagai Solawat atas Baginda, membacakan Kisah Perjuangan Baginda, serta meriahkan Majlis tersebut dengan hidangan jamuan kepada para hadirin. 


Sejak kurun ke-3 Hijriyyah sampai ke saat ini, sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang Arif, Auliya Allah memuji amalan Sambutan Maulidur-Rasul bahkan mereka sendiri turut serta di dalam Majlis-Majlis menyambut Kemuliaan dan Kebesaran yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda:


(1) Istighfar memohon keampunan Allah.


(2) Berzikir memuji Allah:

Berkumpul, berjemaah memuji Allah dengan pujian yang sebanyak-banyaknya atas Kemurahan-Nya mendatangkan seorang Rasul yang menerangi setiap pelusok langit dan bumi. 


(3) Bacaan Solawat atas Nabi ramai-ramai secara berjemaah:

Menurut Fatwa Ulama Ahlus Sunnah, siapa yang paling banyak solawatnya maka dia bersama Rasulullah ﷺ di Akhirat dan di dunia lagi dia akan di-Kurniakan Ma'rifat (Tauhid) yang tinggi mengatasi manusia lain (apabila dia menepati syarat-syarat Ma'rifat).


(4)  Membaca qasidah atau Barzanji:

Membaca bait-Bait Sya'ir yang mengandungi puji-pujian kepada Junjungan Rasulullah ﷺ,  pujian kepada Ahlul Bayyit Baginda serta sekalian isteri-isteri Baginda yang suci.  Dalil bagi hal ini juga teramat banyak.  Dalil paling umum adalah sambutan penduduk Madinah ketika Baginda Hijrah ke Madinah Al-Munawwarah.   Penduduk Madinah berdiri berbaris dan menyanyikan syair yang sangat indah memuji Rasulullah ﷺ.


“Telah datang kepada kami bulan purnama (Nabi Muhammad) 

Lahir di antara dua lembah 

Wajib bagi kita bersyukur dan bahagia Utusan Allah di tengah kita.  Wahai Rasul yang diutus Pembawa amanat suci   

Engkau datang membawa kemuliaan ke kota ini

Selamat datang sebaik-baik utusan”.


(5) Membaca sejarah perjuangan Rasulullah ﷺ:

Amalan membaca dan mengenang kembali sejarah Perjuangan Rasulullah ﷺ dan mengambil i'tibar serta kekuatan ruh perjuangan Baginda adalah amalan yang sangat dituntut.


(6) Menjamu makanan atau sedekah makanan dan dimakan secara berjemaah:

Dalil yang menganjurkan “memberi makan” kepada manusia berulang- ulang di dalam Kalam Allah dan Sunnah Rasul-Nya. 


(7) Doa kebaikan dan keselamatan untuk seluruh Ummat:

Memohon kepada Allah Ta'ala agar seluruh orang beriman di-Kurniakan kemenangan dan kesejahteraan.


Fatwa Imam As-Suyuthi Radhiallahu anhu, Mujaddid Kurun ke-9 Hijriyyah:

Sambutan Maulid Nabi ﷺ itu adalah berkumpulnya manusia, membaca apa yang dirasakan mudah pada al-Qur’an, Riwayat hadith-hadith berkenaan permulaan kelahiran Nabi ﷺ   serta hal-hal yang terjadi dalam kelahiran Baginda, kemudian mereka menjamu makanan dengan beberapa hidangan. Selanjutnya mereka pulang setelah menikmatinya tanpa ada tambahan-tambahan lain, hal tersebut termasuk bid’ah Hasanah (bid’ah yang terpuji) yang diberi pahala bagi orang yang merayakannya kerana ia bertujuan untuk mengagungkan kedudukan Nabi ﷺ serta menampakkan rasa gembira atas kelahiran yang mulia Nabi Muhammad ﷺ.

[Al-Haawi-Lil- Fatawi]


Fatwa Imam Al-Haytami Radhiallahu anhu.  Mujaddid Kurun ke-12 Hijriyyah:

“Kesimpulannya bahawa mengadakan Sambutan Maulidur-Rasul adalah bid’ah hasanah, sepakat Ummat akan anjurannya, dan amalan Maulid serta berkumpulnya manusia untuknya demikiannya juga dinilai bid’ah hasanah (perkara baru yang terpuji)."

[Fatawa Al-Hadithiyyah]


Bersambung siri 713 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 711)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Poin 9: Melihat alam jinn syaitan bukan suatu keistimewaan

Orang awam yang dapat melihat jinn syaitan bukan suatu keistimewaan, bukan kemuliaan dan bukan kasyaf seperti sangkaan kebanyakan orang.  Sebaliknya yang demikian itu hanyalah dampingan Jinn syaitan kepada orang tertentu yang terpedaya. Beberapa golongan yang terpedaya dengan dampingan jinn syaitan ini. 


Pertama:

Orang yang sering khayal berkenaan dunia keruhanian,  lalu terkena ilusi syaitan, jinn atau Iblis akibat khayalan yang melampau.


Kedua:

Orang yang mewarisi jinn keturunan yang dipanggil saka dan bersungguh-sungguh menyambung tradisi tersebut.


Ketiga:

Tukang sihir, ahli nujum, bomoh, dukun, pawang, ahli silat dan lain-lain sepertinya yang sekutu dengan jinn syaitan untuk mendapat berbagai pertolongan dan kelebihan dunia yang hina. 


Poin 10: Kasyaf batil adalah ilusi Jinn Syaitan

Kasyaf batil adalah "Ilusi atau gambaran palsu" yang diterbitkan oleh Iblis, syaitan dan jinn ke dalam minda manusia.  Misalnya Iblis boleh masukkan ilusi cahaya-cahaya atau ilusi alam ghaib yang hebat-hebat lalu memperdayakan mereka kepada kesesatan tanpa disedarinya.  Atau Iblis sendiri menyamar menjadi "Tuhan" atau menjadi "Wali Allah" lalu pamerkan diri di hadapannya.


Poin 11:Kasyaf yang sebenar adalah terbuka mata-hati memandang Ketuhanan

Kasyaf yang sebenar yang di-Kehendaki pada Agama adalah "terbuka mata-hati" menyaksikan Af'al, Asma', Sifat dan Zat Allah Yang Maha Agung, iaitu Tauhid yang hakiki, Tauhid yang sebenar yang terpancar dari hati yang telah disucikan.  Hal ini hanya terjadi kepada Salikin yang mujahadah pada Jalan Allah dengan pimpinan Guru Pewaris Nabi yang benar-benar Arif. Peringkat Kasyaf tertinggi adalah ketika seseorang Salikin sampai ke Maqam Tauhid Zat yang tahqiq.  Dan inilah setinggi-tinggi Ilmu, iaitu Ilmu Mukasyafah.


Kasyaf berupa pandangan kepada dunia Ghaib, alam Barzakh dan sekalian alam yang tersembunyi hanya terjadi kepada hamba-hamba Allah yang telah sampai kepada Maqam Tauhid Zat yang sudah teguh pendiriannya.  Hal ini merupakan kemuliaan Allah Ta'ala kepada mereka.  Ia dikatakan Kemuliaan Kurnia Allah kepada mereka kerana mereka tidak terpesona dengannya sebaliknya tetap Agungkan Allah Ta'ala.  Mereka tetap tunaikan Amanah Allah dan tidak akan sewenang-wenang membuka rahsia Ketuhanan kepada orang awam.


Orang awam yang tidak memahami haqiqat kasyaf dan Ilham kepada Ahli Ma'rifat, memadai sekadar mengakui kebenarannya. Jangan sesekali menjadi penentang.


Bersambung siri 712 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 710)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Poin 6: Kasyaf Suri adalah Terbuka Alam Ghaib

Kasyaf Suri, atau Kasyaf Hissiyah adalah terbuka mata-hati Ahli Ma'rifat yang sudah tetap, kepada melihat segala dunia Ghaib dan dunia keruhanian keseluruhannya menurut Kehendak Allah.   Kurnia Allah ini adalah semata-mata kepada hamba-hamba-Nya yang telah tetap Maqam Tauhidnya dan telah istiqamah pada Syari'at dan adab-adab Ma'rifat.  Mereka adalah Kekasih-Kekasih Allah yang tidak terpegun dengan segala Kasyaf Hissiyah ini, jauh sekali bermegah-megah dengannya.  Mereka serah diri kepada Allah dan tetap menjaga Amanah Allah dan takut dengan Kemurkaan-Nya.  Beberapa contoh yang terjadi kepada para Sahabat Ridhwanullah Alayhi ajma'in.


■ Sayyidina Abu Bakar kasyaf dan khabarkan akan kelahiran anak beliau.


■ Sayyidina Umar melihat tentera Islam di Syam yang dipimpin oleh Sahabat bernama Sariah menghadapi bahaya lalu beliau menjerit "Sariah... Gunung" sedang beliau sedang berkhutbah di Medinah.


■ Sayyidina Uthman melihat tanda-tanda zina pada mata sahabat.


■  Sayyidina Ali kasyaf melihat putera beliau Sayyidina Husain terkorban di Karbala.



Poin 7: Kasyaf Suri bukan kemegahan

Salikin (murid pada Jalan Ma'rifat yang masih di dalam perjalanan) yang memperoleh Kasyaf Suri (hissiyyah) bukanlah suatu kemuliaan atau Anugerah Allah kepadanya, melainkan ia adalah sebagai dugaan kepada mereka.  Allah Ta'ala menguji mereka dengan berbagai Pembukaan, untuk mengetahui Salikin yang benar-benar mencari Allah. Jika mereka sentiasa waspada dan serahkan semuanya kepada Allah dan menafikan kelebihan apa pun pada dirinya, maka dia akan selamat. Sebaliknya jika mereka asyik dengan pandangan ghaib tersebut lalu bermegah-megah dengannya (walaupun sekadar di dalam hatinya), maka yang demikian itu adalah istidraj dan kebinasaan.  Wal Iyazubillah


Poin 8: Kasyaf tidak berlaku kepada orang awam sekalipun dia bergelar Ulama fiqh

Kasyaf yang Ma'nawi maupun Kasyaf Hissi (yang kedua-duanya dari Allah Ta'ala)  tidak sama sekali di-Jadikan oleh Allah ke atas orang awam, sekalipun orang itu cerdik pandai Agama bergelar Ulama (fiqh) atau profesor sekali pun. Ini kerana mereka belum masuk ke Hadrat Ketuhanan yang melayakkan mereka mencapai kemuliaan tersebut.   Hati mereka terhijab dengan berbagai kesyirikan, penyakit hati dan kekejian  (takabbur, riya', ujub, sum'ah dan lainnya), maka tak mungkin mereka memperoleh pembukaan daripada Allah Ta'ala.  Jika terdapat orang awam mendakwa bahawa dia sudah kasyaf, maka ini adalah dakwaan dusta.  Dia menipu diri sendiri dan menipu orang lain.


Bersambung siri 711 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...