Thursday, July 17, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 703)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...




Prinsip ke-17

Bertemu Rasulullah ﷺ dan Auliya Allah yang telah wafat dalam keadaan sedar


Ahlus Sunnah Wal Jama'ah berkeyakinan pertemuan dalam keadaan sedar dengan Junjungan Besar Rasulullah ﷺ dan sekalian Auliya yang telah wafat adalah harus terjadi.  Ia merupakan karomah (kemuliaan) yang Allah Kurniakan kepada kekasih-kekasih-Nya yang masih hidup. 


Maksud pertemuan di dalam keadaan sedar adalah pertemuan di dalam jaga, bukan tidur, bukan mimpi, tetapi di dalam keadaan benar-benar sedar, sama seperti orang hidup.  Hal ini hanya terjadi kepada orang-orang yang benar-benar bersih hatinya dari syirik (syirik khafi) dan mazmumah. 


Golongan khawarij (wahhabiyyah zaman ini) dan beberapa golongan bid'ah sesat lain ingkar akan kebenaran ini.  Mereka mendakwa ianya tidak mungkin kerana orang mati jasadnya sudah hancur.  Memang benar secara umumnya jasad manusia yang telah mati akan hancur tetapi ianya berbeza bagi sekalian Rasul, Nabi, Auliya Allah.  Jasad mereka tidak hancur.  Allah Pelihara mereka di dalam kemuliaan. Mereka hidup di Sisi Allah secara istimewa dengan memperoleh rezeki dari Sisi-Nya.  Inilah keyakinan orang yang benar-benar beriman. Golongan yang tidak percaya, ingkar, menafikan kebenaran ini adalah golongan sesat dan kufur kerana menafikan keterangan Al-Qur'an, Sunnah dan Ulama terpercaya. 


Firman Allah:


 وَلاَ تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ.

فَرِحِينَ بِمَآ آتَاهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

 يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ ٱللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur) pada Jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di Sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan Kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan Nikmat dari Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." 

[Aali-Imran : Ayat  169,170,171]



Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barang siapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihat-ku di dalam keadaan sedar (jaga berserta jasad dan ruh). Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku."

[Muttafaq Alaih]


Bersambung siri 704 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...