■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 541)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 65:
Bermegah-megah
Berlumba mencari dunia
.... sambungan....
Penjelasan Tambahan bagi dua Dalil Al-Qur'an:
Dua dalil Al-Qur'an di atas ; Surah At-Takathur: ayat 1-8 dan Surah Al-Qasas: ayat 76 sudah lebih dari cukup untuk menerangkan Tajuk yang dibicarakan di sini. Kedua-dua ayat ini memiliki kekuatan luar biasa bagi menjelaskan pengertian Tauhid sejati dan bahaya terjerumus ke dalam kesyirikan dan kekufuran. Mari kita lihat beberapa hujjah yang berupa amaran dan peringatan penting daripada Firman Allah ini.
(1) Terjemurus ke dalam kesyirikan - Syirik Khafi, syirik tersembunyi dalam hati, sekutukan Allah dalam hati.
Kaum Nabi Musa yang benar-benar beriman kepada Allah berkata:
"Janganlah engkau bermegah-megah dengan harta kau, jangan kau sombong takabbur dengan harta yang engkau miliki. Jangan engkau persekutukan Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang banggakan diri dan sombong dengan hartanya."
Apa yang mereka maksudkan dengan ungkapan: "jangan kamu sekutukan Allah (syirik)?"
Adakah maksud orang-orang Soleh itu syirik jali ? (Syirik sembah berhala) ?
Adakah mereka menegur Qarun sebagai syirik kerana Qarun sembah berhala?
Tidak!
Mereka bukan maksud demikian kepada Qarun sebagai sembah berhala. Ini kerana Qarun pada waktu itu beriman kepada Allah dan Nabi Musa Alaihis-Salam. Tak mungkin orang beriman kepada Allah dan Rasul meletakkan "berhala fizikal" di hadapan mereka ketika mereka beribadah kepada Allah...! Jika demikan apakah maksud mereka menegur Qarun supaya janganlah kamu sekutukan Allah?"
Kebanyakan orang awam yang membaca ayat-ayat Allah berkenaan "Syirik yang dilakukan oleh orang Islam" sebagai "Syirik Jali" (syirik sembah berhala) sedangkan maksud sebenar adalah "Syirik khafi" — Syirik dalam hati — sekutukan Allah dalam hati. Akibat dari pemahaman yang salah ini, mereka seringkali memandang enteng sahaja pada perkataan "Syirik" kerana mereka menyangka ia bermaksud kepada orang kafir musyrik. Mereka menyangka Amaran Allah itu tiada kena mengena dengan mereka. Kebanyakan orang Islam awam tertipu dengan sangkaan ini.
Sesungguhnya yang Allah maksudkan dengan ungkapan "jangan syirik" atau "jangan sekutukan Allah dalam Ibadat" adalah bermaksud "Syirik dalam hati" (syirik khafi), bukan Syirik Jali. Ertinya orang-orang Islam yang awam yang melakukan Ibadah tertipu dengan sangkaan ibadah mereka banyak sedangkan ibadah mereka dipenuhi dengan "Syirik khafi" (Syirik dalam hati), iaitu 'ujub, sum'ah, riya', takabbur dan tawakkal kepada makhluq. Mereka lupa atau sememangnya tak tahu yang Syirik khafi membatalkan amal ibadah dan merosakkan Iman. Ini yang diisyaratkan oleh Baginda Rasul ﷺ.
Sabda Rasulullah ﷺ:
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya' yang merupakan syirik khafi) dengan amal mereka.”
[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]
(2) Orang yang bermegah-megah dan berlumba-lumba mencari kekayaan duniawi tenggelam di dalam kemewahan dan lupa untuk Syukur kepada Allah, sebaliknya terus-menerus kufur sampai mati.
(3) Mereka mengaku segala harta benda yang ada pada mereka sebagai milik diri sendiri. Mereka mengaku mereka yang susah payah mencarinya. Mereka lupa kepada Allah Yang Maha Pemurah yang Kurniakan mereka harta duniawi yang melimpah-ruah.
(4) Mereka menghina orang miskin, lemah, kurang harta benda duniawi.
(5) Mereka menindas manusia dengan berbagai cara seperti merampas harta benda dan membunuh.
Bersambung siri 542 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment