■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 540)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 65:
Bermegah-megah
Berlumba mencari dunia
.... sambungan....
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Qarun diberikan kekayaan yang berlimpah dan dia terpedaya olehnya, bahkan kekayaan tersebut tidak mampu menjaganya dari azab Allah Ta'ala sama seperti Fir'aun. Apalagi kalian wahai orang musyrik, harta kalian tidak sebanyak harta Qarun dan Fir'aun, Fir'aun dan bala tenteranya tidak dapat memberikan manfaat begitu juga dengan harta Qarun.
Maksud Qarun menjadi zalim adalah kerana kekafirannya kepada Allah. Ini menurut Adh-Dahahhaq. Ada yang mengatakan, maksud zalim adalah dia menyombong diri disebabkan banyaknya harta dan anak yang dimilikinya. Ini pendapat Qatadah. Ibnu Bahr mengatakan, Qarun melampaui batas kerana menganggap apa yang di-Kurniakan Allah kepadanya sebagai miliknya, seperti harta dan perhiasan.
Tatkala Allah Ta'ala Perintah untuk merejam orang yang berzina, maka Qarun menyuruh seorang perempuan untuk mengaku dia telah berzina dengan Musa, dia pun berikan harta kepada perempuan tersebut sebagai imbalannya.
Tatkala perempuan tersebut hamil, dia mengaku bahawa dia telah berzina dengan Musa. Musa menyangkal dan bersumpah atas Nama Allah Ta'ala yang Membelah lautan untuk Bani Israil serta menurunkan kitab Taurat, bahawa dia tidak melakukan hal tersebut, maka perempuan itu mengaku Qarun yang menyuruhnya (melakukan fitnah terhadap Nabi Musa Alaihis salam) dan Qarun berikan dia imbalan. Maka Allah serahkan urusan Qarun kepada Nabi Musa Alaihis-Salam.
Nabi Musa Alaihis-Salam mohon agar Qarun dan harta kekayaan ditelan bumi, Allah Perintahkan bumi menelannya, maka bumi pun menelannya sedikit demi sedikit. Qarun berteriak minta tolong kepada Nabi Musa Alaihis-Salam, (Nabi Musa tidak pedulikan teriakan Qarun, bumi terus menelannya), akhirnya seluruh tubuh Qarun ditelan bumi, namun Nabi Musa Alaihis-salam tidak pedulikannya. (Bumi bukan sahaja menelan Qarun, tetapi berserta dengannya adalah sekalian harta kekayaannya).
Diriwayatkan juga bahawa Allah Ta'ala me-Wahyukan kepada Nabi Musa Alaihis-Salam : "Hambaku (Qarun) telah minta tolong kepadamu, namun kamu tidak menolongnya, dan seandainya dia minta tolong kepada-Ku nescaya dia akan mendapati Aku dekat dan penolongnya. (sebahagian riwayat mengatakan walaupun dia minta tolong kepada-Ku sekali saja, nescaya Aku Ampuninya), "
Bersambung siri 541 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment