SIRI 4
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Fasal 1: Definisi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Menurut bahasa:
Kalimat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah terdiri dari 3 suku kata"
ahl
Sunnah
jama'ah
Kalimat ahl adalah bermaksud:
"keluarga" atau "pengikut"
Kalimat Sunnah adalah bermaksud:
manhaj, jalan, toriqah
Kalimat Jama'ah adalah bermaksud:
Golongan, kelompok, Ummat seluruhnya
Menurut Istilah:
Kalimat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah adalah bermaksud:
Jemaah Ummat Islam yang mengikuti sepenuhnya Manhaj pendidikan Rasulullah ﷺ, zahir dan batin sebagaimana yang diterima oleh para Sahabat Ridhwanullahi Alayhi Ajmain dan dipindahkan sepenuhnya oleh para Sahabat kepada Ulama Tabiin, kemudian berpindah lagi kepada Ulama Tabiit-Tabiin, kemudian berpindah lagi bersambung-menyambung daripada satu generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada generasi Mursyid seterusnya melalui kaedah Bai'at (janji setia) dan Talaqqi Musyafahah (menerima terus dari lisan Guru) yang paling teliti, berdisiplin yang terpelihara keasliannya dan kesuciannya.
Penjelasan
Penjelasan 1: Mengapa kaitkan Ahlus Sunnah?
Jika ada yang bertanya mengapa perlu kaitkan definisi berkenaan Ahlus Sunnah sedangkan tajuk bicara adalah Bab Syari'at dan Toriqat, maka jawapannya adalah:
Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ terhimpun di dalam Ahlus Sunnah. Ia bukan terpisah. Ia bukan sesuatu yang asing sebagaimana sangkaan sebahagian orang Islam. Toriqat berakar umbi di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul sebagaimana Syari'at. Kedua-dua bahagian ilmu dan amal ini — Syari'at dan Toriqat adalah bersumber dari wahyu, menafikan satu daripadanya adalah kekufuran yang nyata.
Penjelasan 2: Cerdik pandai Agama tetapi jahil
Sebahagian orang Islam yang jahil, (termasuk setengah daripadanya orang bergelar "alim", "Kiyai", "Prof", "Drs" ) ingkar kepada Toriqat (yang sahih dari Rasulullah ﷺ) kerana mereka menyangka ianya suatu yang asing dalam Agama. Dunia moden, pemikiran moden,sistem jahiliah moden telah mengelabui mata mereka. Mereka jauh dari haqiqat Agama walaupun mereka bergelar sarjana dan "alim ulama". Wal Iyazubillah.
Penjelasan 3: Ahlus Sunnah adalah pendokong Syari'at dan Toriqat
Apabila disebut pendokong Ahlus Sunnah, yang dimaksudkan adalah pendokong Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Mereka berpegang teguh dengan kedua-dua bahagian ilmu dan amal yang warid (datang) dari Rasulullah ﷺ — tanpa berpisah-pisah. Mereka bersungguh-sungguh amalkan kedua-duanya tanpa abaikan mana-mana bahagian daripadanya demi mencapai haqiqat Ubudiyyah yang dituntut oleh Allah daripada hamba-hamba-Nya.
Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
(Mujaddid Agung sepanjang zaman)
"Ahlus Sunnah Wal Jama'ah berkata: Sahabat Radhiallahu anhu adalah ahli _jazbah_ kerana kekuatannya menemani Nabi ﷺ. Tarikan batin tersebut menyebar kepada Shaikh-shaikh Toriqat (Mursyid-Mursyid Toriqat) dan bercabang lagi pada silsilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakan Ummat. Yang tinggal hanyalah orang yang meniru-niru sebagai Shaikh tanpa pengertian yang mendalam (tidak mengenal haqiqat dan Ma'rifat sebenar) dan tersebarlah kepada ahli-ahli bid'ah menjadi beberapa cabang, di antaranya Qalandariah, Haidariyah, Adhami dan banyak lagi. Adapun ahli fiqih (syari'at) dan Irsyad (toriqat) pada zaman ini sangat sedikit. Bagaimanakah cara membezakannya? Cara membezakannya adalah dengan (melihat kepada) dua macam aspek: Pertama aspek Zahir dan kedua aspek Batinnya. Zahirnya berpegang kepada aturan Syari'at dalam perintah maupun larangan. Batinnya mengikuti jalur Suluk (Toriqat) dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang diikuti adalah Nabi ﷺ dan Baginda menjadi perantara antara dia dengan Allah."
[Sirrul-Asrar]
BERSAMBONG....... siri 5 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳