Wednesday, February 04, 2026

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ


MUQADDIMAH


Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Yang Memerintah sekalian Alam Semesta.  Solawat dan Salam kasih kepada Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ yang menerangi seluruh alam dengan Sirr (Rahsia yang sangat mendalam) yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada Baginda.  Salam Kasih kepada Ahlul-Bayyit Baginda yang mulia, Para Sahabat Baginda dan sekalian Pewaris Nabi yang terpilih, yang di-Limpahi Cahaya Rabbaniyyah serta Cahaya Nubuwwah yang memakmurkan bumi dan langit dengan Kalimah Allah sampai Qiamat.

Menurut Pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, Syari’at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf) adalah dua bahagian Ilmu Agama yang WAJIB diamalkan oleh setiap orang yang benar-benar beriman.  Di dalam ungkapan yang mudah, Syari’at adalah ilmu dan amal yang takluk (berhubung dan berkait) kepada anggota zahir manusia dan Toriqat adalah ilmu dan amal yang takluk kepada anggota batin manusia (hati).

Ilmu dan amal berhubung dengan anggota Zahir adalah:

Solat, puasa, zakat, Haji, Da’wah, Jihad, pemerintahan dan lain-lain.

Ilmu dan amal berhubung dengan hati adalah: 

Zikrullah, Muraqabah, Musyahadah, jauhi penyakit hati, jauhi dosa-dosa hati, jauhi  Syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian hati), kewajipan  khusyu’ dan bahaya lalai, kewajipan Ikhlas dan bahaya ujub, riya’, sum’ah, takabbur, tawakkal bi-ghairillah, kewajipan mencapai Keimanan Sejati dan bahaya nifaq dan banyak lagi hal ehwal berhubung hati.

 

Kedua-dua ilmu ini (Syari’at dan Toriqat) bersumber dari Kitabullah dan Sunnah Rasul ﷺ.  Ia bukan rekaan Ulama tetapi hasil Ijtihad (bersungguh-sungguh menerbitkan hukum) oleh Ulama Mujtahid (iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar yang layak melakukan ijtihad) dari dua sumber Agung Ilmu – Al-Qur’an dan Sunnah Rasul ﷺ.

 

Seluruh angkatan _Masyaikh Ahlus Sunnah_ telah sepakat bahawa kedua-dua ilmu ini; Syari’at (kadangkala disebut Fiqh) dan Toriqat (kadangkala disebut Tasawwuf) hukumnya fardhu ‘ain atas setiap mukallaf.  Ertinya barang siapa abaikan salah satu daripadanya, maka dia jatuh kepada kebinasaan berat : fasiq atau zindiq.  Wal ‘Iyazubillah.

 

Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

(Mujaddid Agung sepanjang zaman)

"Dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.  Pertama Ilmu Zahir, disebut Syari'at.  Kedua Ilmu Batin, disebut Ma'rifat (yang terhasil dari Toriqat).  Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin.  Kedua-duanya WAJIB dipadukan (amalkan sekaligus dan jangan abaikan satu pun daripadanya) dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat.  Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.  Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : Ayat 19 dan 29".  Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah.  Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ ) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah ﷺ ). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah  sebagaimana Firman Allah:    "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".

[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]

No comments:

Post a Comment

  SIRI 4 Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah   Fasal 1: Definisi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah   Menurut bahasa: Kalimat Ahlus Sunnah...