Wednesday, July 02, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 672)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-3:

Dasar pengambilan hukum adalah tiga sumber utama:


Seluruh Ulama Ahlus Sunnah sepakat sumber pengambilan hukum Agama adalah 3:

1. Al-Qur'an

2. As-Sunnah 

3. Al-Ulama Ahlus Sunnah

(Ijma dan Qias Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)



Penjelasan ringkas:

=================


Definisi Al-Qur'an

================

Al-Qur’an adalah Kalamullah (Wahyu) yang merupakan Mukjizat Agung, yang diturunkan kepada Nabi terakhir, Rasulullah  ﷺ dengan perantaraan Malaikat Jibril yang tertulis dalam mushaf, yang disampaikan secara mutawatir, membacanya adalah bernilai ibadah.



Definisi Sunnah

==============


Definisi Sunnah dari segi Bahasa: 


Dari segi bahasa: 

Sunnah adalah jalan, kebiasaan, tradisi, ketetapan, peraturan ; sama ada yang bersifat baik atau buruk.


Definisi Sunnah dari segi Istilah: 


Terdapat beberapa pandangan berdasarkan Disiplin Ilmu.


1. Menurut Disiplin Ilmu Hadith:

Sunnah segala sesuatu yang datang dari Junjungan Rasulullah ﷺ berupa Qawliyyah (perkataan Baginda), Fi'liyyah (perbuatan Baginda), dan Taqririyyah (ketetapan atau persetujuan atau suatu yang Baginda diamkan), atau kejadian tubuh fizikal Baginda atau kehidupan Baginda atau segala perlakuan Baginda sama ada sebelum Kenabian (sebelum diutus menjadi Nabi) atau sesudah Kenabian Baginda.


2. Menurut Disiplin Ilmu Fiqh:

Sunnah adalah setiap sesuatu yang datang daripada Rasulullah ﷺ yang dibahagikan kepada berbagai hukum yang diperlukan oleh Mukallaf untuk amalkan Agama :  Wajib, Sunnat, Haram, Makruh, Harus, Halal, Sah, Batal dan lain-lain. 


3. Menurut Disiplin Ilmu Usul:

Sunnah adalah segala sesuatu yang ditetapkan oleh Rasulullah ﷺ yang lain serta tiada mempunyai sebarang ketentuan dalam al-Quran, daripadanya terbit berbagai kaedah Fiqh yang digunakan oleh Mujtahid bagi menetapkan suatu hukum Agama. 



Definisi Ulama Mujtahid

=====================


Ulama Mujtahid adalah Mursyid Pewaris Nabi yang telah sampai keilmuan beliau kepada tingkatan tinggi yang melayakkan beliau melakukan ijtihad (menerbitkan hukum) daripada Kitabullah dan Sunnah Nabi ﷺ.  Ertinya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) nisbah ilmu syari'at mempunyai beberapa bahagian, tidak semuanya sama dan tidaklah semua layak menjadi Mujtahid.


Ringkasan tingkatan Mursyid nisbah kemampuan melakukan ijtihad adalah dua tingkatan:


Tingkatan 1: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bertaraf muttabi' 

Mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (iaitu mereka menanggung Cahaya Nubuwwah, memiliki  Silsilah Kenabian yang benar, iaitu sampai keilmuannya kepada Rasulullah ﷺ, bersifat Taqwa serta sentiasa dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya) tetapi belum sampai ke tahap mujtahid yang berikan fatwa kepada Ummat.


Tingkatan 2: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bertaraf mujtahid.

Mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (iaitu menanggung Cahaya Nubuwwah, memiliki Silsilah Kenabian yang benar, iaitu sampai keilmuannya kepada Rasulullah ﷺ, bersifat Taqwa serta sentiasa dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya) yang sudah sampai ke tahap mujtahid yang layak melakukan ijtihad hukum dan memberikan fatwa-fatwa bagi Ummat.


Bersambung siri 673 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

  SIRI 10 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ     Bab 1: Haqiqat Ahl...