Wednesday, July 02, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 673)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Syarat-syarat Mujtahid

Mujtahid adalah Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah yang mempunyai kelayakan untuk mentafsir Al-Qur'an dan Hadith serta istimbat hukum daripada kedua-dua sumber tersebut.


Syarat  Mujtahid adalah:


1. Syarat Zahir : Memiliki 15 Ilmu alat yang diperlukan untuk memahami kandungan Al-Qur'an dan Hadith.  Di antaranya Hafal Qur'an, Hafal 500 ribu Hadith, mampu bezakan berbagai macam hadith benar dengan hadith palsu, menguasai ilmu nahwu, saraf, mantiq, bayan, badi', sirah Rasulullah ﷺ, sirah Nabi-Nabi terdahulu.


2. Syarat batin :  Beliau memiliki Ilmu Ma'rifat yang tinggi iaitu Musyahadah (menyaksikan) wajah Allah dari hati dan ruhnya.  Dan berhubungan dengan Ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.


Dalam perkataan lain beliau adalah ahli kasyaf, Ahlut-Taqwa dan Maqam Ihsan.  Mereka mentafsirkan ayat Allah dan Hadith Rasul dengan Allah dan Rasul, BUKAN dengan fikiran aqal atau pendapat sendiri.  Dengan adanya ilmu suci ini, barulah seseorang Mujtahid tidak tergelincir dari landasan Kehendak wahyu yang sebenar.  Setiap tafsirannya,  ijtihadnya dan fatwanya benar menurut KEHENDAK ALLAH, dan BUKAN kehendak nafsu, BUKAN dari bisikan Iblis, BUKAN mengikut kemahuan pemerintah, bukan sebab politik atau kehendak manusia lain..!


Semua _Mujtahid_ Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah Ahli Ma'rifat yang tinggi, ahli Kasyaf, Maqam Taqwa, Maqam Ihsan.  Inilah sebabnya Ahlus Sunnah Wal Jamaah tetap terpelihara sejak dari zaman Sahabah sehingga kini dan tetap utuh sehingga akhir zaman....!. 


Sementara semua golongan sesat (72 golongan sesat Aqidah) dan 11 golongan sesat keruhanian) BUKAN ahli Ma'rifat.  Mereka tergelincir mentafsir Al Qur'an dan Hadith menurut nafsu dan Iblis... yang akhirnya bawa kepada kesesatan mereka dan pengikut-pengikut mereka.


Contoh golongan sesat pada zaman ini adalah Golongan Wahabiyyah (khawarij), Syiah (rafidhi) dan sekular.  Masing-masing mempunyai orang yang bergelar "Ulama" tetapi "Ulama"  mereka BUKAN orang Arif Billah, BUKAN ahli kasyaf,  BUKAN  ahli Taqwa, TIDAK mencapai Maqam Ihsan...!   Akibatnya, mereka mentafsir dan berfatwa mengikut aqal sempit, hawa nafsu dan bisikan Iblis.  Mereka tidak mempunyai hubungan dengan Allah dan tidak ada pimpinan Rasulullah ﷺ.


Di antara kesesatan ini termasuk beberapa orang  yang bergelar "maulana" dan "Ahli Hadith" pada zaman ini.   Orang-orang ini sewenang-wenang mempertikaikan fatwa Ulama Mu'tabar terdahulu semata-mata berdasarkan Hadith tertentu.. dengan mudahnya orang-orang jahil ini mengatakan "ini bid'ah sesat, itu bid'ah sesat, ini ajaran majusi " dan sebagainya semata-mata berpandukan satu atau dua hadith yang mereka tafsirkan menurut aqal sempit dan bisikan Iblis.  


Allah Ta’ala berfirman:


وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ


Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.  Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. 

[An-Nahl (16 : Ayat  116]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari Neraka."

[Imam Tirmidzi]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

 “Barang siapa menghuraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan."

[Imam Ahmad]


Bersambung siri 674 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

  SIRI 10 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ     Bab 1: Haqiqat Ahl...