■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 669)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan....
Tanda-tanda Ahlus Sunnah
Pinsip Pokok Ahlus Sunnah
========================
Setiap Muslim wajib mengetahui Prinsip-prinsip pokok atau Prinsip Utama Ahlus Sunnah supaya mereka selamat berada di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ dan Jalan Allah keseluruhannya. Barang siapa tidak mengetahuinya maka dibimbangi mereka jatuh kepada Golongan yang terpisah, serta terjatuh kepada Golongan sesat, Wal Iyazubillah.
Prinsip Pertama:
Berpegang teguh dengan Mursyid yang Siddiq sebagai Pemimpinnya dunia Akhirat.
Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa setiap Muslim wajib mencari dan berpegang teguh kepada Mursyid yang Siddiq, iaitu Pewaris Nabi sebenar yang mewarisi sekalian Ilmu Nabi ﷺ, zahir dan batin, Pewaris Nabi yang sebenar menerima Pancaran Cahaya Nubuwwah di dalam dada mereka dan mereka sentiasa di dalam pimpinan Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalan-ku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (iaitu Pewaris Nabi yang muhaqqiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (mereka dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat)
Manusia yang demikian digambarkan sebagai ۥ وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar)
[Surah al-Kahfi (18) : Ayat 17 ] "
[Tamat nukilan kitab : Sirrul Asrar]
Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilan رضي الله عنه:
“Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke Maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke Maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta’ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ ”
[Sirrul Asrar]
Fatwa Imam Al-Ghazali رضي الله عنه:
"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja). Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan). Barang siapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.”
[Ihya Ulumuddin]
Fatwa Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه:
“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang murni) dan Mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
Ketahuilah inilah Prinsip pokok Ahlus Sunnah yang terpenting dan paling utama. Sekalian Ulama Ahlus Sunnah datang melalui Silsilah Rasulullah ﷺ, ertinya keilmuan mereka sampai silsilahnya kepada Rasulullah ﷺ.
Pendokong Ahlus-Sunnah tidak pernah condong kepada Ulama-Ulama palsu dari kalangan Golongan sesat atau Ahlus Sunnah palsu yang memberi fatwa menurut kehendak Penguasa fasiq.
Bersambung siri 670 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment