■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 668)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan....
Cabang: Penegasan Terpenting:
Ahlus Sunnah yang benar dan Ahlus Sunnah yang palsu
Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilan رضي الله عنه:
“Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke Maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke Maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta’ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.”
[Sirrul Asrar]
Fatwa Imam Al-Ghazali رضي الله عنه:
“Bergabung dengan kalangan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.”
[Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf]
Beliau berkata lagi:
"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja). Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan). Barang siapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.”
[Ihya Ulumuddin]
Fatwa Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه:
“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang murni) dan Mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
Fatwa Imam Ath-Tayyibi رضي الله عنه:
“Tidak patut bagi seorang yang alim – meskipun dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, sehingga dia menjadi salah seorang cendikiawan pada masanya – untuk merasa puas dengan apa yang diketahuinya. Adalah wajib baginya untuk bergabung dengan para Ahli Toriqat Sufiyyah, agar mereka menunjukki jalan yang lurus sehinggalah dia menjadi salah seorang yang diajak berbicara oleh Allah di dalam hati mereka kerana kesucian batin mereka, dan dibebaskan dari sifat-sifat tercela.
[Hasyiah Al-Kasyaf]
Kesimpulan ringkas:
Dari penjelasan ringkas ini fahamilah hakikat Ahlus Sunnah dan keselamatan Ummat daripada terjebak ke dalam kesesatan.
1. Khulafa Ar-Rasyidin adalah pelopor Ahlus Sunnah.
2. Agama yang benar mengalir dari mereka turun-temurun kepada Ummat melalui hamba Allah dan Kekasih-Nya yang dikenali Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. (Silsilah Rasulullah ﷺ)
3. Sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah pemimpin Ummat Ahlus Sunnah wal Jamaah yang tidak akan sesat kerana mereka sentiasa di dalam pemeliharaan Allah.
4. Setiap orang Islam wajib mencari Mursyid dan berpegang teguh dengan mereka untuk keselamatan dunia Akhirat.
Bersambung siri 669 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment