■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 543)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 65:
Bermegah-megah
Berlumba mencari dunia
.... sambungan....
Contoh-contoh:
============
Contoh 1: Berlumba-lumba cari dunia dan kemegahan sehingga abaikan kewajipan solat
Barangkali inilah yang paling banyak terjadi di kalangan ummat Islam ; sama ada mereka orang Islam awam atau orang Islam berpangkat, pegawai-pegawai tinggi dan penguasa-penguasa negara. Pada pegangan mereka solat boleh dilambat-lambatkan atau diabaikan terus, yang penting bagi mereka adalah wang ringgit dan harta kekayaan. Wal Iyazubillah. Sedangkan Rasulullah ﷺ telah berikan amaran!
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Contoh 2: Berlumba-lumba himpunkan kekayaan, tetapi enggan bayar zakat
Hal ini terjadi kepada orang-orang yang Allah Ta'ala Kurniakan keluasan harta atau lebih dari itu sehingga menjadi kaya-raya, jutawan dan hartawan. Mereka kumpulkan kekayaan sebanyak-banyaknya dan mendakwa semua harta kekayaan mereka adalah milik mereka sendiri.
Perbuatan ini sama seperti Qarun yang telah berlalu kisahnya. Meskipun dia menimbunkan harta kekayaannya, sombong dengan kekayaannya, mengaku harta kekayaannya sebagai miliknya sendiri, namun semua kekayaannya yang bergedung-gedung tak mampu selamatkannya dari 'Azab Allah ; menerima azab di dunia dan azab di Akhirat. Wal Iyazubillah.
Orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat menyangka perbuatan mereka sebagai suatu keuntungan kerana mereka tak perlu keluarkan harta mereka. Sedangkan mereka tidak menyedari mereka sedang memakan harta yang haram — haq faqir miskin dan api neraka. Wal Iyazubillah.
Firman Allah:
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّ كَثِيراً مِّنَ ٱلأَحْبَارِ وَٱلرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ ٱلنَّاسِ بِٱلْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلاَ
يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ يوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَـٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam (enggan bayar zakat), lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."
[At-Taubah (9) : Ayat 34-35]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang di-Kurniakan oleh Allah harta dan tidak mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari Qiamat dijadikan seekor ular yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalu banyak bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.”
[Imam Bukhari ]
Bersambung siri 544 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment