Tuesday, August 20, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 464)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 57:

Lalai dari Zikrullah (Lupa kepada Allah)

..... sambungan.....



(10) Orang yang berzikir Allah adalah orang yang hidup (hatinya hidup menghadap Allah) sedangkan orang yang lalai dari Zikrullah adalah bagaikan orang yang mati (mati hatinya).


(11) Zikir Allah Allah yang teguh di dalam hati menyucikan hati dari daripada sekalian kekotoran dan kekejian, terutama _Syirik khafi_ dan _sifat mazmumah_ yang menjadi punca kebinasaan orang islam.  Zikrullah adalah pencuci bagi hati yang telah berkarat dengan dosa-dosa. 


(12) Zikir Allah terus menerus menurut disiplin Toriqat (Tasawwuf) iaitu Jalan Ma'rifat yang diwarisi tumurun oleh sekalian _masyaikh_ akan menghidupkan hati, memperoleh Tauhid suci murni,  ikhlas yang sebenar-benar ikhlas,  dan menjadikan seseorang khusyu’ di dalam Solat.


(13)  Telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah, seseorang tidak akan sampai kepada Allah (sampai kepada Tauhid hakiki) melainkan melazimkan Zikrullah yang banyak menurut disiplin Toriqat (tasawwuf) yang dipimpin oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.



Berkata Ibn Abbas Radiallahu‘anhu :

"Allah Ta'ala tidak mewajibkan atas hamba-Nya hal-hal yang fardhu, kecuali  yang telah diketahui olehnya.  Dan orang yang meninggalkan  fardhu-fardhu tersebut kerana alasan tertentu boleh dimaafkan, kecuali Zikrullah. Zikir kepada  Allah tidak memiliki batas, dan tidak ada alasan bagi seseorang untuk meninggalkannya kecuali dia kehilangan aqal. Manusia diperintahkan untuk berzikir kepada Allah dalam segala kesempatan."

[Tafsir Ibnu Abbas]


Berkata Al Imam Ghawthul A'zham Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu

"Jalan untuk  wusul  (sampai kepada Allah)  ialah dengan selalu menjaga diri supaya berada di atas jalan yang benar, berpegang teguh kepada hukum Syari'at siang dan malam dan mudawamah  (berkekalan) Zikir khafi  (zikir dalam hati) maupun Zikir Jihar (dengan lisan dengan kuatkan suara zikir).    Mudawamah (berkekalan) zikrullah itu hukumnya fardhu 'Ain (wajib)  bagi mereka yang mencari Keredhaan Ilahi.

[ Sirrul Asrar fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar,  Fasal 7 : Zikir]


Berkata Imam Junaid Al Baghdadi :

Zikrullah adalah rukun utama (pokok dan terpenting) dalam ilmu Tasawuf (Toriqat) ini, bahkan seseorang tidak akan sampai   kepada Allah (Maqam Tauhid yang hakiki Ma'rifat) kecuali dengan kekalkan berzikir.”

[Rasail Al Junaid]


Kata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu anhu :

"Ya anakku, adapun hukum Zikir Allah itu adalah wajib, seperti Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 41."

[Risalah Ma'rifat ; bab Zikrullah]


Kata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :

"Orang yang banyak berzikir kepada Allah itu adalah panggilan untuk seseorang yang berzikir secara tulus ikhlas dari hatinya, sedangkan orang yang sedikit berzikir (kepada Allah) adalah orang yang memiliki tanda-tanda orang munafiq.  Kerana dia hanya berzikir dengan lisan dan bertujuan untuk dilihat oleh orang lain sahaja."

[Tafsir Qurtubi]


Bersambung siri 465 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 512) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...