Monday, August 19, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 448)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....




Syarat ke-8 :  Lemah Lembut dan Penyayang kepada Orang Beriman


Mursyid yang Siddiq memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada manusia di dalam pergaulan serta mencontohi segala akhlaq Nabi.  Beliau mencontohi Rasul di dalam mendidik Ummat kepada Ketuhanan.  Beliau sangat penyabar dan lemah lembut di dalam pergaulan sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darjat manusia.  Walau bagaimanapun beliau sangat tegas di dalam mendirikan hukum agama.  Beliau tidak akan tolak ansur ketika Agama Allah di-Permainkan atau hukum Allah dipersendakan. 


Beliau mungkin memarahi seseorang yang melanggar hukum Agama.  Ataupun seseorang yang sangat keras hati,  atau menyombong diri.....  semua ini  bertujuan mendidik,  bukan kemarahan kerana nafsu.  Namun beliau bukanlah orang yang selalu di dalam keadaan demikian.  Inilah yang disebut oleh Imam Jailani dengan kata beliau: "Dia (Murshid) mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu-tetamu yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang."

[Qala’id Al-Jawahir]


Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu adalah Mursyid Pewaris Nabi yang unggul, yang benar-benar mencontohi keperibadian dan Akhlaq Rasulullah ﷺ.  Beliau terkenal dengan sifat lemah lembut kepada tetamu dan orang-orang beriman.  Beliau sangat pemurah kepada yang memerlukan.  Beliau sering makan bersama faqir miskin dan muliakan hamba-hamba Allah yang dipandang hina.  Namun ketika hukum Allah di-Permainkan, beliau TIDAK akan tolak ansur.  Beliau akan segera "memotong" tangan-tangan yang cuba merobek hukum-hakam Syari'at.   


Suatu ketika Khalifah yang memerintah di Baghdad melantik Menteri yang tidak layak menduduki posisi sebagai Hakim.  Maka segera Shaikh berkhutbah dari mimbar:

"Engkau telah melantik pegawai yang paling zalim sebagai "hakim"  atas orang beriman.  Apakah jawapan engkau nanti apabila engkau dihadapkan kepada "Hakim Maha Agung" yang Memiliki Semesta alam?"  Mendengar Amaran tersebut,  Khalifah menangis ketakutan  dan terus memecat Hakim yang telah dilantiknya.” 

[Qala'id Al Jawahir]


Bersambung siri 449 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 514) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...