Wednesday, December 21, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 124)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke -16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Keterangan Kedua : Harus menjadi kaya, berserta beberapa syarat dan penjagaan:


Agama tidak melarang secara mutlaq seseorang menjadi kaya, memiliki gedung2 perniagaan yang besar atau harta yang banyak.  Mereka boleh menjadi billionaire atau trillionaire. Walau bagaimanapun di sana terdapat syarat2 yang ketat bagi kebenaran ini.  Ini kerana berdasarkan sejarah hidup kemanusiaan, kebanyakan manusia tewas apabila kekayaan datang melimpah2. Mereka lupa diri. Mereka menjadi sombong, angkuh dan zalim. Mereka menghina orang lemah dan faqir miskin.  Mereka mendabik dada mengatakan segala kekayaan tersebut adalah milik mereka, maka mereka berbuat sesuka nafsu mereka. Mereka kufur kepada segala Ni'mat Kurniaan Allah.  Mereka lupa kepada Allah dan perintah2nya lalu menjadi fasiq dan kafir. Wal Iyazubillah.  Moga Allah Ta'ala melindungi kita dan ahli keluarga kita menjadi manusia2 lupa diri.


(1) Setiap orang islam yang berusaha mencari kekayaan dunia — wang ringgit, harta, gedung2 dan lainnya hendaklah niat di dalam hati semua usahanya itu adalah kerana Allah, untuk Agamanya, untuk Akhirat. 


(2) Berusaha sekadarnya, tanpa terlalu banyak masa dihabiskan untuk mencari harta.


(3) Mematuhi sekalian hukum-hakam Syari'at


(4) Tidaklah dia asyik dengan dunia sehingga lupa Zikrullah. 


(5) Jauhkan sama sekali sifat tamak — sifat ingin cepat kaya.  Redha sekadar yang Allah Ta'ala Kurniakan.   Jika Allah Ta'ala telah Mengurniakan kamu "satu gunung emas", maka berpadalah dan bersyukurlah,  JANGAN sesekali bertungkus lumus untuk menambah "satu gunung emas" lagi.... walaupun atas nama kebajikan (konon kamu ingin buat kebajikan). Ini kerana cita2 demikian mengandungi tipu daya halus yang akan binasakan kamu. 


(6) Jauhkan sama sekali sifat bakhil.  Orang yang bakhil bukan sahaja orang enggan hulurkan sedekah tetapi juga orang kaya yang hulurkan sedekah sekadar memenuhi syarat agar orang ramai tidak memandang dia bakhil. Jika orang biasa mampu keluarkan sedekah 10 ringgit, orang yang kaya-raya sudah semestinya keluarkan 100 ringgit atau 1,000 ringgit sebagai sedekah.... maka sesuailah dengan banyaknya ni'mat harta yang ada padanya. 


(7) Jika Allah Ta'ala Mengurniakan kekayaan yang banyak, jangan sesekali menjadi boros atau membazir. Jangan habiskan wang ringgit untuk berlebih2an dengan perhiasaan2.  Ini kerana perbuatan membazir adalah kesukaan syaitan. 


(8) Jangan sesekali menjadi sombong, angkuh, megah dengan kekayaan kamu. Jangan cakap besar dan jangan menghina orang miskin atau orang2 terlantar.  Perbuatan sombong, cakap besar dan angkuh adalah perbuatan Iblis La'natullah. 


(9) Sentiasa tetapkan di dalam ingatan bahawa setiap wang ringgit, harta kekayaan, gedung2 perniagaan, rumah kediaman hebat yang kamu miliki akan menjadi hitungan yang keras di Mahkamah Agung Ilahi. Setiap sen yang kamu peroleh dan kamu belanjakan akan diaudit tanpa sedikit pun kesilapan oleh Rabbul Jalil, Raja Segala Raja Yang Maha Berkuasa.


(10) Syarat terakhir ini yang paling menyakitkan hati orang kaya, iaitu :  Wajib belanjakan sebahagian daripada kekayaan yang kamu miliki untuk jihad Fi Sabilillah — belanjakan pada jalan Allah.  Pengertian "Jihad pada Jalan Allah" amat luas — bermula daripada berbuat baik kepada ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga terdekat, jiran tetangga hinggalah kepada memakmurkan Masjid2, membela faqir miskin, membina penempatan untuk musafir, membina perigi dan tali air, memberikan perbelajaan untuk Da'wah, Tarbiyyah Ummat dan Jihad di medan Perang... semua ini adalah Fi Sabilillah yang di- Redhai Allah.


Jika seseorang yang kaya-raya mampu menyempurnakan kewajipan2 ini sebagaimana Tuntutan Allah dan Rasul-Nya, maka inilah "dunia yang terpuji".  Masuklah mereka kedalam golongan "rijal" yang dipuji oleh Allah.....


Firman Allah :رِجَالٌ۬ لَّا تُلۡهِيہِمۡ تِجَـٰرَةٌ۬ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِ‌ۙ يَخَافُونَ يَوۡمً۬ا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَـٰرُ

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari Zikrullah (mengingati Allah), dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang (Qiamat dan Hari Pengadilan).” 

[Surah An-Nuur (24) : 37]




Bersambung siri  125  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

    

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...