■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 162)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.21 Dosa Besar ke -20: Tamak ( طَمَع )
sambungan....
Tanda wujud Sifat Tamak
Sebagaimana telah disebut sebelum ini, bahawa kewujudan Sifat Tamak amat sukar dikesan dan mengenalinya secara pasti menjadi kebingungan bagi orang Islam awam disebabkan beberapa faktor berhubung dengan harta dan usaha mencari rezeki.
Harta merupakan keperluan setiap manusia bagi kesinambungan hidupnya atas muka bumi. Harta dunia juga menjadi asbab seseorang beriman memperoleh Keredhaan Allah apabila dia belanjakannya pada Jalan Allah, mendirikan Masjid, membantu faqir miskin, membangunkan rumah tumpangan untuk musafir dan menyedikan bekalan air percuma kepada manusia dan berbagai kebajikan yang diRedhai Allah. Di suatu sudut lain "harta" dicela apabila manusia menggunakan sewenang2 nya demi kepentingan nafsunya, menghimpun2nya untuk kesenangannya, enggan bersedekah, enggan membantu Fi Sabillillah, lupa kepada Allah dan menjadi derhaka dan sombong.
Inilah kerumitan yang sangat sukar membezakannya dan meletakkan "harta" menepati Kehendak Allah menjadi kebingungan bagi kebanyakan manusia. Walau bagaimanapun, orang2 awam dan Salikin yang baru mengenal Jalan Ma'rifat, boleh jadikan tanda2 berikut sebagai panduan.
Sebagai peringatan semula: Sifat tamak tidak berdiri sendiri, tetapi sangat berkait rapat dengan Keimanan, keyakinan kepada Qadha Qadar, cinta dunia, bakhil, hasad dengki, memfitnah, adu domba, kezaliman dan kufur Ni'mat. Dengan demikian perhatikanlah sungguh2 moga terhindar dari sifat yang amat buruk ini.
Tanda pertama : Tak pernah puas dengan Nikmat Allah
Barangkali inilah tanda paling umum menunjukkan wujudnya sifat Tamak di dalam diri seseorang. Walau banyak mana pun dia mendapat kekayaan, dia tak pernah puas dan tak pernah merasa cukup, bahkan masih kekurangan dan ingin menambah lagi dan menambah lagi tanpa had. Meskipun dia diberikan kekayaan satu lembah dipenuhi dengan emas permata, dia tetap mahukan satu lagi lembah emas seperti itu. Dan meskipun ditambah lagi kekayaan yang sama seperti itu berkali2 ganda dia tetap tak pernah puas, dan mahukan lagi lebih banyak.
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَوْ كَانَ لاِبْنِ اَدَمَ وَادٍ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى اِلَيْهِ ثَانِيًا وَلَوْ كَانَ وَادِيَانِ لاَبْتَغَى لَهُمَاثَالِثًا وَلاَيَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ اَدَمَ اِلاَّالتُّرَابُ وَيَتُوْبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ. رواه الشيخان واحمد والترمذى عن انس
“Andaikata seorang anak Adam telah memiliki harta benda sebanyak satu lembah, pasti ia akan berusaha lagi untuk memiliki dua lembah. Dan andaikata ia memiliki dua lembah, pasti ia akan berusaha lagi untuk memiliki tiga lembah. Memang tidak ada sesuatu yang dapat memenuhi keinginan anak Adam melainkan tanah (maksudnya mati - masuk kubur), dan Allah akan menerima taubat bagi mereka yang bertaubat.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan Imam Tirmizi]
Bersambung siri 163 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment