■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 161)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.21 Dosa Besar ke -20: Tamak ( طَمَع )
sambungan....
Penentuan Batas / Ukuran Tamak
Persoalan :
Siapakah yang dikatakan Tamak?
Apakah ciri2nya / sifat2nya?
Apakah batasnya?
Bilakah seseorang dikatakan Tamak?
Adakah setiap orang yang mengumpulkan harta itu dikatakan Tamak? Jika tidak demikian, apakah ukuran lain yang masuk kepada sifat Tamak?
Sesungguhnya semua hal yang tersebut di atas sangatlah rumit. Kebanyakan orang Islam awam kepayahan di dalam menentukan batas, kadar atau ukurannya. Timbulnya kepayahan untuk menentukannya secara pasti adalah kerana beberapa sebab :
1. Harta benda dan kekayaan dunia bukanlah mutlaq haram, dan pemilik harta kekayaan tidaklah mutlaq menunjukkan sifat tamak. Ini kerana ada kalanya Allah Ta'ala memuji pemilik harta dan ada kalanya Allah mengutuk. Ertinya wujud pertimbangan lain yang memerlukan penelitian terhadap pemilikan harta kekayaan.
2. Harta benda adalah keperluan duniawi bagi kesinambungan kehidupan atas muka bumi. Ertinya setiap manusia memerlukannya. Berapa banyak harta yang dikatakan memadai bagi seseorang? Berapa banyak harta dikatakan melebihi keperluan sehingga masuk kategori "tamak"? Ini yang menjadi persoalan dan kerumitan bagi kebanyakan orang Islam awam memahaminya.
3. Banyaknya harta mengandungi dugaan berat. Sedikitnya harta (kekurangan harta) pula menjadikan seseorang sentiasa di dalam keadaan tertekan jiwanya. Ketiadaan harta langsung (faqir atau tersangat miskin) boleh menjurus kepada kekufuran.
4. Harta yang banyak besar faedahnya bagi Akhirat, iaitu dengan melakukan kebajikan, amal jariah dan pertolongan kepada orang yang memerlukan. Pada sudut lain harta yang banyak juga membawa manusia jauh dari Allah, kufur Ni'mat bahkan menjadi Kafir yang di La'nat. Wal Iyazubillah.
5. Ada manusia mencari harta yang banyak bagi menyara hidup keluarganya yang besar. Atau dia membiayai badan kebajikan. Atau dia membantu faqir miskin secara senyap2 sekira2 tidak diketahui oleh mana2 manusia lain.
7. Sifat tamak boleh terjadi kepada orang kaya dan juga orang miskin.
Kesimpulannya : Harta benda dunia mengandungi dugaan yang berat dan tidak sunyi dari beberapa faedah untuk Akhirat dan pada sudut lain tidak sunyi daripada kecelakaan dan kebinasaannya. Ketiadaan harta langsung (terlalu miskin sehingga seseorang meminta2) juga tidak terlepas dari dugaan pada sisi lain kerana menjurus kepada kekafiran, jahat sangka dan putus asa dari Rahmat Allah.
Dengan demikian, batas atau ukuran untuk menentukan secara pasti seseorang itu termasuk orang yang Tamak adalah suatu yang sangat rumit. Tiada yang mampu membezakannya kecuali Ahli Ma'rifat dan mereka yang memperoleh cahaya daripada Allah Ta'ala, iaitu Salikin yang memperoleh Cahaya Rabbaniyyah.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Fitnah dunia itu banyak cabang dan seginya, luas sudut dan dan sampingnya. Akan tetapi yang terbesar fitnahnya dan lebih lengkap ujiannya adalah "harta". Lebih besar fitnah pada harta itu ialah kerana : bahawa tiada seorang pun yang tiada memerlukan kepada harta. Kemudian apabila harta itu diperoleh, maka tiada selamat (dari kejahatan yang ditimbulkan oleh harta). Jika tidak memiliki harta, terjadi kemiskinan yang mendekat kepada kekafiran. Kesimpulannya harta itu tiada terlepas dari faedah dan bahaya. Membezakan antara kebajikan dan kejahatannya termasuk hal yang amat sulit, yang tidak mampu membezakannya, selain dari orang yang mempunyai basirah (mata hati), dari kalangan Ulama Arif yang mendalam ilmunya."
[Ihya Ulumuddin : Bab Tercelanya Harta]
Bersambung siri 162 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment