Thursday, December 29, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 163)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.21  Dosa Besar ke -20:   Tamak (  طَمَع  )

sambungan....


Tanda ke -2 : Mengumpul2 harta tanpa tujuan murni kerana Allah

Mengumpul2 kekayaan tanpa tujuan tertentu yang diharuskan oleh Syara' (ertinya bukan untuk membeli rumah tempat berteduh, atau membeli kenderaan yang perlu untuk kehidupan, atau kerana pebelajaran anak2 atau apa2 keperluan hidup lain yang diharuskan oleh Syara'), maka mengumpul2 kekayaan tanpa tujuan yang diharuskan oleh Agama, atau hanya menjadikannya harta simpanan untuk keseronokan hidupnya,  adalah menunjukkan sifat Tamak. 


Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٖ ٣٤ يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ 

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. 

[At-Taubah (9) : ayat 34-35]


Tanda ke-3 : Menimbunkan kekayaan demi kemegahan

Hal ini amat jelas di kalangan orang2 kaya / jutawan / hartawan yang mengumpul2 kekayaan semata2 kerana kemegahan, menunjuk2 kekayaan dan bermegah2 dengannya. Hal ini, selain dari tanda wujud ketamakan, juga menjadi dosa besar yang amat berat disebabkan sifat kemegahannya, sedangkan kemegahan, kesombongan, takabbur amat dibenci oleh Allah. 


Sabda Rasulullah ﷺ :

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ , كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ

“Mahukah kamu aku beritahu tentang penduduk Neraka? Mereka adalah setiap orang yang keras kepala (degil, enggan menerima nasihat) lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur (megah sombong, besarkan diri).“ 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Tanda ke-4 :  Ingin panjang Umur

Amat mencintai dunia dan keinginan yang kuat untuk hidup lama atas muka bumi adalah setengah dari tanda wujud sifat Tamak.


Firman Allah :

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُون

"Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

[Al-Baqarah (2) : ayat 96]


Umur yang panjang hanya bermanfaat apabila seluruh umurnya dihabiskan untuk berzikir, berjihad dan beribadah kepada Allah (Ibadah yang khusus dan yang umum).  Umur yang panjang begini amat sukar diperoleh kerana kebanyakan manusia yang ingin panjang umur hanya ingin menyambung kelazatan dunia yang mereka telah kecapi dengan harta kekayaan mereka sehingga mereka berkata : hartaku, hartaku — mereka tak ingin berpisah dengan hartanya yang menimbun....sampai Malaikat maut mencabut nyawanya.  Inilah umur yang kerugian. Wal Iyazubillah. 


Bersambung siri  164 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...