■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 91)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.14 Dosa Besar ke -13: Kazib — dusta, bohong, menipu
sambungan....
Contoh2 dusta / bohong yang dibenarkan berserta penjagaan:
Contoh 1 : Mendamaikan Muslim yang bergaduh.
Zaid dan Fikri bergaduh dan bermasam muka. Kamu bertemu Zaid dan berkata pada dia : "Sesungguhnya Fikri memuji kamu sebagai orang yang sangat baik." Kemudian kamu jumpa pula Fikri dan berkata : "Aku dengar Zaid memuji kamu sebagai orang yang bijak." Meskipun kata2 tersebut itu hanya rekaan dan bukan ucapan yang benar, tetapi kata2 tersebut dapat meleraikan permusuhan, maka sudah tentu ianya amalan terpuji. Dengan demikian perlakuan dusta di sini adalah perbuatan terpuji.
Contoh 2 : Mententeramkan isteri.
Suami berkata kepada isterinya : "Sedap betul lauk ni. Sayang ni macam chef yang pakarlah" (sedangkan masakannya biasa saja) dengan tujuan menjinakkan hatinya atau kerana memujuknya.
Contoh 3 : Menyelamatkan maruah wanita.
Jika seorang wanita mohon perlindungan di dalam rumah kamu kerana dikejar oleh orang jahat yang ingin menodainya, maka harus sembunyikan wanita tersebut di dalam rumahnya dan berdusta kepada penjahat yang datang mencarinya. Kamu pura2 berkata "aku nampak wanita itu pergi ke sana" sedangkan wanita tersebut bersembunyi di dalam rumah kamu. Berdusta kepada penjahat tersebut adalah wajib kerana memelihara kehormatan wanita adalah wajib.
Contoh 4 : Menyelamatkan nyawa manusia.
Lebih kurang sama seperti contoh 3 : Jika seseorang hamba Allah mohon perlindungan daripada kejahatan Pemerintah zalim yang ingin menangkap dan membunuhnya, maka ketika itu harus memberikan perlindungan padanya dan wajib berdusta kepada Pegawai Pemerintah zalim yang datang mencarinya. Ini kerana memelihara nyawa manusia adalah wajib.
Contoh 5 : Menyelamatkan harta manusia
Jika kamu mengetahui seorang anak yatim mempunyai harta kekayaan dan saudara2nya yang jahat ingin merampasnya, maka ketika itu kamu harus sorokkan harta tersebut dan berdusta kepada orang2 yang ingin merampasnya. Jika anak yatim itu mempunyai dokumen2 harta, kamu harus sorokkannya dan berkata kepada orang2 yang ingin merampasnya dengan berkata, "aku mengira dokumen2 tersebut sudah terbakar."
Contoh 6 : Menutupi dosa yang Allah sudah menutupinya.
Seseorang berbuat pekerjaan keji, misalnya zina dan Allah Ta'ala tutupi dosanya (ertinya tiada siapa pun tahu melainkan Allah Ta'ala), kemudian ditanya orang : "adakah kamu melakukan pekerjaan keji?", maka wajib menafikan dengan berkata : "Tidak. aku tidak berbuat pekerjaan keji itu." Berdusta untuk menyembunyikan suatu perbuatan kejinya yang telah ditutupi oleh Allah adalah wajib.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa berbuat sesuatu dari kekotoran ini (berbuat dosa secara tersembunyi / tidak diketahui sesiapa pun), maka hendaklah ditutup dengan tutupan Allah."
[Imam Al-Haakim]
Berkata Imam Ghazali :
"Jika penguasa menanyakan tentang perbuatan keji yang dikerjakannya, di antara dia dengan Allah, maka boleh dia membantahnya yang demikian seraya mengatakan : "Aku tidak berzina dan aku tidak mencuri."
[Ihya Ulumuddin — Bab Keharusan Berdusta]
PERINGATAN DAN AMARAN:
Meskipun diberi keringanan untuk berdusta pada tempat² tertentu seperti yang disebutkan, namun setiap Muslim wajib waspada selalu agar TIDAK menjadikan " berdusta / bohong " sebagai kebiasaan, melainkan hanya ketika darurat atau benar² perlu sahaja, dan benar² bertujuan keselamatan Agama, nyawa, harta kehormatan dan perkara2 lain sepertinya sebagaimana yang telah dijelaskan.
Bersambung siri 92 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________
JAMAAH TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment