Friday, November 11, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 74)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.12  Dosa Besar ke -11:  Jahat sangka kepada orang lain

sambungan....


Pengecualian Jahat Sangka:


Persoalan :

Adakah semua macam "sangkaan" itu menjadi kesalahan yang membawa dosa besar?


Jawapan: 

Perbuatan Su-Uzzon, "jahat sangka " pada umumnya dilarang.  Namun di sana wujud beberapa tempat dan hal yang melibatkan "sangkaan " terhadap orang lain yang TIDAK termasuk dalam "Jahat Sangka" yang dilarang.  Dalilnya ada pada Firman Allah yang sama, iaitu...


Firman Allah :


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."

[Al-Hujurat (49) : Ayat 12]


Menurut Tafsiran Ulama Mu'tabar, ayat ini mengisyaratkan "kebanyakan sangkaan" itu mengakibatkan dosa. Ertinya wujud di sana "sangkaan" yang dibenarkan yang bersesuaian dengan tuntutan Agama.    Bahkan ada ketikanya "sangkaan" ini boleh menjadi Wajib apabila ianya bertujuan memelihara  Agama, Nyawa, Keturunan, Aqal dan Harta.  Berikut adalah beberapa kedudukan dan hal yang membolehkan wujud "sangkaan" pada seseorang atau sesuatu kumpulan manusia.


Pertama :  Hazar   ( حَذَر )  (waspada) Terhadap Orang Kafir Harbi bukan jahat sangka.

Hazar   ( حَذَر )  (waspada) Terhadap Orang Kafir Harbi adalah bermaksud sentiasa berjaga2, berhati2, siap sedia menghadapi golongan yang memusuhi Islam seperti Yahudi, Kristian, Munafiq dan lain2 yang jelas memerangi Ummat.  Dilarang bersangka baik dengan "kafir harbi" kerana mereka sentiasa mencari jalan musnahkan Islam.  Bersangka baik dengan golongan kafir harbi seolah2 membuka laluan untuk golongan ini "membunuh" Ummat.  Maka jelas di sini "sangkaan" terhadap orang kafir Harbi adalah wajib demi memelihara Agama dan Keselamatan Ummat seluruhnya.


Kedua :  Hazar  ( حَذَر )  (waspada) Terhadap Golongan Sesat  bukan jahat sangka.

Menaruh syak wasangka dan curiga terhadap 72 Golongan Sesat bukan jahat sangka.   Ini kerana golongan sesat sentiasa memusuhi  Ahlus Sunnah.  Mereka melakukan berbagai propaganda untuk musnahkan keyakinan Ummat dengan cara yang amat licik.  Maka kecurigaan terhadap golongan ini  bukan jahat sangka, sebaliknya sangkaan yang terpuji.


Ketiga :  Hazar ( حَذَر )  (waspada) terhadap Golongan Fasiq dan Zalim. 

Golongan fasiq dan zalim sentiasa membuat kerosakan atas muka bumi.  Maka "sangkaan" atau "kecurigaan" terhadap mereka adalah Hazar yang diharuskan.


Keempat :  Sangkaan terhadap orang yang terang2an mengancam nyawa.

Jika didapati seseorang memegang senjata serta mengancam nyawa manusia, maka ketika itu harus mempunyai sangkaan atau kecurigaan terhadap dia bahawa dia akan melakukan kejahatan.  Dalam hal ini tidak jatuh hukum "jahat sangka".  Sebaliknya bersangka baik kepada orang2 seperti itu adalah dilarang kerana ia termasuk perbuatan "binasakan diri" atau "membunuh diri".


Kelima:  Sangkaan atau Kecurigaan terhadap pelaku ma'siat.

Jahat sangka yang dilarang adalah keadaan di mana wujud kesamaran pada perkataan atau perbuatan seseorang. Jika seseorang atau kumpulan manusia melakukan maksiat terang2an, maka tidak wujud  istilah " jahat sangka ".    Misalnya seseorang yang terang2an mencuri berkata pada orang :  " Janganlah kalian jahat sangka pada saya. Niat saya baik."    Atau seorang Pegawai terang2 menzalimi rakyat berkata kepada umum, " Janganlah jahat sangka pada saya, kalian tak tahu tujuan saya baik".  Atau seorang wanita yang dedahkan auratnya berkata:  "jangan jahat sangka pada saya, walaupun saya dedah 'aurat, saya mempunyai tujuan yang baik."  Semua  Ucapan2 seperti ini batil dan sesat.


Demikian beberapa keadaan yang mengharuskan "sangkaan"  terhadap seseorang atau satu kumpulan manusia.

Ringkasnya harus mempunyai "sangkaan" atau "kecurigaan" terhadap apa saja tindakan manusia yang membawa ancaman kepada Keselamatan Agama, Nyawa, Aqal, Keturunan dan Harta yang dilakukan secara terang2an.   


Bersambung siri  75  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...