Friday, November 11, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 75)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.12  Dosa Besar ke -11:  Jahat sangka kepada orang lain

sambungan....


Penjagaan dan Rawatan:


Orang awam (dan juga Salikin yang masih di peringkat Mubtadi, ) perlu berusaha sungguh2 menjauhi "jahat sangka" ini kerana ia adalah bagaikan "barah" atau kuman berjangkit yang merebak cepat. "Jahat sangka" adalah permulaan kepada cetusan beberapa sifat keji yang lain, iaitu Tajassus, Namimah, ghibah, dan Fitnah.


(1) Sentiasa memandang diri dhaif (lemah)), faqir (sangat miskin), haqir (hina dina) serta serba kekurangan di hadapan Allah.  Jangan sesekali menganggap diri sudah baik.  Anggap diri baik itulah permulaan seseorang menjadi "jahat".


(2) Sentiasa memandang orang Muslim lain dengan pandangan kebaikan dan kemuliaan. 


(3) Jika kamu terlihat sesuatu 'aib pada diri seseorang Muslim, maka hendaklah segera potong / alihkan pandangan tersebut dan doakan dia dengan kebaikan.  Jangan sesekali "menyambung" pandangan tersebut dengan berbagai sangkaan, maka di sini bahaya bisikan Syaitan.


(4) Jika kamu  terdengar suatu perkara buruk berkenaan seseorang Muslim, maka segera tolak khabar tersebut.  Jika tak mampu menolaknya kerana datang berbagai was-was, maka cari seribu alasan untuk menafikannya sehingga hati menjadi tenang.


(5) Jauhi teman / kawan / saudara yang gemar hebahkan keburukan orang lain. Ini kerana khabar dari teman seperti itu akan menarik kamu kepada "jahat sangka" serta berbagai tabi'at buruk lain.


(6) Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani mengajar kita panduan yang sangat baik untuk menolak segala sangkaan dan kecurigaan terhadap orang lain:


Jika kamu bertemu seseorang,  maka pandanglah bahawa dia lebih baik dan lebih utama dari kamu serta katakan dalam hati bahawa boleh jadi di Sisi Allah dia lebih baik dan lebih tinggi darjatnya dari kamu.


"Jika kamu melihat orang yang lebih muda, maka katakan : " dia belum  (kurang)  melakukan dosa kepada Allah, sementara aku telah melakukan dosa kepada-Nya, maka tidak syak lagi bahwa dia lebih baik daripadaku."


Jika kamu melihat orang yang lebih tua, maka katakan : " bahwa dia telah lebih dulu (dan lebih banyak) beribadah kepada Allah dibandingkanku."


Jika kamu melihat orang alim, maka katakan :  " Dia telah dengan memberi manfaat kepada Ummat dengan Ilmunya  sedang aku belum mampu melakukannya dan dia mendapatkan apa yang belum aku capai dan mengetahui apa yang tidak aku ketahui. 


Jika kamu melihat orang bodoh, maka katakan : "dia melakukan dosa kepada Allah karena kebodohannya sementara aku melakukan dosa dalam keadaan sedar, aku tidak tahu bagaimana kelak aku berakhir atau bagaimana dia berakhir."


Jika melihat orang kafir, maka katakan :  "aku tidak tahu barangkali dia masuk Islam dan berakhir dengan amal yang baik dan barangkali aku jadi kufur dan berakhir dengan amal yang buruk.


(7) Basahkan lidah dan hati  Zikrullah, Solawat dan istighfar — sama seperti rawatan bagi semua penyakit hati sebagaimana kami syarahkan sebelum ini.


Dengan amalkan sungguh2 panduan2 ini, moga dapat hindarkan diri dari sifat keji "jahat sangka" yang amat besar dosanya.  


Bersambung siri  76  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...