Saturday, November 12, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 77)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.13  Dosa Besar ke-12:  Tajassus — Intai kesalahan atau 'aib orang:

sambungan ....


Contoh2 Tajassus dalam Masyarakat:


Berikut adalah beberapa contoh Tajassus yang lazim terjadi di kalangan orang Islam.


Contoh 1:  Tempat kediaman / tempat tinggal.

Mengintai2 jiran.  Mengintai2 apa yang dilakukannya seperti merapatkan telinga ke dinding rumah dan curi2 dengar apa yang dibualkan atau melihat melalui lubang dinding rumahnya, atau selongkar halamannya dan lain2 sepertinya.  


Contoh 2 : Di jalanan :

Mengekori seseorang  dengan tujuan menyiasat peribadinya, yang disangkanya melakukan ma'siat.


Contoh 3: Tempat kerja:

Mengintai2 kawan di pejabat.  Tajassus ini lebih hebat berlaku.  Masing2 ada motif tersendiri untuk kepentingan nafsu, pangkat kedudukan dan dunianya.    Mengintai2 rahsia kawan sepejabat dengan buka laptopnya atau bag miliknya atau selongkar laci meja dsb.   


Contoh 4:  Perniagaan / perdagangan

Perebutan di bidang perniagaan. Mengintai-intai peniaga lain, mencuri maklumat, mencari2 'aib peniaga lain.

 

Contoh 5 : Parti Politik:

Perebutan kuasa pemerintahan.  Parti2 politik saling  mengintai untuk mencuri rahsia lawan, mencari2 'aib lawan sehinggalah ke peringkat mencari rahsia di bilik tidurnya,  kemudian hebahkan 'aibnya kepada umum. Mereka menggunakan berbagai cara penyamaran dan teknologi moden seperti kamera-pintar, perakam suara pintar dll.


Contoh 6 :  Pemerintah yang berkuasa. 

Kerajaan yang memerintah melakukan pengintipan atas individu2 yang disyaki tanpa alasan munasabah atau semata2 atas sangkaan atau semata2 atas khabar dusta. Misalnya menganggap seseorang itu bersalah semata2 atas laporan yang diberikan oleh seseorang yang berniat khianat dan busuk hati.


Demikian adalah beberapa contoh yang lazim terjadi di kalangan masyarakat zaman ini.  Bermula dari pengintipan sendiri, ditambah dengan menggunakan khidmat pihak ketiga  dan ditambah lagi dengan bantuan alat2 elektronik moden, "hak peribadi" dan "hak kebebasan" dan "maruah manusia" tiada nilai lagi.  


Berkata Ibn Abbas:

"Jangan kamu mencari2 kesalahan orang lain dan jangan menyelidiki 'aib saudaramu dan (jangan) mencari2 kesalahan yang Allah tutup baginya."

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Qurtubi:

“Ambil apa yang nyata  (yang jelas kelihatan pada zahir), jangan kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu jangan kamu cari keaiban saudaramu untuk melihat setelah Allah  menutupnya."

[Tafsir Al-Qurtubi]


Berkata Imam Nawawi:

Orang yang melakukan amr ma'ruf nahyi anil mungkar tidak boleh menyelidiki, mengetuk, mengintip dan menyerbu rumah-rumah hanya dengan sangka malah apabila menemui kemungkaran (jelas di hadapannya) dia mengubahnya bersungguh-sungguh. Ini adalah kata-kata Imam Haramain”

[Syarah Muslim]


Diambil manfaat daripada kata2 Imam tersebut, kita fahami secara umumnya tiada siapa pun dibenarkan mengintip2 'aib atau kesalahan orang lain :  sama ada orang perseorangan atau pun pihak berkuasa.  Maruah dan hak individu Muslim wajib dipelihara.  Segala 'aib seorang Muslim wajib ditutupi sebagaimana ianya ditutupi oleh Allah Ta'ala.  Ertinya haram dan dosa besar bagi sesiapa pun mengintip2 / mengintai2 kesalahan yang dia sembunyikan dari pandangan orang lain.  Melainkan ada beberapa perkara yang dibenarkan untuk melakukan "pengintipan" apabila melibatkan amr bil ma'ruf nayhi anil mungkar atau wujudnya bahaya kepada keselamatan Ummat.  (Akan datang huraian, In shaa Allah)



Bersambung siri  78  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________  

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...