■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 574)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 67:
Enggan beri makan
kepada faqir miskin
.....Sambungan....
Rawatan dan Penjagaan
=================
(1) Menetapkan Tauhid berhubung dengan rezeki
Kunci memahami tajuk ini dan kunci menepati Kehendak Allah adalah dengan cara menetapkan Tauhid di dalam hati bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Menguasai dan Maha Pemberi Rezeki kepada setiap manusia bahkan setiap makhluq yang melata di bumi dan langit dan lautan.
Dia Maha Mengurniakan rezeki kepada setiap manusia menurut Kehendak-Nya dan Ketetapan-Nya yang Azali. Meskipun zahirnya manusia yang berusaha sungguh-sungguh mencari rezeki sehingga dia memperoleh harta kekayaan, namun hakikatnya semua itu Pemberian Allah.
Apabila seseorang yang beriman menetapkan keyakinan ini, maka dia akan mudah menunaikan tuntutan Allah pada urusan rezekinya. Namun menetapkan Tauhid ini amat sukar bagi kebanyakan orang di sebabkan wujudnya "keakuan diri", bisikan nafsu kejahatan dan hasutan Iblis yang sentiasa berusaha siang malam untuk menyesatkan manusia.
Contoh bisikan nafsu dan Iblis:
Ketika seseorang ingin bersedekah membantu faqir miskin Iblis bisikkan "jangan sedekah, nanti kamu hidup kamu susah", atau dia bisikkan, "anak kamu ramai sekolah, anak kamu perlukan belanja".
Jika dia berjaya atasi bisikan tersebut dan berjaya sedekah membantu faqir miskin dan keluarkan belanja untuk keperluan orang lain, Iblis akan datang dengan bisikan lain — bisikkan ujub, riya dan takabbbur... kata Iblis :
"kamu hebat sebab mampu sedekah kepada orang yang kesusahan. Tak ada orang lain sehebat kamu."
Ertinya dari arah mana pun, Iblis akan datang dengan berbagai bisikan sama ada menghalang terus seseorang dari menunaikan kewajipan ini atau menimbulkan kebanggaan di dalam diri sehingga rosak Tauhid.
(2) Memaksa diri
Jika seseorang mendapati dirinya sukar menetapkan Tauhid ini dan terasa sangat susah memberi makan kepada orang lain, susah membantu orang lain, kadangkala bercampur riya, bangga, megah diri dsb, maka dia perlu memaksa diri bersedekah, membantu orang lain walaupun dalam keadaan kurang ikhlas pada permulaannya. In shaa Allah lama kelamaan hatinya akan menjadi lembut untuk bersedekah, memberi makan dan hulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa berkira-kira.
(3) Lazimkan membaca Peringatan Allah dan Rasul-Nya
Cara lain adalah sentiasa mengulang peringatan dan amaran Allah dan Rasul-Nya berhubung dengan kewajipan membantu faqir miskin dan orang yang terlantar. Mudah-mudahan hati menjadi lembut dengan mengulang-ulang ayat-ayat Allah dan Hadith Baginda Rasul ﷺ.
Bersambung siri 575 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
========================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment