■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 575)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 68:
Menyumpah Musibah (مُصِيْبَة)
=======================
Definisi:
=======
Dari segi bahasa:
.................................
Dari segi bahasa, musibah ( مُصِيْبَة ) berasal dari kata ( أصَابَ - يُصِيْبُ ) — asoba, yusibu, yang bererti tertimpa, terkena, menimpa, terlimpah, limpahan, menepati sasaran.
Dari segi istilah:
..............................
Pada sisi Syara', musibah ( مُصِيْبَة ) boleh membawa kedua-dua maksud tertimpa keburukan (kecelakaan) atau boleh juga bermaksud memperoleh limpahan kebaikan. Al-Qur'an menggunakan perkataan "musibah" bagi menunjukkan kedua-dua keadaan ini. Namun lazimnya istilah "musibah" digunakan secara meluas untuk menunjukkan suatu keadaan kepedihan, kesakitan, kecelakaan, kesusahan hidup yang tidak menyenangkan.
Penjelasan
==========
Penjelasan 1:
Daripada ta'rif musibah, kita memahami ungkapan "musibah" lazimnya digunakan untuk menunjukkan "suatu keadaan yang tidak disenangi" yang menimpa seseorang atau keluarga, masyarakat atau sesebuah negara seluruhnya. Musibah mengakibatkan berbagai kesakitan, kesukaran hidup, penderitaan hidup.
Penjelasan 2:
Sebahagian orang menganggap "musibah" yang menimpa mereka dan dunia seluruhnya sebagai fenomena alam dan tiada kaitan dengan perbuatan manusia. Sebahagian lagi menganggap "musibah" sebagai sumpahan-sumpahan jinn, bunian, dewa-dewa dan sebagainya. Sebahagian lagi menganggap semua macam "musibah" sebagai suatu yang malang dan tiada apa-apa kebaikan padanya. Pendapat-pendapat seperti ini bertentangan dengan pendirian dan pegangan Ahlus Sunnah.
Penjelasan 3:
Menurut pendirian Ahlus Sunnah wal Jama'ah, setiap musibah yang menimpa manusia atau alam ini seluruhnya adalah dari Allah Ta'ala pada haqiqatnya, bukan terjadi sendiri.
Zahirnya kamu melihat gempa bumi, Tsunami, gunung berapi, banjir besar dan lain-lain melanda dunia sehingga terjadi berbagai kerosakan dan kemusnahan. Zahirnya kuman, bakteria, virus berbahaya menimpa manusia sehingga sebahagiannya mati. Haqiqatnya semua kejadian tersebut berlaku menurut ketetapan Yang Maha Kuasa.
Penjelasan 4:
Setiap musibah berlaku mempunyai maksud dan hikmah tersendiri yang tidak dapat diselami oleh kebanyakan manusia. Sebahagian lagi darinya adalah bala Kemurkaan Allah. Sebahagian lagi adalah peringatan dari Allah Ta'ala, sebahagian lagi mengandungi dugaan dan cubaan ke atas Keimanan seseorang, sebahagian lagi sebagai jalan mencapai pahala, dihapuskan dosa dan dinaikkan darjatnya.
Penjelasan 5:
Menyumpah suatu musibah adalah dosa besar kerana ketika seseorang menyumpah suatu musibah, maka dia sedang menyumpah-nyumpah Allah Ta'ala.
Berkata Imam Al-Haytami Radiallahu anhu:
"Hadith-hadith yang banyak menunjukkan bahawa meratapi jenazah, dan perbuatan lain seperti mencabut rambut, mencakar wajah, merobek baju dan menyumpah serapah adalah perbuatan terlaknat. Semua itu boleh bawa kepada kekafiran. Banyak pendapat (fatwa Ulama) mengatakan ianya dosa besar.
[Az-Zawaajir]
Bersambung siri 576 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment