Thursday, November 21, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 565)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 66:

Putus silatur-rahim

I  قَاطِعَ رَحِمٍ   I

...sambungan....



Kemusykilan 3:

Ahli keluarga Azam putus silatur-rahim dengan keluarga Tamam disebabkan suatu kesalahan besar yang dilakukan oleh keluarga Tamam.  Ahli keluarga Tamam yang sedar akan dosanya, sedia bertaubat dan ingin pulihkan hubungan dengan Azam, tetapi ahli keluarga Azam enggan maafkan. 

Apakah yang patut dilakukan oleh keluarga Tamam?  Adakah keluarga Tamam terlepas dari dosa kerana mereka sudah mohon maaf?


JAWAPAN:

Persoalan ini berkait dengan cabang-cabang persoalan dan dosa yang berangkai-rangkai. Ertinya tidak mudah mengatakan dosa keluarga sudah terangkat semata-mata kerana mereka sudah mohon maaf.  Tidak mudah juga menyalahkan keluarga Azam disebabkan keengganan mereka untuk maafkan kesalahan keluarga Tamam.


Cuba perhatikan penjelasan berikut:


1. Ulama Ahlus Sunnah sepakat berdasarkan keterangan Hadith Nabi, bahawa dosa sesama hamba Allah tidak terangkat selagi tidak dimaafkan oleh hamba Allah yang dizalimi, baik dosa kezaliman itu dilakukan oleh individu atau kumpulan atau pihak pemerintah sekalipun.  Bahkan setiap pemerintah yang melakukan kezaliman  terhadap rakyat akan dihitung dengan hitungan yang keras kerana kezaliman pemimpin meliputi rakyat yang diperintahnya. (lihat syarat sah Taubat Nasuha)


2. Lazimnya manusia akan memaafkan kesalahan orang lain kecuali beberapa kezaliman menyentuh maruah, pembunuhan dan merampas hartanya.


Contoh:

Orang yang mencalarkan maruah seseorang dengan  menuduhnya berzina, sedangkan orang yang dituduh tak pernah melakukannya, maka dosa fitnah seperti ini hampir-hampir tiada yang sanggup memaafkan.  Mengapakah seseorang yang telah melakukan fitnah keji ini amat sukar mendapat kemaafan?  Ini kerana ketika kamu menuduh seseorang berzina maka kamu telah "membunuhnya"...!!!  Masyakarat awam akan memandangnya hina, kotor dan keji.  Mereka akan melemparkan berbagai tuduhan sehingga nama datuk nenek moyang juga dikaitkan. 


3. Sememangnya setiap Muslim digalakkan memberi maaf kepada orang yang bersalah.  Namun penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang terzalim bukan mudah diubati.


4. Usaha terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang telah menzalimi orang lain, terutama melibatkan dosa-dosa yang sangat besar seperti menuduhnya berzina atau merosak maruahnya, wajib terus berusaha memohon ampun, merayu sehingga orang berkenaan mahu memaafkan.  Ertinya tidak memadai dia memohon ampun dan berlepas diri dengan anggapan orang itu sudah memaafkan.  Ini suatu kelalaian kerugian sampai Akhirat.


Bersambung siri 566 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...